Kengkadang Menggigit Sesekali Tergigit. Cuba Menyengat Adakalanya Tersengat. Walaupun Perit Menahan Sakit, Hanya Mampu Menjerit Di Ruang Sempit Dalam Kehidupan Yang Kian Menghimpit.
Khamis, Julai 31, 2008
Bukan Dalam Diari, Tapi Rahsia Hati
Pernah mati
Rasa cinta yang bersemi
Dan suatu hari
Tanpa dimengerti
Cahaya terang menyinari
Rupanya ia kembali
Bersama harapan dan janji
Moga kekal bersemadi
Terpatri di dasar hati
Selasa, Julai 29, 2008
Mari Bercuti
Hari pertama. Aku selesaikan segala urusan berkaitan peribadi yang sudah sekian lama tertangguh e.g wat alignment kete, pegi klinik, bayar bil, kemas rumah, layan wanita hari ini dan lain-lain lagi.
Hari kedua. Lepas setel 'check up' kete awek che'gu, terus gerak gi Kolumpo. Mula2 ingat nak pekena ayam kampung kat Kg Baru. Entah kenapa tiba2 terasa nak ke library sebaik sajer nampak bangunan kaler biru kat Jalan Tun Razak tu.
Rasa macam budak sekolah pulak pergi lepak kat library. Sekarang Perpustakaan Negara pakai mykad jer. Senang. Untuk yang ingin mendaftar dan baharui keahlian.
Aku geleng2 kepala. Macam manalah aku terfikir nak ke sini. Kalau bujang dulu lainlah, leh usha dan ngorat awek 'ulat buku'. Tiba-tiba ada sorang awek tegur aku. "Bang, lenkali tak leh pakai jeans yang koyak nie. Selipar jamban pun tak leh pakai. Kena kemas sikit masuk library". Heheh. aku cuma senyum sambil angguk tanda setuju. Bukan pada lamarannya. Tapi tegurannya. Nasib awek petugas library tu tak halau aku keluar.
Sebelah petang, hati masih tak tenteram. Dah 4 hari aku tak berblog rupanya. Terus gerak pergi cc kat kawasan rumah aku.
Wah ramai sekali budak budak bawah umur. Budak sekolah rendah pun ada. Rasanya dalam cc nie, aku sorang jer dok layan blog, masuk website sana dan sini, lain lain (yang 95% budak2 sekolah) sibuk dok layan main game. Aku lak rasa malu. Tak ikut trend depa. Mesti budak2 nie kutuk aku. "Apa la brader nie, baca paper kat pc, tak happening langsung"
"Takpelah Ini zaman korang. Zaman aku dah berlalu. Nasib skill main game 20 sen aku dah berkarat, kalau tak nak gak aku ajak diaorang berentap. "
Aku tak berapa kisah diaorang lepak kat cc. Yelah. Mak bapak diaorang pun tak kisah. Kenapa aku yang perlu ambil peduli. Yang aku tak tahan, asyik-ayik mencarut jer budak-budak nie. Kalah main game jer mencarut. Kena tembak jer mencarut. Aku jegil2 biji mata pun diaorang tak paham. Aku bukan la baik sangat. Masa kerja kat construction site bertahun yang lalu, aku boleh maki dalam 3 bahasa. Cuma sekarang jer dah tak dipraktikkan lagi.
Kalau UMNO dah PAS nak bermuqabalah atas sebab penyatuan bangsa Melayu, aku rasa perlu difikirkan juga 'generasi baru' dalam pembentukan kini. Ke mana arahnya. Hilang atau terbilang.
Jumaat, Julai 25, 2008
Selesai Sudah
Kamu mungkin berfikir tugasan kamu selesai setelah tali pam itu kamu tarik, kamu curah dengan air dari baldi merah. Benar ia bukan lagi urusan kamu. Kamu sememangnya tak pernah pedulikan apa yg berlaku selepas itu. Habis madu sepah dibuang. Kemana perginya buangan itu, di mana berakhirnya riwayat buangan itu, apakah buangan itu selamat sampai ke destinasinya. Ya, kamu sememangnya tak perlu tahu. Peduli apa dengan benda yang kamu sendiri sudah tidak inginkan lagi.
Belum sempat tangan kiri itu kering, abg posto dah selitkan bil pembetungan pada pintu pagar kamu. Di pagi hari. Ya, abang posto itu sudah bekerja seawal pagi tika kamu masih berangan dalam bilik yg besarnya cuma 3 kaki itu. Lagu gembira kamu bertukar nada tatkala mata memerhatikan jumlah yang perlu dibayar. Kamu merungut. Bahan buangan seperti itu pun turut dikenakan bayaran. Walaupun harganya lebih murah dari sekotak rokok yg puntungnya turut kamu buang ke dalam lubang keramat marmar putih itu. Bil pembetungan itu kamu biarkan saja di atas tv 29 inci seperti selalu.
Di warung mamak, sambil mulut meneguk teh tarik dan mata meliar menyaksikan awek2 kota bertudung manis berbaju ketat, kamu berhujah tentang sungai yg semakin tercemar, tentang rumah ibu mertuamu yang bertentangan dengan loji buangan itu, tentang penutup lurang besi yang acapkali hilang dicuri. Kamu dengan yakin mengkritik mereka yang menjaga 'jamban' itu selayaknya turut 'dijambankan' kerana perkara buangan semudah itu tidak mampu dilupuskan. Tapi kamu lupa, mana mungkin urusan jamban itu diselesaikan tanpa kamu jelaskan ongkosnya.
Hari ini kamu masih belum mengerti mengapa perlu kamu bayar untuk semua ini. Tapi bila cucu2 kamu mula menyalahkan kamu pada puluhan tahun yang mendatang atas kegagalan kamu menjaga jamban itu, kamu pasti malu. Kamu bukan lagi warga dunia maju jika mentaliti kamu seperti dulu.
Khamis, Julai 24, 2008
Lubang Keramat
Pagi itu. Sekali lagi. Lubang keramat itu mengikis hartanya. Satu persatu. Dulu jam tangan ’Petaling Street’. Pernah henpon ’tiga dua sekupang’. Juga cincin batu delima. Terbaru cermin mata bingkai hitam.
Ah. Dia terlalu takut. Mencemar suci tangan kiri. Walhal tangan itu telah lama dikotori.
Cepat-cepat tangan yang satu menarik tali cangkuk. Dan air dari takungan marmar putih menenggelamkan semuanya. Membawa hartanya ke dunia yang lain.
Lubang keramat kembali jernih. Tiada lagi kelihatan. Kelibat harta kesayangan. Yang tinggal cuma kekesalan. Yang baru berdetik.
Selasa, Julai 22, 2008
Rahsia Diari Merah Jambu II: Pungguk & Bulan
Yang hanya timbul di waktu malam
Kau bukan pungguk
Yang hanya dapat memuja dari kejauhan
Hulurkan tangan
Akan aku sambut penuh keihklasan
Aku tunggu kamu – Esah cucu Tok Majid.
Isnin, Julai 21, 2008
Rahsia Diari Biru II: Sama tapi tak serupa
Hari ini 21 Julai
Esah sungguh ayu
Berbaju kurung warna biru
Sama seperti aku
(Oohh.. tidak. Ini bukan baju aku. Mat P-Joe pinjamkan aku t-shirt denim kaler biru. Cheh..kamu kacau line la Mat P-Joe. Baru nak layan jiwang)
Khamis, Julai 17, 2008
Debat vs Sindarella
“Kenapa” Tanya aku walau sebenarnya aku dapat meneka alasan yang akan diberikan.
“Udah lah haga minyak murah, gadis-gadis kat sana pun cantik-cantik belaka” ujarnya merujuk kepada harga minyak 16 sen dan Ratu Venezuela dinobatkan Miss Universe.
Aku cuba berfantasi tentang Ratu Venezuela. Yang ada dalam gambaran fikiran aku cuma reaksi separa merajuk awek che’gu sebab tak dapat tengok cerita Sinderalla yang ditayangkan serentak.
“Alaaa..tak bolehla nak tengok Zoela” terngiang-ngiang kata-kata itu.
Rabu, Julai 16, 2008
Debat: Memilih Siapa Yang Hebat
Format pertandingan. Satu kumpulan pencadang. Satu pembangkang. Setiap orang diberi peluang berhujah sekali, memberikan usul-usul menyokong hujah jua mematahkan hujah lawan. Dan ketua kumpulan akan menggulung hujah masing-masing di sesi akhir debat.
Hari itu. Kami diberi tajuk "Hari ini Membentuk Kerajaan. Esok Turun Harga Minyak" . Cheh. Tidaklah. Kami cuma murid sekolah rendah. Belum boleh berhujah soal yang begitu rumit. Sedangkan mereka yang pegang jawatan besar kat Universiti pun belum tentu dapat berhujah dengan baik persoalan ini. Tanya soalan pun dah failed.
Tajuk kami "Televisyen Lebih Banyak Keburukan Dari Kebaikan”" Kumpulan kami jadi pencadang aka penyokong kepada tajuk ini. Aku bantah. Macam mana nak sokong sebab aku sendiri memang minat giler tengok tv. Sanggup ponteng kelas tambahan petang sebab nak layan Maero Attack, Chiaki si Pramugari, juga siri-siri Ultraman, Semut Merah, Gaban, Robotech dan bermacam lagi.
Pujuk guru kelas kami. Kamu boleh. Semua perkara ada baik dan buruknya. Ia bergantung kepada cara bagaimana kamu melihat dan mentafsirnya. Lagipun, ia cuma sesi perdebatan di sekolah sahaja. Kamu tidak akan dicop sebagai anti televisyen. Tanpa menafikan kebaikan di sebalik televisyen, kamu lontarkan persoalan tentang keburukannya, kelemahannya. Pesan cikgu lagi. Ingat. Berhujah tentang keburukan televisyen sahaja. Bukan lawan debat kamu.
Nota:
Selasa, Julai 15, 2008
Rahsia Diari Merah Jambu
Entah kenapa dengan Mat Bon
Katanya mahu tapi malu
Penat sudah aku control ayu
Menunggu ucapan “aku sayang kamu”
Di depan dia pura-pura tak tahu
Bila berjumpa dia hanya menunduk malu
Menegur tidak memandang pun tak mahu
Khabarnya di rumah saban malam angau teringatkan aku
Mat Bon
Jangan bencikan aku dan diri kamu
Yang tidak boleh bersatu
Hanya kerana ego di dadamu
Aku perempuan melayu
Kamulah yang mulakan dulu
Isnin, Julai 14, 2008
Exam : Ada Lagi???
Tapi, yang dilarang orang itu yang seronak dilakukan. Dalam keresahan menghadapi peperiksaan, sibuk juga berbicara tentang jawapan yang kamu berikan. Jika betul apa yang kamu tuliskan, tersenyum simpulah kamu akan kecerdikan diri sendiri. Andai jawapan yang diberi berlainan atau jelas sekali salahnya, makin bertambahlah keresahan sehingga menimbulkan urat2 di dahi.
Untuk kami, salah satu soalan yang diutarakan meminta diberikan langkah-langkah dalam satu urusan. 15 markah.
Kata kawanku. Dia cuma dapat memikirkan 7 langkah sahaja. Selebihnya dia buntu. Pada masa itu.
Dengan bangga aku menyatakan 15 langkah aku berikan. Wah. Mesti dapt markah penuh nie.
Dalam kehairanan kawanku menegur. Macam mana pulak aku leh dapat 15. Dalam urusan tersebut (seperti mana dalam rujukan) cuma ada 8 langkah jer.
“Yer ker” kata aku. Haha. Ini kira terlebih goreng la nie. Dah hangit la pulak.
Jumaat, Julai 11, 2008
Rahsia Diari Biru
Dari zaman sekolah dulu
Masih setia simpan rindu
Sampai sekarang tak mengaku
Dia cintakan aku”
Tulis Mat Bon anak Pak Ungku. Dalam diarinya warna biru.
Khamis, Julai 10, 2008
Exam: Tamat
Memang aku tak banyak menumpukan masa dan usaha untuk belajar sepenuhnya (ayat-ayat selamat jika ditanya kenapa tak dapat markah 100. Rasanya kali terakhir aku exam dapat markah 100 masa sekolah rendah kot). Walupun begitu exam memberi kesan yang cukup besar dalam kehidupan aku sebelum nie. Jiwa rasa tak tenteram. Asyik teringat akan exam tapi kesibukan antara tugasan di pejabat, dan juga keperluan sosial untuk berfoya2 juga berblog menyukarkan aku membahagikan masa sebaiknya.
Rumah aku, diri aku, kehidupan aku, segalanya serba tak terurus sepanjang aku nak melalui exam ini. Kesian awek che'gu. Dia terpaksa sama-sama merasai kacaunya jiwa aku menunggu hari exam itu.
Nota: Semalam aku layan Sepi ngan awek che’gu kat GSC 1 Utama. 4 bintang.
"Bulan..... jangan biar siang, biarlah alam terus kelam...sepi seperti diriku"
Kredit: Terima kasih pada kamu, kawan-kawan yang memberi sokongan dan turut mendoakan.
Jumaat, Julai 04, 2008
Exam: Mencari Keberkatan
Setiap kali nak exam, kami cari alat tulis baru. Pen baru. Pensel baru. Pembaris baru. Getah pemadam baru. Alat tulis yang kami guna selama ini bukannya tiada. Masih elok berfungsi juga. Cuma diragui pemilik sebenarnya.
Nak exam, perlukan keberkatan "kaf, ba, ra, kaf, ta, nun" kata Ummi Mohamad Adif. Mana boleh guna harta orang lain.
”Pencil box” tanya Pak Wan. ” Kalau nak bawak cam tu jer kang tercicir plak. Kena beli lagi”.
”Aah.. kita guna beg plastik merah nie jer”
Khamis, Julai 03, 2008
Exam : Cobaan
Sejak nak amik exam nie
Makin ramai pulak
Awek2 seksi menonjolkan diri
Lalu lalang depan kami
Cobaaaaannnnnnn.....
Tak boleh nak tengok-tengok
Nanti hilang pulak apa yang dibaca
Tunggulah habis exam dulu...
Rabu, Julai 02, 2008
Exam : Nota
Nak tak nak, kena pinjam. Ngan saper. Saper yang sudi tolong. Huh.
Manusia hidup berpasangan. Walaupun aku bukan berpasangan dengannya. Dialah yang selalu tolong pinjamkan aku notanya. Perempuan. Sudah tentu kemas dan menarik sekali notanya. Berwarna-warni. Oh ya, sudah tentu dia Mas.
Mas tak pernah lokek. Asal aku mintak jer mesti dia kasi walaupun pasti akan dileterinya aku untuk berubah sikap setiap kali dipinjamkannya nota.
Aku berubah. Heh. Dalam dia baik tolong aku, selalu jugak aku susahkan dia. Ada sekali aku conteng kat nota dia "Mas sayang Kemat". Konon-kononnya dia yang tulis. Yelah nota dia kan. Mas tak perasan apa-apa masa aku pulangkan notanya. Sehinggalah bila ada orang lain nak pinjam notanya terperasan ayat tu.
Kecoh kejap gossip panas nie. Nasib Mas tau perangai giler aku nie. Walaupun marah, dia tetap maafkan aku.
Sekarang tak susah sangat. Sebab buku banyak. Dan nota bertaip pun ada. Tak cukup dengan pinjam dari kawan-kawan, boleh je muat turun dari internet. Lecehnya, semua nota nie meleret-leret. Macam karangan. Bila baca jer mesti ngantuk giler.
Huh. Kat mana aku nak cari semangat baca nota nie. Kalau baca blook sehari jer dah leh abis. Alahai.
Aku ingat nak paksa awek che’gu baca sama-sama ngan aku. Tak pun suruh dia baca pastu terangkan kat aku. Eh, sapa yang nak amik exam nie. Biarlah, dia kan cikgu. Hoho. Rasa macam dah jumpa sikit jalan penyelesaian.
Selasa, Julai 01, 2008
Exam: Percaya Pada Angin
Aku yang separa kutu dekat U dulu sering jugalah ponteng kuliah. Dah macam jadi satu keperluan. Untuk menjadi kutu. Mesti kena ponteng kuliah. Tiru assignment. Buat kacau dalam kuliah. Lagipun kami budak kelas engineering memang kena jadi kutu. Kalau mahu jadi budak baik, 'nerd' jadilah student Law atau Business.
Untuk ponteng, kamu kena bijak. Sekurang-kurangnya ada sorang rakan yang baik sikit untuk tolong tanda kehadiran kamu. Benarlah kata orang, hidup ini simbiosis. Esoknya giliran kamu untuk tolong dia ponteng pula.
Kalau dah selalu ponteng, memang susah sikitlah nak follow aper yang lecturer ajar. Masuk kuliah pun nganga jer. Selain dok usha awek-awek cun, aku selalu gunakan masa tu untuk siapkan assignment bagi kuliah seterusnya.
Kadang-kadang, lecturer bijak jugak (lecturer memang bijak sebenarnya). Bila tengok kelas separuh penuh, masa tulah tiba-tiba dia buat kuiz. Saper-saper yang tak datang tu, kurang la markah akhir semesternya nanti.
Ada sekali, untuk subjek Bengkel Kejuruteraan (apatah nama betul course nie, lupa dah) lecturer bagi tips pasal exam. Tapi kawan-kawan aku baik sekali. Mereka sedia berkongsi dengan kutu dan separa kutu macam kami yang selalu ponteng kelas nie.
Malam sebelum exam tu, kami buat soalan tahun lepas. Macam yang dipesan oleh lecturer. Yang kami dengar dari kawan-kawan. Seperti yang disampaikan oleh kawan atas kawan atas kawan. "Soalan tahun nie sama jer ngan soalan tahun lepas"
Pagi tu, aku rasa gembira sekali nak exam. Tak macam selalu. Rasa yakin dan penuh semangat. Sambil-sambil lepak kat luar dewan exam sebelum dibenarkan masuk, kami sibuk dok ulang jawapan pada soalan tahun lepas. Superb. Semua boleh ingat. Memang A lah subjek nie.
Tiba-tiba ade awek tegur. “Eh, camner ko tahu soalan yang nak keluar nie Mat. Tak bagitau aku pun” tanya Mas, awek yang tegur aku tu.
“Kitaorang yang ponteng nie pun tahu lecturer guna soalan tahun lepas. Kan ker kau jugak yang kasi soalan tu kat aku”
”Bila pulak lecturer cakap macam tu. Dia bagitau format soalan macam tahun-tahun lepas. Patut la ko beriya-iya mintak aku pinjamkan soalan tahun lepas. Apa pun good luck lah”
Kami terlopong mendengar penjelasan Mas. Dari sebelum masuk dewan sehinggalah keluar dewan.
”Chess... kena repeat balik la nie tahun depan”
Moral:
1. Jangan percaya pada khabar angin. Cerita yang disampaikan pada kamu dari mulut ke mulut.
2. Jangan ponteng kelas.
Nota:
1. Aku tak layak jadi kutu sepenuhnya sebab tak der motor. Selalu jadi pembonceng jer.
2. Aku belajar di U tempatan di Lembah Kelang. Tapi aku bukan budak Uniten tau.