Jumaat, Jun 29, 2007

Si Bongkok Tanjung Puteri

Aku tak berapa pasti, adakah kisah si Bongkok Tanjung Puteri sama dengan kisah the Huntch Back of Notre Dam. Si Bongkok Tanjung Puteri sebuah kisah purbawara yang mencetuskan pelbagai konflik berunsurkan kemahuan, cinta dan dendam.
Si Bongkok sebagaimana yang aku saksikan pada pementasan teater adalah seorang pahlawan yang menegakkan kebebasan; namun perjuangannya terpesong daripada undang2 agama, bangsa dan negara. Di Tanjung Puteri, namanya sahaja sudah digeruni. Bongkok menambahkan lagi masalah dan kesusahan yang ditanggung oleh penduduk Tanjung Puteri. Datuk Timur, pembesar Tanjung Puteri mencuba sedaya upaya untuk menghapuskan Si Bongkok.
Di samping kejahatan yang dilakukannya, si Bongkok menaruh perasaan terhadap Tanjung, anak kepada Datuk Timur. Tipikal untuk kisah Melayu lama, anak ketua kampung, pembesar mesti cantik2 kan. Akan tetapi, cintanya terhalang kerani hati Tanjung telah dimiliki oleh Panglima Putih, adik si Bongkok. Semangat perjuangan kebebasan dan cinta Si Bongkok cukup ikhlas dan suci pada matanya, pada jiwanya yang tak mahu dikongkong, diperintah derita jiwa, baginya harus bersuara mengata bertindak terang macam serigala bersifat gila selagi kuntum dan cita2 belum tercapai menghiburkan sukma. Salahnya si Bongkok membuang adat atas alasan kebebasan, membelakangkan agama atas nama perjuangan.
Ulasan:
Teater Si Bongkok Tanjung Puteri dipentaskan oleh Persatuan Warisan Seni (PEWARIS) Institut Perguruan Bahasa2 Antarabangsa. sempena Festival Teater KL 2007. Sayangnya, pementasannya sedikit mengecewakan. Pendukung2 watak utama gagal menyerlah. Mungkin gugup kerana mereka adalah kumpulan pertama dalam pertandingan ini.


Nota 1: Sedang berlangsung di Taman Budaya, Kuala Lumpur, Jalan H.S Lee, Festival teater Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan 2007.

Nota 2: Pementasan akan datang:-

  • 30/6 - Melati & Melur oleh Mekar Budaya Production
  • 7/7 - Tali oleh Teater Kelab Kilat TNB
  • 8/7 - Woyzek oleh Angkatan Karyawan Aktif KL.

Nota 3: Masuk adalah percuma.

10 ulasan:

banggugar berkata...

salam incik kemat,

hahahaha..
lama tak nampak..

mungkin penghayatan dalam pementasan tu kurang kot..

jadi si pendokong watak2 utama agak kekok dengan watak yg dibawak tanpa penghayatan..

mungkin la!..
(",)

Kurma2Biji berkata...

ceh bang gugar komen macam pengkritik filem plak....

kemattak penah buat lakonan teater kaaa

TedungS berkata...

mmg kena mengena si bongkok ngan hunchback tu, dgr cerita diorang tu sepupu

Nida Shaari berkata...

Kemat, Festival KL 2007 akan bermula hari ni.

Untuk maklumat lanjut layari laman web http://www.klfestival.org.my

blackpurple @ jowopinter berkata...

Rupanya kamu ini peminat teater juga. Sekapal dengan pegawai khalwat la ni ek....

Pa'chik berkata...

Dalam gila-gila dulu.. dulu...

Si Bongok Tanjung Puteri...

akirasuri berkata...

oh oh.
serunutnya kalau berkesempatan nak pi tengok. tapi adei. masa sangat cemburu betul. huhu. :(

Kemat berkata...

bang gugar:
aku rasa cam tu gak..penghayatan dah kurang

kurma2biji:
saya berpengalaman jadi pak pacak dlaam teater nie...

tedungS:
oo..patut la sibongkok tu angkuh..cakap ada sepupu kat oversea..hehehe

madulebah:
thanks for the info..

balckpurple:
layan teater best woo..

pa'chik:
:)

akirasuri:
ada banyak lagi pementasan..boleh la join lepaih nie

Tanpa Nama berkata...

eh kelab kilat TNB? tu group membe2 sy tu

MrZam berkata...

rasanya dh lme klu hendak dikata..
tp hajat dihati nk luah jua..
huhuhu~

"pementasannya sedikit mengecewakan. Pendukung2 watak utama gagal menyerlah. Mungkin gugup kerana mereka adalah kumpulan pertama dalam pertandingan ini."

watak pe yg kelihatan kurang menyerlah?

-tanjung puteri 7hb cumey =)
-8hb ->hampeh(zila af4)