Isnin, April 30, 2007

Feng Shui

Dah empat kali dah. Sejak empat bulan aku berpindah dari Penang ke KL nie dah empat kali dah. Kalau makan, dah boleh kawen empat dah.

Ini kali keempat. Harap2 tak ader lagi selepas ini. Kalau adapun biarlah lambat2. Dah naik lenguh pinggang aku mengangkut barang. Berpindah kedudukan. Berpindah bilik. Asal bilik di hujung dunia kini semakin ke tengah. Tempat orang2 besar dan nerd bekerja. Entah camner org nakal seperti aku leh sangkut kat tengah2 nie. Mungkin senang bos nak pantau gerak geri aku. Alahai...

Nasib bilik aku yg keempat ini fengshui dia leh tahan. Walaupun sedikit panas, aku leh tahan lagi berbanding bilik aku yg sebelum ini betul2 kat tengah laman. Tempat orang lalu-lalang. Agak2 aku batuk pun bos2 leh dengar. Rasa macam semua mata memandang. Aku boleh bayangkan bagaimana Siti Nurhaliza hilang privasinya.

Sekarang, bilik aku sedikit terkebelakang. Tak der la di hujung dunia, cuma dipinggiran sajer. Dan paling penting, mereka dari luar tak boleh lihat pc aku. Jadi t'cover la sikit kalau nak jalankan aktiviti memblogging. Heheh.

Sempena Hari Pekerja esok, 1 Mei, aku ucapkan untuk semua golongan pekerja kat Malaysia ini. Err, aku tak maksudkan pelacur, perompak, perogol adalah pekerjaaan. Dan bulan Mei ini, juga bulan penuh hari kasih sayang. Ada hari Ibu, hari Bapa, hari Guru, hari Jururawat dan juga hari lahir saya.Hehhe....

Jumaat, April 27, 2007

Alahai

Dulu
Yang ada cuma satu
Nak jumpa dua atau tiga
Susah juga rasanya

Kini
Dah ada tiga dan empat
Rajin cari, rajin selak
Leh dapat lima atau enam

Patah tumbuh hilang berganti
Dulu dah cabut
Tapi hari ini ada lagi
Cam chipsmore lak..

Oooh tidak
Tandanya aku dah tua ker
Tapi aku lum berumahtangga

Alahai
Uban... uban...

Isnin, April 23, 2007

Hujan

Hujung minggu jumpa Lepat kat Shah Alam. Dah lama tak melantit. Sesi MLM (meeting larut malam) dimulakan tepat jam 11 malam. Mula berdua, kemudian bertiga, empat dan akhirnya menjadi lima.

Macam2 cerita keluar. Kalah Astro. Cerita kami lebih variasi. Ada masam, manis, pahit dan kelat. Dari hal politik ke hal akademik. Cheh, tipu. Kan senang mengaku kamu borak pasal pompuan. Sekali sekal pasal saingan EPL di hujung musim.

Sambil2 bercerita, sempat juga kenakan Lepat yg baru sebulan kahwin tu. Iyelah, sejak kahwin, susah betul nak jumpa. Ada saja alasannya. Malam tu, Lepaat kami tahan hingga jam 1 pagi.

"Wah, engko sekarang, syok la kan. Ada org jaga. Tambah pulak akhir2 nie asyik hujan jer malam2. Lena la engko tido." kata kami seakan mengejek diakhiri tawa mengekek-ngekek.

"Tido, mana leh tido malam2 masa musim hujan sekarang"

Kami mula berimaginasi yang pelik2. Tapi kerut di dahi Lepat mematikan khayalan nakal yang cuba kami ilhamkan tu.

"Eh, apsal pulak. Hujan la best kan" kami cuba pancing Lepat.

"Aku sekarang menyewa kat Taman TTDI Jaya la.."

Ooo.. kesian Lepat. Sejak jadi pengantin baru dia dah pindah kat TTDI Jaya. Bila hujan lebat ckit jer, dah kene berjaga2 takut banjir. Selain isteri, nak kene sayang pada kereta dan harta2 kat dalam umah juga. Alahai....

Jumaat, April 20, 2007

Lari

Minggu lepas, ari minggu.... tak macam ari minggu, minggu2 yang selalu. .. Ari minggu, minggu2 yang selalu, aku sambung tido sampai matahari sedikit tinggi. Biasanya selepas abah gerak untuk Subuh, aku berhijrah sambung tido dari depan tv ke bilik kecil bujang itu selepas menunaikan solat Subuh.

Tapi minggu lepas, rutin sedikit berbeza.

Minggu lepas, ari minggu, lepas Subuh, aku bergegas ke Damansara. Dengan seluar track panjang, kasut futsal dan t-shirt pagoda, aku dah bersedia nak mulakan sebuah larian. Menjadi pelarian kepada sebuah acara larian BHP the Orange.

Dah lame sebenarnya aku tak join acara berlari ramai2 nie. Entah tiba2 bersemangat pulak nak sertai aktiviti cenggini. Mungkin terpengaruh dengan mereka2 yg dapat title Datuk dengan berenang, jenjalan kat kutub dan meredah lautan gelora. Tapi setakat lari 9km memang la tak kan dapat title Datuk. Kurang2 berlari keliling Msia ker.. tp kne la praktis ngan jarak pendek cam 9km nie.

Aku tak sangka dapat habiskan gak acara larian nie. 9 km tu. Walaupun sebenarnya aku cuma lari 5 km, lagi 4 km tu jalan2 sambil borak ngan peserta pompuan yang dah tak larat nak berlari. Paling best, dapat sebijik beg galas + beberapa cenderamata mini sebab tamatkan larian. Kira ok la tu.

Ingat lepas nie, nak join Big Walk plak. Ape kata korang ikut aku sekali. Jenjalan sesambil makan angin kat Dataran Merdeka 29 April nie.

p/s : Satu2nya kasut sukan yg aku ader adalah kasut futsal pasar malam tu. Belasah je la walau sakit tumit sebab tapak dia nipis sangat.

Khamis, April 12, 2007

Test HIV

Dari tadi dia menahan2 air mengalir keluar dari pundi kencingnya. Uuuhh..siksa sungguh. Inilah pengorbanan namanya. Dan di klinik kesihatan Kerajaan itu, ramai pula manusia hari ini. Kesian melihat para doktor yang melayan pesakit seorang demi seorang. Tanpa ada rasa diskriminasi pada bangsa, agama mahupun jantina. Lelaki dan wanita berkot putih dan labuh itu setia mendengar kesakitan yg cuba diluahkan.

N0 189. Huh, gilirannya tiba juga. Kertas keramat bernombor itu diserahkan kepada adik nurse yang manis di pintu itu.

Dan seketika kemudian, tititsan darah manis menitik perlahan2. Senyuman adik nurse sekurang2nya melupakan dia pada kesakitan.

" Ok. Dah siap. Encik tunggu kat luar jap, nanti kami bagi result"

"Err.. ujian air kencing tak wat ker"

" Eh, ujian HIV kita amik sampel darah jer"

Ciss.. nyesal plak tahan kencing tadi. Nak buang tadi takut kne test air kencing plak. Nie Apek la nie tipu aku cakap ujian HIV test darah ngan air kencing.

Rabu, April 11, 2007

Aku Raja Botol

Tak habis2 mereka gelakkan aku. Melihat botol air untuk kanak2 dalam kereta dan aku mengakui sebagai pemiliknya. "Aku jadi Raja Botol la” Mereka gelak lagi. Melihat aksi separuh bangga aku menjulang botol air itu. Tanpa dipinta aku terangkan akulah pemenang Raja Botol masa mengebur kat Taman Rimba Ampang, Bukit Belacan hari Sabtu yang lalu.

“Best ke ngko gi berkelah tu”.

“Huh, siap mandi bunga lagi tu” Aku merujuk kepada sesi bermesra dengan air bersama bunga2 yang hadir antaranya Kak Ungku, Cik Nida dan Cik Amyz.

Hmm, aku sampai agak lewat, jam 12 tgh hari. Yg lain2 kebanyakannya kul 10 pagi dah terpacak kat satu2nya taman rekreasi air semulajadi di tengah ibukota ni. Dah nama hari cuti, dan malam sebelumnya aku berfutsal hingga ke awal pagi, tidur aku di pagi Sabtu itu lebih panjang dari hari2 biasa. Pukul 10, aku baru tergesa2 nak ke supermarket berdekatan, beli jajan dan air minuman untuk santapan masa mengebur nanti. Orang bujang, itulah yg termampu kami sediakan untuk dikongsi bersama kengkawan.

Tiba di Taman Rimba Ampang, aku mula menapak perlahan2 dengan bukaan langkah 1 meter setiap langkah. Cukup 751.3m seperti yg Attokz beritakan, aku jeling kiri dan kanan, ada sekumpulan manusia sedang sibuk bercerita atas alas tikar pantai di bawah bumbung wakaf, 2-3 orang sibuk bermain api masak burger. Huh, maner pulak budak2 GEJU nie. Aku memang tak berapa kenal. Dan aku sememangnya tak mengharapkan mereka kenal akan orang baru cam aku nie. Tebalkan muka, beranikan diri, aku cuba tegur "Err, Geng Jurnal kan”

Lepas letak beg dan bersalaman sesambil perkenalkan diri, aku cuba menjinak2 diri ke gigi air. Huh, sejuk pulak airnya. Kat sini tak ramai orang. Mungkin warga kota membayangkan Taman Rimba Ampang nie airnya tak berapa elok lantaran lokasinya dalam kawasan bandar nie. Aku pun selama nie asyik dengar kata2 org yg Bkt Belacan x best, tapi aku rasa ia lebih menarik dari perkhabaran yg aku dengar selama ini.

Dan aku, yang masih malu2, hanya memerhati dari tebing sungai awalnya. Aahh.. datang jauh2 tak mandi rugi plak, lantas beranikan diri join kelompok geng jurnal yg awal2 dah berendam dalam air. Nasib geng jurnal nie ok, sikap peramah diaorg menegur dan cuba berbual2 dgn aku sedikit sebanyak mengurangkan rasa segan. Cuma aku masih lagi malu dan kaku. Alah. Cam pengantin baru. Awal2 kamu mesti malu kan. Hehehe.

Dah abis citer pasal malu, masuk pasal citer yg ada sedikit unsur2 riak dan bongkak tapi masih terkawal lagi. Hahha. Kitaorg main game Raja Botol. Ntah dari maner Attokz dapat idea nie, tp menarik. Leh jadikan bahan pengajaran untuk cikgu2 matematik dalam kelas. Kamu kne bilang dari satu dan seterusnya dan bila sampai ke angka 7 dan gandaan 7, gantikan dengan perkataan botol. Saper kate sifir 7 senang, berkerut dahi nak mengingatkan kembali sifir 7 nie. Menggunakan format Akademi Fantasia, sorang2 peserta akan terkeluar dalam setiap pusingan. Last man standing dialah Raja Botol.

"Panjang sgt citer ngko nie Mat. Takder part citer pasal aweks2 ker" tanya mber opis.
"Huh, part tu aku tak leh citer kat korang. Khas utk yg bujang2 jer "

"Apsal ko tak nampak seri lepas mandi bunga ek"

X der seri lagi ker.. nie mesti kes mandi ngan OP kat penghujung sesi mengebur nie. Dah tawar balik kot.. Heheh..

Isnin, April 09, 2007

Jujur

Dahaga pula. Lepas Jumaat sebelum masuk opis, kami minum lagi. Duduk ramai2 dikerusi panjang yg tersusun cam dewan makan sekolah dulu. Sambil2 bincang dan ulas tentang isi ceramah sebelum dan selepas solat tadi. Ceramah di dalam dan di luar masjid kg terakhir orng Melayu di ibulota ini.

Tiba2 terasa cam ada getaran. Hmm, handphone aku vibrate kot. Sebelum Jumaat tadi dah tukar ker silent mode. Entah2 bos cari. Tengok handphone hak milik opis di poket kiri tiada tanda panggilan diterima. Handphone sendri di poket kiri juga sepi. Tanya kat kawan sebelah. Mana tau handphone dia yg berbunyi. Bukan nak jadi busybody. Entah2 ada panggilan penting.

"Tak der la, Mat. Apehal " kata kawan disebelah disusuli pertanyaan bila melihat kerut di dahi aku. Tak de apa2. Cuma terasa cam ada vibration td. Ingat ada handphone bunyi ker aper.

"Ooh.. aku kentut tadi" jujur dia membuat pengakuan di hari Jumaat nie.

Aku tak jadi marah, tapi gelak.

Kentutnya tak kedengaran tapi kuasa dalamannya mencetuskan gegaran kecil.Hehhe

Khamis, April 05, 2007

Tepuk Dada Tanya Selera

Perhimpunan aman bantah usul biadap Gerakan esok.

Satu perhimpunan aman bagi membantah tindakan biadap Parti Gerakan akan diadakan esok, 6 April selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Ia adalah berikutan isu usul pemecatan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria yang dikaitkan dengan kes penyebaran SMS mengenai gerakan memurtadkan orang Islam oleh Dato' Azhar Mansor beberapa bulan yang lalu.

Memandangkan ini adalah perhimpunan aman maka pihak penganjur tidak bertanggungjawab di atas sebarang provokasi dan tindakan subversif yang boleh menganggu keselamatan awam.

catatan:

Aku cuma menyampaikan apa yang aku rasa perlu diberi sokongan. Sokongan yg dimaksudkan bukan bermakna kalian perlu mengeluarkan duit untuk undi sms tindakan ini betul atau tidak. Jika ada kesempatan bolehlah kalian menghadiri. Oh ya. Ini perhimpunan aman. Maka tak perlu kalian menjerit2 seperti kalian memanggil artis pujaan di atas pentas pada hujung minggu itu.

Selasa, April 03, 2007

Hidup Rollercoster

Isnin.

Hati terasa amat gembira. Ingin berlari2 sambil mengepak2an tangan seperti burung yang mahu terbang. Ceria. Bahagia.

Selasa.

Muram. Bagai ada yang tak kena. Langit di luar sana pun gelap sahaja warnanya. Rasa sedih. Seolah2 mahu menangis.

Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad, minggu2 seterusnya, bulan2 seterusnya, tahun2 seterusnya.

Entah bagaimana. Warna bahgia. Atau gelap berduka.

Hidup umpama rollercoster. Ada suka duka. Mewarnai hari2 kamu. Silih berganti.