Aku fikir pasti ramai bloggers mengetengahkan isu kenaikan tol dalam blog. Ketika kenaikannya diumumkan aku terputus dari hubungan dunia blog untuk aku lontarkan ulasan mengenainya. aku kira, suara2 pembangkang yang merintih keluhan hati rakyat pasti kedengarran di dunia blog. Namun, ia seakan sunyi. Sepanjang perjalanan menelusuri blog kengkawan, hanya sebahagian kecil yang mendendangkan duka lara masalah kenaikan tol ini.
Kenapa? Mungkin kerana mereka bukan penguni lembah Kelang yang terperangkap dalam jaringan lebuhraya bertol itu. Di kiri simpang ada tol, belok ke kanan juga ada tol. Atau kerana gertakan pemantauan ke atas blog2 yang cuba mengajar sang pemerintah. Atau kerana mereka sudah bosan dan lali dengan alasan dan janji yang diberikan. Kenaikan ini sudah diduga. Sebagaimana kerbau dipegang pada talinya, manusia pada janjinya, caj tol pada perjanjian konsesinya.
Usah dipedulikan tentang keadilan pada perjanjian itu, apakah ia berat sebelah atau hanya menguntungkan sebelah pihak. Kamu di luar sana bukannya orang2 korporat yang tahu mengira duit. Apalah sangat hendak dibanggakan jika gaji kamu mencecah 4 angka, itu hanya pendapatan seharian mereka. Kamu hanya tahu mengadu domba wang syiling sekupang dua yang perlu ditambah dalam perjalanan mencari rezeki ke tempat kerja sedangkan kamu lupa betapa kami kurang mengaut untung beribu ringgit jika tol tidak dinaikkan.
Sejak kecil lagi, kamu didengarkan dengan momokan anak tuan tanah yang enggan membenarkan kamu melalui laman depan rumahnya tika kamu cuba melewati denainya untuk membeli susu di kampung sebelah. ”Ini tanah bapak aku. Kamu perlu bayar jika ingin melewatinya atau kau ikut saja jejak2 jalan yang jauh itu”. Dan lebuhraya di kuala itu juga bukan milik bapa kamu.
Akhbar2 dan media arus perdana pantas bertanyakan pada pengguna lebuhraya bila kenaikan itu diumumkan. Tapi soalan yang diberi terlalu mudah untuk diteka jawapannya. ”Yang mana lebih selesa, lebuhraya yang besar atau jalan raya biasa yang tak pernah rata” Kenapa tak ditanyakan sahaja ”Apakah kalian bersetuju dengan kenaikan tol baru pada lebuhraya yang sentiasa sesak itu” Oh!! Aku lupa. Akhbar2 dan media arus perdana harus menjaga keharmonian negara. Soalan yg memberikan jawapan celaan perlu dielakkan. Tulisan berunsur hasutan bisa membuat kamu hilang mata pencarian.
Aku faham, jelas dan sokong kenapa kadar tol perlu dinaikkan. Kamu tahu apa. Ketika kamu masih lagi makan ubi, kami sudah berkelana ke luar negara. Di sana, harga minyaknya lebih mahal seperti juga tolnya. Kamu seharusnya berterima kasih kepada kami yang sering berusaha menjadikan kehidupan kamu lebih baik dan selesa.
Lantaran itu, aku sudah tidak sabar lagi ingin memulakan penghidupan baru di Kota Berlumpur. Tahun depan, aku ingin menjadi warga kota. Akan ku tinggalkan pulau ini. Menyambut tahun baru dengan azam dan impian baru. Memandu di lebuhraya yang sentiasa sesak dan padat. Dan dalam kesesakan itu, kamu berpeluang mengintai si gadis manis dalam kereta BMW mewah dari tingkap kereta buatan Tanjung Malim ini. Di Kuala Lumpur, kesesakan itu juga ada harganya.
12 ulasan:
aaaaa tatau dah nak komen apa aaaa
Aku dah cipta pantun mengenai TOLol ini. Awal tahun depan aku publishkan dalam blog.
Selamat 'berlumpur' Kemat. Banyak cabarannya menjadi orang KL ni. Bergerak seinci pun perlukan duit...!
en Kemat akan menjadi warga kota berlumpur rupanya..ehem..siapa gadis manis tu?..semoga tercapai cita2 di thn baru nnt
owh, sy ingatkan awk mmg dah di KL..
saya chenta KUALA LUMPUR....
selamat hari raya haji & selamat tahun baru 2007...
ko kna ingt.. bkn trafic jam kt tol jer kena byr.. kn nk buat pelaburan di bilik termenung pn dh lama dh kena byr...?
kalau selalu berulang menggunakan tol, memang pening...
Selamat Hari Raya dan Selamat Tahun Baru..
menurut catatan sejarah, ketika sungai menjadi jalan pengangkutan utama, tol asalnya dikutip oleh para lanun.
Hummm, seb baik, duduk JB, dan bakal bekerja di Kuantan...
maka bertambahlah sorang lagi pembayar tol.
kingbinjai:
:)
blackpurple:
dah baca pantun tue, best
zwitt:
sekarang saya org KL..haha
anne:
dlu dok penang
cik pudica:
bilik termenung cuma 27sen sehari (itu kata iklan IWK)
chikadior:
saya kurang chenta KL
13may:
same to U
sikenit comel:
epi new year
zizie ali:
apakah lanun2 itu msih ada?
azhar ahmad:
wah tukar angin juga dude
penyubiru:
aku nak bantu kayakan syarikat konsesi tu
Catat Ulasan