Petang tadi. Aku masuk opis kul 4.30 ptg. Berselisih dgn mber opis yg dah pun nak pulang.
Aku tegur " Wah, dah nak balik kje ker"
Dia balas " Wah, ngko baru masuk keje ker"
Aku sebenarnya baru balik dari Kuantan. Menghadiri mesyuarat. 3 hari bersenang lenang di sana. Aku tak bagitau dia. Sbb aku nampak dia tergesa2 mau pulang. Aku tulis disini sbb aku nak bgtau korang. Ke mana aku menghilang. Kenapa tiada entri terbaru.
Aku tak sempat nak beli ole2 dari Kuantan. Aku menumpang kete kawan. Dia tak membelok ke arah pasar, tidak menuju ke Teluk Chempedak atau mencari laluan ke Tanjung Lumpur. Yang aku bawa pulang hanya cerita tentang Kuantan. Mungkin sebelum balik ke umah malam nie, aku kne singgah kedai beli buah tangan. Adik2 di rumah tak kisah samaada ia buatan Kuantan atau Sg Buloh. Yg penting, beg aku nanti bukan sekadar diisi baju2 kotor yg perlu dibasuh.
Apa ada di Kuantan. Aku sebenarnya tak sempat pun berjalan2. Bukan sibuk. Sbb aku masih sempat terjun tiruk di kolam hotel, layan jakuzi, steambath dan sauna. Kata kawan yg sama2 berkampung di Kuantan, dia teruja benar dapat mencuba benda2 ini. Aku sebenarnya baru pertama kali. Tapi aku rasa dia pasti lebih teruja jika ke kg aku di Baling.
Air terjun kg sejuknya menyegarkan badan, kolam air panas di kg benar2 mencabar ketahan kamu pada kehangatannya. Dan sauna, aku dah biasa berpeluh di Penang di bakar mentari siang.
Aku tak pasti biler nak balik ke Penang. Akhir2 ini, aku banyak betul berkelana. Manjung, Perlis, Kuantan dan mungkin ke JB pula lepas nie. Takper, jauh perjalanan, luas pemandangan, tambah pengalaman.
11 ulasan:
yezzaaaaaa....luas perjalanan, tambah pengalaman dan pemandangan..lagi bagus cuba2 keluar negeri pulak..ngehhh:)
ya betull!!!
betul juga utk noushy..;)
*noushy.kita baru je singgah blog noushy.suka la baca..:)
kuantan ulu. apa pon tarak. tidak ada rugi apa-apa kamu. hahaha.
untung juga pergi kursus bawah jabatan ni boleh pergi steambath, jakuzi, sauna..
kalau jabatan saya, mana boleh, warganya ramai... :D
ish apa plak tkde ape2 kat kuantan tu..? mcm2 tempat leh pg.. aku 7 1/2 thn dok sana, org sana baik2, rindu weh
dapat duit elaun ho hoh ho
pasni dtg sini pulak en. kemat. Ajak isteri sekali. Okey bro!
tambah perjalanan, jauh pemandangan dan luas pengalaman:D
waaaahhhh..best yerk keliling2 msia nih, tapi kalau betul2 berjalan lagi best, ni kalau sambil2 keje ni x syok sgt....x leh nak santai betul2....
ko ni seorang pengembara ker plak?
Ekperimentasi Fotografi Aku
noushy syah:
obersea..singapore leh la kot
skidg8:
:)
abdullahjones:
jgn kutuk kuantan, nnti kne amuk cucu tok bahaman
aminbakish:
huhuhu
tedungS:
nnti kne ajk ko jd tour guide lah
kingbinjai:
maner ader elaun..smua kne potong
ise:
nnti aku ke sane..bersama isteri2 skali..heheh
13may:
yup
rafflesiamerah:
itula..lenkali kne amik cuti bru best
mazudi:
aku dah lama ingin mengembara..kembara di bumi Tuhan yg luas terbentang ini
Catat Ulasan