Rabu, November 01, 2006

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Raya baru2 ini. Di kampung. Hujan lebat. Permulaan musim. Nasib tak banjir. Macam kat Perlis, Kodiang & Pendang. Walaupun ader gak sesetengah tempat air naik.

Namun hujan x mematahkan semangat kami utk beraya. Aku masih mampu segak bergaya dengan baju melayu dan songkok hitam. Heh.. segak ker..Aku harap2 la. heheh.

Dan hujan tetap turun dengan lebatnya. Pada hari raya itu. Masa kami nak pi umah Mak Teh. Jln ke umah Mak Teh becak. Becak sangat. Aku parking kete jauh ckit.

Tanya aku pada adik2, "Amacam, nak redah tak"
Adik balas "Ader payung tak, hujan lebat nie. Lencun baju nnti"
Aku jawab dengan bangga "Huh, org dah standby smuanya. Siap ada 3 biji payung lagi"
Adik "Ok. Abih tu, maner payungnya"
Aku diam seketika sebelum berkata "Kete Angah nie memang ader standby 3 biji payung. Tapi tiga2 kat bonet belakang"

Maka, untuk seketika kami beraya di dlm kete sambil mendengar lagu raya sementara menunggu hujan reda. Masing2 tak sanggup basahkan baju untuk amik payung kat bonet belakang dalam hujan yg lebat.

Moral of the story: Lain kali payung taruk dalam kete, bukan kat bonet belakang. Ader banyak pun x guna.

15 ulasan:

akirasuri berkata...

ha ha ha pecah gelak saya baca perenggan terakhir sebelum moral tu...ha ha ha...best tak raya kat dalam kereta ;)

tumismenumis berkata...

Cerita ko ni aku rasa boleh buat iklan Petronas tahun depan ni. Macam dramtik plak.

Mesti dapat menghayati lagu raya dalam kereta dengan betul betul eek.

Aku Bukan Bidadari berkata...

oitt.. pakai lampin tak...ops sampin.. kalo lelaki pakai baju melayu,songkok dan berserta lampin..lelaki tak kacak pun terus jadi kacak serta merta..betul..

zwitterion berkata...

haha..lagi satu,lepas guna payung, sila letak semula dalam kereta..

13may berkata...

angah...awat angah pi letak payung2 kat dlm bonet keta??? hahahahha....

Rie berkata...

hahahahaha.

standby jugak paper. emergency boleh ganti payung. hahaha

Tanpa Nama berkata...

sediakan payung ketika berhari raya..heheh.. :D

Lan Rambai berkata...

macam penah aku alami jer benda ni hahaha

Tanpa Nama berkata...

standby surat khabar lama dalam kereta pun boleh gak.. buat payung sementara.. hahaha...

sinaganaga berkata...

Ha ha.

Sunan_Jati berkata...

heheheh.. wah lawakla... hehe xperla lain kali jgn batu sudah kalu baut jugak hang tulis la skali algi baru aku nk gelak betui2x hehehehehhe!

. berkata...

err..ko pakai payung apa yang berbiji-biji??

Tanpa Nama berkata...

aiseymen..silap tektik btol laa. Habis tu..saper amik payung tuh?

Kemat berkata...

akirasuri:
tak best sbb x der kuih raya dalam kete

mazudi:
nak suruh saper arah nie yusop haselam ker prof madya

aku bukan bidadari:
ya, rasa kacak tul

zwitt:
letak kat bonet gak ker zwitt

13may:
bonet kosong

esis:
paper lamer pun dlm bonet huhu

cikin:
skrg musim hujan, kne standby payung

lan rambai:
aku percaya rmai gak yg terkena cenggini

orochi:
paper ader gambar ct, sayang nak kasi basah heheh

naga:
huhuhu

sunan jatai:
gelak jer ..tak kisah

neeziee:
biji leh pkai gak aper..atau pkai kaki jer..

ise:
smua tak nak amik..tunggu hjan berenti

arianna adrizal berkata...

memula ingat angah je yg berperangai gitu, rupanya along, achik, ucu semua pun perangai 2x5 saja!! hahahaha...