Jumaat, April 28, 2006

Mamat dan Minah


Mamat: Perempuan macam merpati
Jinak tapi sukar didekati

Minah: Aah..apa kurangnya lelaki
Banyak boleh didekati
Tapi tak semua sejinak merpati

Khamis, April 27, 2006

Urusan Seri Paduka Baginda


Perghh..terasa penat btul sminggu dua nie..terkejar2 ke sana ke mari...terlalu bnyk meeting smpi aku jadik pening..17/4 meeting kat seberang(aku dok sblh pulau), 18/4 meeting ngan JKR, 19/4 meeting kat site, 20/4 meeting kat seberang lagi....21/4 pun kne trun sbrg lagi..ari minggu 22-23/4 aku kne trun kje gak sbb ader special visit...24/4 naik bot ke Langkawi 25/4 aku wat inspection kat Aloq Setar, 26/4 meeting lagi kat site..a whole day meeting..aku tak patut mengeluhkan..semua ini adalah amanah yang dipertanggungjawabkan di bawah satu tema urusan seri paduka baginda
dan ari nie sepatutnya ader meeting lg tapi kami cancel kerana masing2 dah penat ngan meeting nie..terlalu bnyk meeting sampi kengkadang tak sempat nak wat follow up keputusan meeting..yea..apa guna meeting sedangkan kalian tidak sempat mengambil tindakan ke atas keputusan yang dibincangkan..leganya tiada meeting tapi ari nie aku terkejar2 nak wat 3-4 report meeting yg aku attend...bos dah tanya blik meeting takkan x der "buah tangan" aper2...yea.. En Bos sekalian..akan saya sediakan report2 itu secepat mungkin..ingt nk blik umah kjap dulu..mandi2 kasi segar..lagipun mlm nie mlm Jumaat..yg lum kawin bolehlah jengah surau berdekatan baca Yasin smbil doa dipermudahkan jodoh..berkat mlm Jumaat nie..err...aku tak kata yang dah kawin x perlu pegi surau solat jemaah dan baca Yaasin..
tak sabar rasanya nk blik KL weekend nie..aku nak manfaatkan cuti hari pekerja nie sebaik2nya...aku raser benar2 bekerja dan aku perlukan cuti itu...nsib baik aku sempat cekau tiket bas mlm sok..itu pun bas tambahan..selepas jenuh wat muka sardin kat awek jaga kaunter tiket..(ha..ha..neeziee aku dapat tiket..takper aku cri ko nnti kat KL)harap2 segalanya baik..tapi sebelum itu aku kne hadiri 2 lagi meeting penting sok...
En Bos..saya balik umah kejap dulu yea..nnti mlm saya datang balik sudahkan kerja itu..Kalaulah Ayah Kita Bos kan best...orang dah x leh cakap "aper ko ingat kompeni nie bapak ko punya"..tapi bos kat tempat kje aku bukanlah ayah aku..bukan juga ayah mertua aku...

Jumaat, April 21, 2006

Si Pembuka & Penutup Tirai

Mase form 1 dulu(bace aku sekolah asrama)... dewan sekolah belum siap..bukan setakat dewan, kemudahan lain cam padang, gymnasium, rumah warden pun lum siap.. tapi disebabkan kemasukan untuk pelajar2 dan juga guru2 sekolah asrama kerajaan itu telah dibuat maka kami terpaksa juga bersesak2 belajar di antara celah kontraktor yg bertungkus lumus (bace sambil lewa) menyiapkan sekolah kami.

Setiap kali ader persembahan/majlis sambutan/keraian seperti Maal Hijrah, Maulidur Rasul, Hari Guru, Malam Kesenian Islam, Mesyuarat PIBG...segalanya dilakukan di dewan makan. Dan untuk melakukan persembahan seperti nasyid, pantomin pentasnya cuma meja kelas yang disusun rapat2. Kami bebudak form 1 lah yang jadi engineer merangkap kongsikong membina pentas itu..dan pekerjaan ini diwarisi turun temurun bagi setiap mereka yang bergelar student form 1. Dan tirainya...kami gunakan selimut yang digantung pada tali..memang cukup sederhana dan bersahaja tapi kami gembira...yang menyaksikannya pun gembira..

Aku dari dulu hanya minat berada di belakang tabir..sebabnya aku agak malu tapi berminat menyertai persembahan seperti ini dan menjadi sebahagian dari mereka yang menjayakan pementasannya...jadi aku diberi peranan sebagai si pembuka dan penutup tirai..biarpun mereka yang melihat persembahan itu tidak nampak akan kelibat aku kecuali kaki dan tangan aku yang memegang tirai selimut itu..aku perasan setiap kali aku mula membuka dan juga menutup tirai mereka mesti menepuk tangan. Aku fikir mereka suka akan aku. Mereka tepuk untuk aku si pembuka dan penutup tirai...


Kamus:
Kongsikong = buruh binaan/pekerja di tapak bina/general workers

Selasa, April 18, 2006

Orang Kampung di Kota Eropah

Sebaik kaki memijak bumi Eropah,
Mrs "K" dah demam..
Sesekali batuknya kedengaran..
Kataku..ermmm..awak tak sesuai ngan cuaca di Eropah agaknya..
Sebab itulah demam
Aku cuba nak lahirkan simpati
Dalam masa yang sama aku suntikkan keazaman padanya
Sekali sekala kita jejak tempat orang
Biar pun demam, biar kita kesejukan
Kembara ini harus diteruskan
Ada tugasan perlu diselesaikan
Ada peristiwa perlu dicatitkan
Ada cerita perlu disampaikan
Ada pengalaman perlu dirakamkan

Moga Tuhan memelihara akan keselamatan dan kesihatan
Dalam kembara kita di tempat orang
Benar, tanah ini cukup asing bagi kita
Tapi semuanya adalah ciptaan-Nya
Segalanya adalah milik-Nya
Pada-Nya kita pohon segala kebaikan
Yang ada pada sebuah perjalanan

Sebaik kaki menjejak bumi Tanah Melayu ini..
Aku mula terbersin..
Bukan sekali tapi berkali2..
Dan batuk itu juga kedengaran
Memecah kesunyian pagi Kuala Lumpur
Kata Mrs "K"
Ermm...awak tak sesuai ngan cuaca di Malaysia agaknya
Sememangnya demam aku agak berpanjangan
Untuk seminggu yang mendatang
Hingga aku hilang segala ilham
Untuk dicoretkan di blog liepan

Hari ini aku terima poskad dari seorang kawan
Seorang kawan yang telah aku amanahkan
Menyimpan segala catatan perjalanan
Kisah kembara aku di kota Eropah
Yang tertulis pada poskad yang diutuskan
Maka catatan perjalanan ini akan ku abadikan
Dalam blog liepan pada entri akan datang
Inilah sebahagian kisah aku
Orang kampung di kota Eropah

Khamis, April 13, 2006

Resah Malam Menanti Siang

Malam ini
Aku seharusnya tidur awal
Tapi malam ini
Tidur itu
Bukan lagi seakan hobiku

Malam ini
Aku seharusnya tenangkan fikiran
Tapi malam ini
Aku masih berjaga
Cuba mencari 1000 persoalan
Yang bakal dilemparkan

Malam ini
Tidak seperti malam sebelumnya
Biar warna gelapnya tiada berbeza
Biar sejuk dinginnya tetap serupa
Biar sepinya masih yang sama

Resah malam ini
Menanti esoknya siang
Kerna ada soalan yang perlu dijawab
Ada jawapan yang perlu dijelaskan
Ada penjelasan yang perlu diberikan

Esok..
Antara Tuah atau Jebat
Antara Mr Jekyll atau En Hyde
Salah satu watak2 ini
Akan mewakili diriku nanti
Mungkin juga sebahagian darinya
Atau kesemuanya menunjukkan rupa
Pada sebuah pertanyaan
Tentang amanah yang tak disempurnakan

Sesungguhnya..
Malam ini amat meresahkan
Bila mengenangkan esok hari
Yang belum tentu menjanjikan kegembiraan
Kerna yang tergambar hanyalah kecelaruan

Betapa resahnya malam
Menanti bila lagi nak siang...

Jumaat, April 07, 2006

ORANG KAMPUNG DI KOTA EROPAH

he..he..cam tak cayer jer..aku jejakkan kaki aku kat Eropah nie...walaupun aku tak jelajah keseluruhan Eropah..walaupun tak sampai suku Eropah aku pusing...hakikatnya ada kesan peninggalan tapak kaki aku di bumi Omputih nie...dan hari ini entri ini aku abdikan sebahgian catatan perjalanan aku di negeri orang..

Sememangnya impian aku ingin melihat dunia dari mata burung..aku tak hingin jadi seperti katak yang dunianya hanyalah tempurung kesayangannya..selagi kaki ini mampu melangkah..akan ku kembara ke seluruh bumi Tuhan...(bergantung pada kesihatan dan kewangan)...

aku tak mungkin berupaya merakamkan segalanya di sini...tidak sesempurna 'Mungkar dan Nakir' mencatatkan segala amalanku dalam buku harianku...

Sewaktu menerima tiket penerbangan itu..berulang kali aku eja nama yg tertera di situ benarlah aku org itu..orang kampung di kota Eropah