"Boleh
Pak Usu. Saya memang tukang gunting rambut kawan-kawan kat asrama" ujar
Said, anak saudara Husin. Kemana tumpah kuah kalau tak ke nasi. Husin dahulu
pun jadi tukang gunting rambut di asrama dulu. Semua pelajar carinya. Dari
kawan sekelas sampai ke abang-abang senior. Masyur benar di dengan
pekerjaan suka rela tukang gunting ini. Sampai digelar orang 'Husin Barber'.
Husin
lena dalam khayal di atas bangku sementara rambutnya 'dikerjakan' anak
saudaranya itu. Bunyi bilah gunting yang berlaga jadi irama yang mengasyikkan
buatnya. Dalam lena, Husin senyum terkenangkan kehebatan gerakan tangannya
mencantas rambut rakan-rakan. Sebut sahaja gaya yang dimahu, pasti Husin mampu
buat.
"Wokeh...
dah siap Pak Usu" teriak Said melepaskan ikatan surat khabar di sekeliling
tengkuk bapa saudaranya. Segera dihulurkan cermin muka pada Pak Usunya.
"Amacam.
Ok tak gaya nie. Nie gaya paling top kat sekolah ni Pak Usu"
Husin
tengok cermin lama-lama. Belum puas rasanya dia membelek wajah barunya. Husin
capai kunci motosikal.
"Pak
Usu nak keluar kejap. Beli rokok" balas Husin perlahan.
.......................
"Mamak.
Guna mesin nombor satu yer" jerit Husin. Cheh. Ada ker diguntingnya gaya
K-Pop. Hilang imej rock aku, getus Husin dalam hati.
4 ulasan:
dah namanya trend semasa kannn
hihi... semoga 2012 lebih baik dr tahun tahun sebelumnya dan sentiasa dalam rahmat ALLAH SWT:)
zonaku: trend semasa untuk anak remaja
skidg8: :)
hang ni ada aje idea buat cerihik kan
Catat Ulasan