Selasa, Disember 27, 2011

Senarai Semak No 1 Mula Sesi Persekolahan : Gunting Rambut


"Boleh Pak Usu. Saya memang tukang gunting rambut kawan-kawan kat asrama" ujar Said, anak saudara Husin. Kemana tumpah kuah kalau tak ke nasi. Husin dahulu pun jadi tukang gunting rambut di asrama dulu. Semua pelajar carinya. Dari kawan sekelas sampai ke abang-abang senior. Masyur benar di dengan pekerjaan suka rela tukang gunting ini. Sampai digelar orang 'Husin Barber'.

Husin lena dalam khayal di atas bangku sementara rambutnya 'dikerjakan' anak saudaranya itu. Bunyi bilah gunting yang berlaga jadi irama yang mengasyikkan buatnya. Dalam lena, Husin senyum terkenangkan kehebatan gerakan tangannya mencantas rambut rakan-rakan. Sebut sahaja gaya yang dimahu, pasti Husin mampu buat.

"Wokeh... dah siap Pak Usu" teriak Said melepaskan ikatan surat khabar di sekeliling tengkuk bapa saudaranya. Segera dihulurkan cermin muka pada Pak Usunya. 

"Amacam. Ok tak gaya nie. Nie gaya paling top kat sekolah ni Pak Usu"

Husin tengok cermin lama-lama. Belum puas rasanya dia membelek wajah barunya. Husin capai kunci motosikal. 

"Pak Usu nak keluar kejap. Beli rokok" balas Husin perlahan.

.......................


"Mamak. Guna mesin nombor satu yer" jerit Husin. Cheh. Ada ker diguntingnya gaya K-Pop. Hilang imej rock aku, getus Husin dalam hati.

4 ulasan:

zonaku berkata...

dah namanya trend semasa kannn

skidg8 berkata...

hihi... semoga 2012 lebih baik dr tahun tahun sebelumnya dan sentiasa dalam rahmat ALLAH SWT:)

Kemat berkata...

zonaku: trend semasa untuk anak remaja

skidg8: :)

tasuke berkata...

hang ni ada aje idea buat cerihik kan