Rabu, November 02, 2011

Salah


"Eh, awak. Ni kenapa masuk tandas lelaki ni". Marah Razali pada awek berbaju biru laut itu. Awek berbaju biru laut itu atau Adila namanya sebagaimana yang tertulis di sebelah atas poket kiri bajunya berdiri betul-betul di hadapan Razali ketika dia menerpa masuk laju menolak daun pintu tandas itu. Terkejut besar Razali yang sekian lama menahan  kencing dari bilik mesyuarat tadi. Dia menoleh semula ke arah pintu tandas yang masih separuh terbuka. Dia tidak salah. Lambang lelaki bertopi yang tertera di situ.


Awek berbaju biru itu hanya terdiam. Kaget. Kelu. Mulutnya separuh terbuka seperti ingin menuturkan kata tapi tiada suara yang kedengaran. Iya. Dia Adila sebagaimana tertulis di sebelah atas poket kiri bajunya. Dan di sebelah atas poket kanan bajunya tertera pula tulisan "Cuci Cuci Services Sdn Bhd"

2 ulasan:

shasha berkata...

Next time suruh Cuci Cuci Services amik pekerja lelaki ek..

tasekM berkata...

betul la.
mcm nk kena ada juga tukang cuci lelaki nih..



.