Ahad, November 20, 2011

Kenduri Lagi

Selain dari rancangan kartun dari awal pagi sampai tengah hari, undangan ke majlis makan-makan sambil tengok pengantin merupakan perkara sinonim dengan cuti sekolah. Kadang-kadang jemputan yang kamu terima lebih banyak dan bertindan pula masanya. Selain daripada faktor lokasi, tahap perhubungan menjadi penentu kenduri mana yang nak kamu pergi. Kalau dah kenduri belah keluarga tentulah itu yang kamu kena utamakan.

Benda wajib kalau pergi kenduri kena jumpa orang yang menjemputnya. Iyalah dah jauh kamu datang, kena tunjuk muka pada yang  menjemput. Nanti diingatnya kita tak sudi datang. Rasa berbaloi bila jumpa terutamanya yang menjemput adalah pengantin sendiri.

Lagi buat berbaloi bila lauknya sedap. Lain pada yang lain. Jadi pada sesiapa yang menjemput aku ke kenduri nanti, tuliskan menu sekali yer. Senang nak buat pilihan. Menu sedap didahulukan. Keluarga punya didahulukan.

(Haha. Kalau ada kelapangan semua jemputan yang diterima pasti aku datang).


 

3 ulasan:

shasha berkata...

Hilang penat datang jauh2 bila makanan sedap..kan abg kemat kan??

akira|suri berkata...

saya nikah nanti ayam penyet. jangan lupa datang tau. ha ha ha.

Kemat berkata...

shasha:
aha

akirasuri:
saya choppp lauk pengantin