Ahad, November 20, 2011

Kenduri Lagi

Selain dari rancangan kartun dari awal pagi sampai tengah hari, undangan ke majlis makan-makan sambil tengok pengantin merupakan perkara sinonim dengan cuti sekolah. Kadang-kadang jemputan yang kamu terima lebih banyak dan bertindan pula masanya. Selain daripada faktor lokasi, tahap perhubungan menjadi penentu kenduri mana yang nak kamu pergi. Kalau dah kenduri belah keluarga tentulah itu yang kamu kena utamakan.

Benda wajib kalau pergi kenduri kena jumpa orang yang menjemputnya. Iyalah dah jauh kamu datang, kena tunjuk muka pada yang  menjemput. Nanti diingatnya kita tak sudi datang. Rasa berbaloi bila jumpa terutamanya yang menjemput adalah pengantin sendiri.

Lagi buat berbaloi bila lauknya sedap. Lain pada yang lain. Jadi pada sesiapa yang menjemput aku ke kenduri nanti, tuliskan menu sekali yer. Senang nak buat pilihan. Menu sedap didahulukan. Keluarga punya didahulukan.

(Haha. Kalau ada kelapangan semua jemputan yang diterima pasti aku datang).


 

Khamis, November 17, 2011

Durian Runtuh Di Sekolah

Yang datang ambil duit
Seratus ringgit
Lebih ramai 
Dari yang datang 
Masa ambil kad laporan prestasi pembelajaran

Isnin, November 14, 2011

Sikit-sikit, Lambatnya Nak Jadi Bukit

Sayu bila tengok buku akaun tabung haji. Simpanan makin menyusut dek aktiviti mengorek tabung menampung keperluan belanja yang makin tinggi. Biar menabung melalui potongan gaji untuk simpanan sendiri dan anak-anak, tapi setiap bulan asyik keluarkan juga. 

Sekarang ni, jumlah simpanan kat tabung haji anak-anak lebih banyak dari ayah. Kalau berterusan macam ni, diaorang dululah yang cukup tabungan untuk pergi haji nanti. Alahai.

Sabtu, November 12, 2011

Dan Bila Cuacanya Mendung

Menjadikan diri ini malas
Untuk menulis
Untuk berfikir
Untuk berceloteh

Hanya rindu
Pada kamu
Seperti selalu



Ahad, November 06, 2011

Aidiladha di Kuala Lumpur

Solat sunat Aidiladha sebelahnya ada


Abdurrahman
Suparjo
Ahmed Hassan
Malik Khan
Agus Salim
Ghulam
Winto Ajis




 

Jumaat, November 04, 2011

Tahniah Para Graduan

Udin puas hati. Usahanya selama ini membuahkan hasil. Penat lelah 3 tahun dia bergelumang mengejar ilmu di menara gading berbalas dengan segenggam ijazah di tangan kanannya. Ijazah itu juga akan membuka jalan untuk dia mencorakkan masa depan kehidupan yang lebih baik buat keluarganya. Udin nak balas jasa ayah dan ibunya. Udin nak bantu adik-adiknya pula merasai peluang bergelah siswazah. Semakin kuat azamnya, semakin kuat digenggam ijazah di tangan kanannya.

Iya. Hari ini hari konvokesyen buat Udin. Hari dia mendapat ijazah.

Hari ini juga ada posmen datang ke rumah. Membawa sepucuk surat. Bukan surat tawaran kerja. Tapi surat bayar hutang pinjaman pelajaran.

Udin graduan generasi baru. Yang akan dapat ijazah dan surat hutang pinjaman setelah tamat pengajian.

Rabu, November 02, 2011

Salah


"Eh, awak. Ni kenapa masuk tandas lelaki ni". Marah Razali pada awek berbaju biru laut itu. Awek berbaju biru laut itu atau Adila namanya sebagaimana yang tertulis di sebelah atas poket kiri bajunya berdiri betul-betul di hadapan Razali ketika dia menerpa masuk laju menolak daun pintu tandas itu. Terkejut besar Razali yang sekian lama menahan  kencing dari bilik mesyuarat tadi. Dia menoleh semula ke arah pintu tandas yang masih separuh terbuka. Dia tidak salah. Lambang lelaki bertopi yang tertera di situ.


Awek berbaju biru itu hanya terdiam. Kaget. Kelu. Mulutnya separuh terbuka seperti ingin menuturkan kata tapi tiada suara yang kedengaran. Iya. Dia Adila sebagaimana tertulis di sebelah atas poket kiri bajunya. Dan di sebelah atas poket kanan bajunya tertera pula tulisan "Cuci Cuci Services Sdn Bhd"