Ahad, Ogos 28, 2011

Mungkin Ramadhan Terakhir ?

Macrobentosis (bukan nama sebenar) dah tak larat nak main kejar-kejar. Kalau masa muda, dia boleh panjat dan bertenggek di pohon cikuTiada siapa perasan. Tiada yang tahu.

Dia membayangkan, bila sahaja pencen, dia boleh berehat. Tak perlulah bangun awal pagi sangat. Memang dia tak dapat gaji pencen bulan-bulan, tapi itu semua dunia. Dia cuma nak kehidupan yang lebih selesa. Tenang tanpa gangguan.


Tapi, musim perayaan ini, hidupnya memang tak tenteram. 2-3 kali juga dia mendengar namanya disebut. Entah diumpat atau dikutuk. Mujur tak tersedak ketika makan.

Dia sedar. Hayatnya mungkin tak lama. Mungkin ini Ramadhan terakhir buatnya. Bila mendengar Mak Munah, isterinya Lebai Kasim berbicara "Macrobentosis, ayam pencen abang tu, kita sembelih yer raya nie, sedap buat rendang tu..."

2 ulasan:

Acaii Jawe berkata...

Salam Lebaran sahabat :) tahun ni monjong raya belanja abah 5 ekor ayam. Mahal gila ayam sekarang,hehe. Mohon maaf zahir dan batin ye.

shasha berkata...

Ayam pencen memang sedap buat rendang..nyum!! Selamat hari raya abg kemat sekeluarga!