Jumaat, Ogos 12, 2011

Dah Nak Masuk 12 Ramadhan


Ada lagi mamat yang tanya dekat aku niat puasa.

Kementerian Pelajaran tak usah sibuk sangat pasal nak ajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Ilmu agama tu didahulukan, barulah kebahgiaan di dunia dapat dicapai.

Tapi, menggagau jugak aku sebenarnya nak ajar mamat tu niat dalam Bahasa Arab. Tak kena makhraj, lain makna, ilmu sesat pulak jadinya. Susah jugak nak jadi ustaz. Kena pastikan mamat tu sebut betul-betul.

2-3 kali cuba, aku tanggalkan kopiah dan terus bilang
 
"Aaa... niat dalam Bahasa Melayu pun boleh jugak bang"

3 ulasan:

shasha berkata...

Heh! Abg tu baru nak start puasa ek?

. berkata...

wah.dah jadi ustaz sekarang.

Kemat berkata...

shasha:
belum terlewat untuk bermula. dari tak ingin bermula..kan

nizam sani:
belum lagi