Kebanyakan surau memilih tajuk "Kisah Penurunan Al-Quran dan Mukjizatnya" sebagai tazkirah sempena Nuzul Quran ini. Tapi Ustaz Kemat punyai pandangan yang berbeda. Dalam sesi tazkirah jemputan di sebuah Jabatan Kerajaan, Ustaz Kemat melontarkan persoalan tentang Ramadhan yang sering dilupakan menjelang 15 hari terakhirnya. Kemeriahan dalam mengerjakan ibadah di bulan Ramadhan tidak sehangat 15 hari yang pertama.
Bagai menarik rambut dalam tepung, Ustaz Kemat menyindir dalam jenaka, menegur dalam seyum tawa. Ramailah yang tunduk membisu, tersenyum malu lantaran teguran terkena batang hidung sendiri.
"Iyalah. Siapa yang tak suka raya. Aidilfitri itu hari yang besar. Hari kita meraikan kemenangan. Tapi seharusnya ditanguhkan dahulu sementara Ramadhan masih berbaki. Peluang untuk kita merebut sebanyak-banyak pahala" ujar Ustaz Kemat dalam kata-kata akhir tazkirahnya.
Suasana sepi. Sebahagian mengangguk tanda setuju.
Tiba-tiba, bunyi deringan telefon bimbit yang menjelmakan lagu Selamat Hari Raya nyanyian Sanisah Huri kedengaran. Cepat-cepat tangannya yang satu meraba poket baju melayu dan menekan-nekan pad kekunci agar deringan itu berhenti. Berjaya. Biar entah butang apa yang ditekannya dalam kelam kabut itu. Seketika kemudian, bunyi yang sama kedengaran lagi. Dan tangan yang sama kembali menekan-nekan pad kekunci.
"Aaa.. elooo bang. Balik nanti beli planta yer bang. Dah abis la nak buat samperit nie" terdengar suara bini Ustaz Kemat dari corong telefon bimbit. Ustaz Kemat tertekan aplikasi pembesar suara sebenarnya di telefon bimbitnya.
Kali ini Ustaz Kemat yang diam. Terkenangkan Husna, anak gadisnya berusia 9 tahun yang gemar menukar deringan lagu di telefon bimbitnya.
Moral: Memang tak kacip gelaran ustaz dengan nama Kemat kan..
Moral: Memang tak kacip gelaran ustaz dengan nama Kemat kan..
5 ulasan:
Hehheehh...terbayang bayang ustaz kemat garu garu kepala sambil sengih cam kerang busuk..opss!
hahahhaaa......
kan dah pesan supaya silentkan telefon tu....
kan dah malu!
hahahaha
Haha kene tukar ringtone lagu zee avi kantoi ha ha
shasha:
heheh..ini kerang wangi lah..bau minyak atar
zonaku:
:)
lan rambai:
cittt...
kingbinjai:
hehe
Catat Ulasan