Isnin, Ogos 15, 2011

Cinta di Ramadhan. Entah baru bermula. Entah berakhir sudah.

"Jangan tidur dahulu yer. Bulan malam ini cantik seperti kamu. Nikmati ia". 

Rahmat puas hati. Kata-kata indah itu ditulis pada kotak pesanan muka buku Zahrah. Teman sepejabat yang sedang cuba dipikatnya. Rahmat berharap. Benar-benar berharap Zahrah akan membalas. Seterusnya membuka jendela perbualan di atas talian. Dan ia menjadi permulaan pada kisah cinta mereka.

30 minit berlalu. Pesanannya berbalas. Dari Zahrah.
"Awak. Bulan malam ini cantik, mengambang sebab dah nak masuk 15 Ramadhan. Tapi rugi jika hanya memuja bulan sedangkan Ramadhan itu lebih indah. Perlu tidur awal untuk qiam awal pagi nanti".

Rahmat menggaru-garu kepala. Nak pikat anak imam, dia perlu dalami ilmu agma. Biasakan diri dengan masjid dan berdamping orang alim.

3 ulasan:

shasha berkata...

heeehheeh...anak pak imam ke? dahsyat...!

ns berkata...

lagi 15 hari ramadhan akan berlalu. Sayu rasanya. Entah di tahun-tahun akan datang sempat melaluinya lagi atau tidak.

Kemat berkata...

shasha:
man jadda wajada

ns:
sama-sama kita usahakan untuk tingkatkan amalan