Khamis, Mac 31, 2011

Dan tiba-tiba, PLOP!!! (cuba muncul kembali)

Hey, lama sudah jari ini tidak mengetik. Mulut seakan terkunci, cuma dibenar mengunyah kuaci. Sedangkan hati terus bising tanpa henti. Aku perlu menulis kembali. Sekurang-kurangnya boleh jadi alibi. Jika difitnah nanti.

Tapi, bagaimana ingin ku tulis. Sudah lama tidak ke gelanggang ini. Kanvas ini terbiar kosong tanpa ada rasa dan peristiwa yang dirakamkan. Hanya dalam hati semua rahsia tersimpan. 

Aku perlu bertatih. Biar letih. Mohon tunjuk ajar. Jika tersasar. Jalan ini pernah dilalui, tapi hari ini ia berbeza sekali. 

Aku rindu sebenarnya. Kopi tanpa gula masih manis bila kamu ada bersama.

3 ulasan:

shasha berkata...

owhh rindu....sila berkarya semula..heheheheh...welcome back abg kemat!

Intan and The Boys berkata...

alolo..ayat terakhir tu terharu ok. hehe.

Kemat berkata...

shasha:
aku cuba kuaatkan azam untuk terus 'menconteng' di sini, terima kasih untuk dorongan yg diberi

puterikure2:
hehe