Jumaat, November 19, 2010

Aku Bukanlah Superman. Aku Juga Bisa Nangis. Jika Kekasih Hatiku

Husna. Dah nak masuk 2 tahun umurnya. Kami sepakat. Husna akan berhenti minum susu mamanya apabila genap 2 tahun. Doktor yang periksa perut awek che'gu pun nasihatkan perkara yang sama. 

Bukan senang nak pisahkan Husna dengan susu mamanya. Macam aur dengan tebing. Isi dengan kuku. Irama dan lagu. Melekat. Tak macam cinta ngan KLCC. Boleh pilih yang mana satu. Minah yang pilih KLCC itu kena tipu. Bukan pakwe dia leh kasi pun KLCC tu. Pilih cinta pun kena tipu gak sebenarnya.

Mak pesan pada awek che'gu. Kena tabahkan hati. Susah nak bercerai susu bila dah lama sangat menyusu ni. Macam-macam petua mak bagi.

Seperti kami jangka, permulaan ini, Husna akan menangis. Sekuat dan sepenuh hati. Semahunya. Bila awek che'gu menolak permintaannya untuk menyusu. Sayu jer dengar suara esakan dia. Awek che'gu kuatkan semangat. Cuba pujuk dengan susu tepung dan susu kotak. Tak berjaya. Awek che'gu mengalah akhirnya. Bukan kerana tangisan Husna. Tapi kerana mata ayahnya yang mula berkaca. Tak tahan woo tengok anak nangis.

Seminggu dua ni, Husna dah macam faham. Dia dah semakin besar sebenarnya.

9 ulasan:

sinaganaga berkata...

Botol susu? Kau sapu je biji langsat kat puting botol susu tu. Habis cerita.

Amy Z! berkata...

susu badan la ge.

haihs. kesian husna. memula mmg susah. tapi lama-lama dia faham. :-)

puterikurekure berkata...

cian la husna. cian jugak kat mak dia.

husna nak dapat adik eh?

shasha berkata...

heheheh...ayah lagi hati tisu compare dgn mak husna ek..

tatapan berkata...

pelik jgk gua tiba2 lu sakit gigi!!

Kemat berkata...

sinaganaga:
cerita botol susu belum abis, baru nak mula, cerita susu badan yang nak diabiskan dude

amyz:
:)

puterikure2:
:), menunggu hari (tapi lambat lagi..menunggu bulan sebenarnya)

shasha:
hhaha hati tisu

tatapan:
lu baca fesbuk, komen kat cni..

Amy Z! berkata...

oh ye.

http://noorsha.blogspot.com/2010/05/menyusukan-bayi-ketika-hamil.html

Kemat berkata...

amyz:
terima kasih berkongsi

skidg8 berkata...

Tahniah kemat...Husna bakal dpt adik:)