Isnin, Oktober 22, 2007

Ceritelah raya

Kat opis masih sunyi. Ada yang masih bercuti. Atau baru nak bercuti. Tapi rasanya ramai yang dah masuk kerja hari nie. Entah kenapa opis masih sunyi. Mungkin sebab hujan ramai yang akan terlewat. Atau mood raya masih kuat melekat. Di KL rayanya kan sebulan. Semalam jer ada 2 open house. Mungkin banyak lagi kalau aku kira open house yang dibuat oleh para menteri, artis juga VVIP. Hai, susah la nak poser 6 cenggini.

Aku ke rumah Fadz kat Subang. "Kenapa sorang jer" tanya dia masa sambut aku kat muka pintu. "Ko jemput lepas Zuhur. Kalau lepas Subuh besarlah kemungkinannya aku datang berdua. Lepas Zuhur aku dah kembali bujang"

Dan sebelah petang, ada lak jemputan kat area umah aku. On the way balik ke umah, si Ijam talipon, nak singgah beraya kat umah aku katanya. Orait gak tu. Rasanya laksa kat umah tu ader lagi. Cuma nak kene panaskan kuahnya ajer.

Sampai jer kat depan pagar umah, aku tgk pagar berkunci. Aiseh, lupa lak nak bawak kunci umah. Mak ayah aku keluar beraya rasanya. Malam kang baru balik. Terus bgtau Ijam jumpa kat warung simpang jalan.

"Leceh la ko nie. Aku ingat nak beraya makan kuih kat umah ko. Ada beraya kat warung jer"

" Ok la nie. Sedap apa kuew tiaw"

12 ulasan:

akirasuri berkata...

itu kuew tiaw ditaja atau menaja diri sendiri tu?

he he he.

Moga cepat-cepat incet kemat dapat kembali berdua dengan zaujah.
Amin.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Kasihan sungguh..... :D

Pa'chik berkata...

tokei warung tu tak kasik duit raya ke kat ijam?
keekek....

Azhar Ahmad berkata...

Hahahha Kuew Tiow, kue tiow lahhh... Janji orang belanja kannnn

arianna adrizal berkata...

mcm2la encik kemat kita ni.. hahaha..

Aku Bukan Bidadari berkata...

salam kemat..nk duit raya :D

skidg8 berkata...

mmg tak best ceggini...hajat nak makan biskut raya, alih2 warung lak jadinya...

kemat kene slalu ingat bawak kunci tau.

gue mmg sensitip bab2 gini.

hehe

(cess...mcm sy pulak si ijam tu...hehehe)

Mak Su berkata...

hik hik hik, tumpang open house kat kedai ....

Unknown berkata...

minggu kedua neh kueh raya semua rumah dah abisss.. tinggal serdak je

Tanpa Nama berkata...

Ya..memang sedap...

Sungguh kalau tidak, tak kan en kemat sangguh beraya di warung sahaja...!

Ehek!

cikdinz berkata...

ramai yg mc ngan el isnin tuh. semua tak nak dtg keje.
dah seminggu kan bangun kul 12 tghari....hehehee....

Kemat berkata...

akirasuri:
tuan rumah kenelah taja apa jua juadah yg diminta..hehe

jowopinter:
nasib badan

pa'chik:
nak kasi duit raya, mintak duit raya dari aku ader la...

azhar ahmad:
spesis kueh gak kan

anne:
ngehheee

tiara:
duit raya aku kasi kat kg jer.. nak kene balik kg aku

skidg8:
sensitip, macam ada cerita disebalik nie jer

maksu:
kad kedai tak semeriah open house kat umah, tak leh nak refill

lindosh:
kat umah saya masih banyak laagi biskutnya, datanglah

chentahati:
terpaksa

cikdinsz:
susah betul nak bangun hari Isnin tu, dah la pagi2 ujan