Isnin, Oktober 29, 2007

Ceritelah Raya : Last Minute

"Shopping last minute la best… barang murah2. Peniaga dah start lelong barang niaga" kata Lepat waktu aku ajak gi Jln TAR seminggu sebelum raya. Aku pun suka gak shopping last minute. Kalau boleh malam raya tu baru aku nak gi shopping. Tapi, tahun nie aku beraya kat Kedah, tak dapatlah shopping last minute.

Lepat anak KL. Kat IC pun di tulis. Lahir di KL. Kampungnya KL. Harap2 jodohnya ngan orang kampung jauh ckit dari KL. Ada can la dia merasa beraya kat kg. Kata Lepat, untung juga dia jadi warga KL. Tiap-tiap tahun leh shopping last minute. Kira leh dapat barang dengan harga yang murah. Lebih murah dari orang yang shopping awal2.

Dan lepas raya, aku dapat kad. Dari Lepat. Ingatkan kad jemputan kawen. Rupanya kad ucapan selamat hari raya. Cheh, nie mesti beli last minute gak, nak dapat yg murah. Last minute esok nak raya baru sebok nak pos kat orang lain. Sudahnya lepas raya baru dapat.

Kad sebelah dalam selain ucapan dan pohon kemaafan ada juga diselitkan pantun, pecah kaca pecah gelas dah baca harap balas. Aku balas via sms, makan gulai dalam bekas, kad baru sampai, raya dah lepas tahun depan jelah aku balas.

18 ulasan:

Mak Su berkata...

seb bek dia taruk stem ek.. nanti penerima plaks kena bayar denda stem

Azhar Ahmad berkata...

Hahahahahha, best ahhh pantun tu... Huhuhu. Eh siapa lepat ni?

Tanpa Nama berkata...

hahak!
nasib baeklah setem tak turun harga walaupun beli last menet :p

Acaii Jawe berkata...

waaa, mmg best shopping last minute,hihii..teringat dulu2..tapi sejak dah besau ni mmg dah sedia awl,hihi..sbb byk bend anak fikir sblm raya tu,hehehe

LadyTiz berkata...

erk. :|
cam same je taktik nih...
bezanya, setem lupe nk beli, pejabat pos dh tutup...

Aku Bukan Bidadari berkata...

hihihi tiara dpt kad raya 5 keping jer..

hayad berkata...

sedap ar pantun,hehe

Tanpa Nama berkata...

kemat,
x der kad raya pon utk aku tahun ni..
Null = 0
huhuhuhu.

zizie ali berkata...

siapa agaknya pencipta asal pantun pecah kaca?. ternyata ciptaannya evergreen.

Tanpa Nama berkata...

Apa yang kita kena buat eek untuk dapat kad raya. Lama dah takder kad raya la.

mazudi.com <--reactivate

Brader Black berkata...

aaaa..
pantun bls yg ncik kemat bg tu lbey mnarik..
bleh ditiru x?
ngehehehe..

Tanpa Nama berkata...

kad raya utk mak ayah aku, aku pos seminggu sblm raya.. mujur sempat sampai sblm aku blk raya. heheh..

*slalu camtu.. pos kad raya last minute..

Amyz! berkata...

Eh, betul la. Kad Raya sepatutnya dapat waktu raya lah. :-P

blackpurple @ jowopinter berkata...

Itu kad sekali dengan Raya Haji kot... He he he!

Tanpa Nama berkata...

lepat...lepat...

achik berkata...

best la balasan pantun tu.. ;D

Intan and The Boys berkata...

hehehheehe...

klakar la kawan ko tu kemat..

Kemat berkata...

mak su:
hahhaa

azhar ahmad:
nama samaran seorang kawan, nama kat dalam IC tak leh reveal

akirasuri:
kalau ader semua berebut hantar last minute

faisal:
shopping awal tak thrill la bro..

tyrexia:
kamu satu spesies gak rupanya..heheh

tiara:
aku menang

hayad:
jemput la nikmati lagi pantun tu

ise:
aku nak beli time hari raya, tapi tak der satu kedai pun yg jual

zize ali:
kalau dia claim royalti mau kaya tu..

mazudi:
welcome back

brandal:
boleh..boleh..

cikin:
aha..aku selalu gak..kadang2 dah balik kg baru smpai kad..sndri amik dari posmne lak tu..heheh

amyz:
aha..betul gak, nak ucap pun selamat hari raya

bp:
2 dalam 1

tz:
heheh

achik:
tq

kurekure:
tgk la saper kawan dia