Rabu, Oktober 24, 2007

Ceritelah Raya 1

Malam raya, kami sekeluarga dah berkumpul di kampung. Bukan kami sahaja, keluarga makcik dan pakcik juga dah ada. Kira cam perhimpunan keluarga yang besar. Kecuali seorang. Mak cik yang beraya di JB bersama keluarga mertuanya.

Di kampung, teknologi 3G belum tiba, maka tidak berpeluanglah kami ber'video call'. Terbatas kepada perbualan ramai2 menggunakan aplikasi loud speaker. Di sebelah sini, kami tak habis2 bercerita tentang kemeriahan dapat berkumpul ramai2 di kampung. Bercerita tentang keadaan kampung yang sudah berubah berbanding kepulangan kami kali terakhir. Dan di sebelah sana, boleh terdengar suara makcik yang tersedu2 dalam kesediahan.

Kata aku cuba memujuk. "Tak perlulah sedih2 sangat. Setakat tak dapat beraya di kampung halaman sendiri tapi masih dapat beraya di JB dengan keluarga sebelah sana. Sheikh Muszaphar raya sorang2 jer kat angkasa lepas sana"

Dan Isnin hari pertama masuk keje, aku call makcik yang di Johor sana. Tanyakan dokumen yang aku hantar ke pejabatnya sudah diterima atau belum. "Oh, esok sajelah, mak cik masih bercuti lagi"

"Huh, lamanya bercuti. Syeikh Muszaphar pun dah kembali ke bumi".

Kata PM, mungkin akan ada angkasawan kedua dihantar ke angkasa lepas. Hmm.. kalau dulu beli Sukhoi, kali nie nak kene beli apa lak yer. Nak beli kapal selam, Scorpene dah ada. Mungkin kene beli helikopter lak ganti Nuri...

14 ulasan:

Pa'chik berkata...

beli peluru berpandu kot...
kekekek.. elok dia je yang jadik angka-sawan.. hantar ke ISS... tinggalkan je kat situ... kekekek..

Tanpa Nama berkata...

"Sheikh Muszaphar raya sorang2 jer kat angkasa lepas sana"

***

owh..beraya sorang2?beliau takde terjumpa ayah pin ke kat atas sana?boleh beraya bersama.

Tanpa Nama berkata...

beraya ngan alien kat angkasa.. mesti best..

Lan Rambai berkata...

ko ni nak ceritelah raya ke kutuk pm ni hahahahaha

achik berkata...

manade dia raya sorang2.. kan ada mat2 saleh tu.. makan rendang terbang.. hehehe ;p

skidg8 berkata...

kapal selam dah beli.semalam.ada siar kat tv semlm.

kene ganti nuri lak...

akirasuri berkata...

hahak!
lepas ni kita beli jek roket tu.
Senang. Tak payahlah lepas ni menumpang-numpangkan kan kan pm.
Kihkihkih!

p.e.e.p.a berkata...

dr sheikh lelaki, mmg la xsede braya 'ats langit' tu

Azhar Ahmad berkata...

Apapun, semua yang kita beli pasti yang ada diskaun... Huhuhu.. kre jimatlah...

Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni berkata...

abg mat..
ape kabar raye..
eemm, situ sana sini crite sheikh muzaffar...sume dibandingkan dgn sheikh muzaffar..raya thun ni ct rasa mcm point utama dn watak utama nyer sheikh tu la..

jeles pun ader..hehhe
anyway, blum braya ngn abg lg ni..

"slmt hr raya abg kemat..mintak maaf zahir batin kalu ade tersalah tulis dn sewaktu dgnnya..halalkan mane yg terasa atau apa sajalah...yer..slmt hr raya.."

arianna adrizal berkata...

beli ape ek... mmm, beli bas bole?

apadaa.. ;p

DeeN berkata...

kire Dr. SMS tu untung apa. Mana ada org m'sia beraya kat bulan lagi. Kalo dia jadik angkenasawan, anto dia pi bulan. Time raya musti nak balik kg kan. Kalo org (baca: alien) tanya dia kg kat mana, musti dia jawab kg kat bumi. Alien mano tau m'sia tu kat mano. dia tau amareka ja sebab puak2 dia byk dok terkandaih kat sana kan, kan ..

Kemat berkata...

pa'chik:
jangan la macam tu...

neeziee:
ayah pin tak sambut raya..

orochi:
alien tu yg best tak penah2 sambut raya

lan rambai:
syyyy.....

achik:
dia bawak rendang ngan kuih bangkit, patut bawak cd lagu dendang perantau sekali

skidg8:
ke angkasa sudah, pasni ke dasar lautan la pulak kita yer

akirasuri:
parti politik cap roket tu ada masukkan agenda angkasawan tak dalam manifesto emreka

peepa:
laki pun sambut raya gak

azhar ahmad:
kita kan pengguna bijak

pawana:
rezeki dia. salam aidilfitri ct. maaf zahir batin.

anne:
beli bas leh dapt hadiah gi melancong ke kg pandan jer

nuraddean:
kenapa alien tu landing tak pernah tersasar kat benua lain ek..