Selasa, September 25, 2007

Sahur

Selalunya, aku jarang menolak kalau diajak makan. Cuma sahur aku sedikit culas. Nak kene gerak 2-3 kali baru sedia buka mata jamah makanan. Duduk ngan keluarga, aku tak perlu susah2 nak sediakan hidangan. Lauk pauk berbuka semalam dah cukup untuk kami semua. Cuma perlu dipanaskan. Kadang2, mak masak gak sikit. Nak bangkitkan selera di awal pagi.

Teringat masa bujang2. Masa masih bergelar siswa. Kami sahur dah dekat nak Subuh. Bukan selalu pun. Jarang2. Itupun sekadar kurma dan air suam. Maner sempat nak masak. Masing2 sayangkan bantal dan tilam.

Kawan aku, Ujang antara yang rajin bangun sahur. Itupun sebab awek kejutkan. Kamu bayangkan, tiap2 hari sepanjang bulan puasa awek tu akan telefon rumah sewa kami untuk kejutkan Ujang.

Entah camner suatu hari tu, aku tertidur kat depan. Bila telefon berbunyi, aku jawab dalam keadaan mamai dan mata yang terpejam.

"Nak cakap ngan Ujang" kata suara di hujung sana. Lembut dan halus jer.

"Ujang dah tidur la. Telefon balik esok la." kata mamat yang mamai dan mata terpejam tu. Aku ingat masa tu jam baru kul 12 tgh malam ker. Biaselah, kadang2 pasangan bercinta nie bergayut tengah2 malam. Aku yang malas nak panggilkan Ujanag kerna sayangkan tidur selamber je cakap Ujang dah tidur.

"Eh, tolong kejutkan dia bangun sahur yer" pinta awek tu bila sedar aku dah mula nak letakkan telefon.

Dan hari itu. Kami satu rumah tak bangun sahur.

19 ulasan:

kingbinjai berkata...

ha ha ha tak pasal pasal

Intan and The Boys berkata...

hehehehe..cian si Ujang dan aweknya..

ko ni memang la kemat..

Tanpa Nama berkata...

Hehehe! Hek!

Tanpa Nama berkata...

hehehe..
ini kisah yang masih aku lalui.. hahaha, buat aku ketawa..

achik berkata...

hahaha..

Aku Bukan Bidadari berkata...

ceh..x boleh diharap

Tanpa Nama berkata...

lepas kejadian, tak kene 'ban' dr tido kat depan ker?

hihi

Brader Black berkata...

ha ha ha~
operator x bertauliah ni..

Cik Keju berkata...

ish..ish..ish.. kesian..

Tanpa Nama berkata...

Aku pernah jadik mcm kau. Awek housemate aku call. Aku jawap "Dia tak ada. Dah balik Kelantan". Padahal mamat tu ada je tidur kat bilik. Huhuhu..

Azhar Ahmad berkata...

Sian awek dia, letih letih telefon, ko tak kejut Ujang. ish ish...

bluecherry @ fai berkata...

haa, nasib baik ujang baik hati.. kalau tak baran satu hari semata-mata tak sahur..

noorlara berkata...

kemat,

le ni masih tak bangun sahur lagik ke, kalau dekat umah tentu akak tolong jiruskan ngan air, dapat gak tambah pahala di bulan Ramadhan ni

zizie ali berkata...

bangun tido terus makan memang tak selera. buat kerja lain dulu. kalau ko tak mampu solat sunat atau baca qur'an, bolehlah bersenam ke, baca novel ke, update blog ke, atau apa-apalah yang patut. yang tak mendatangkan dosa...
lepas tu baru gi hadap nasi. silap ari bulan, dua pinggan beb..
sebab tu org perempuan lebih berselera masa bersahur. mereka dah buat aktiviti lain seperti memasak dan membasuh pinggan. tapi petua ni mungkin tidak serasi untuk semua orang.
ada seorang ustaz yg bagi petua ni. aku dah try. memang menjadi.
antara kekangan untuk melaksananakan petua ini ialah kita terpaksa bangun awal sikit. itu yg susah tu...

Tanpa Nama berkata...

Salam Eidul Fitri. Maaf Zahir Batin.

13may berkata...

kesian kawan kamu....hahha hahha

Tanpa Nama berkata...

En. Kemat Jahat!!

Tanpa Nama berkata...

hehe...teringat pulak aku masa zaman bujang² dulu..hehe..

Kemat berkata...

king:
nasib kami..

kure2:
leh masuk lawak king tak aku nie

ah kim:
kamu memang suka gelak yer kim

azrul angkasawan:
cerita kat dunia nie hampir sama, pelakonnya saja yang berbeza

achik:
haha

tiara:
heheh

skidg8:
hahha..maner leh kene ban, tpt pebret tu

brandal lokajaya:
tak dibayar gaji..

cikin:
sekali sekala tak bersahur..hehe

samurai:
kamu lagi kejam..ahaks..

azhar ahmad:
tak per bukan awek aku..hahha

blue cheri:
bulan puasa kene banyak sabar

noorlara:
jangan, basah akatil saya nanti

zizie:
bagus petua kamu nie, leh cuba la

13 may:
hahaa

chentahati:
nakal...

penyubiru:
lama tak nampak kamu