Jumaat, September 28, 2007

Masak

Bulan puasa. Kat tivi. Banyak rancangan masakan. Macam2 resepi ada. Masakan barat. Timur. Ala kampung. Biskut raya. Kek. Semua ada.

Dan yang mengajarnya pula adalah chef2 hebat. Yang memasak di hotel2 terkemuka di ibu kota. Ada juga artis2 yang kita suka, tokoh2 pemimpin dan orang2 penting yang turut serta jadi tukang masak atau dok kat tepi chef tu ajer.

Bahan2 masakan semua dah tersedia. Semuanya perlu disukat seperti yang tertulis kat resepi. Agar tak lari rasanya. Kalau dalam resepi tu kata 3 biji bawang merah, maka 3 bijilah yang dimasukkan dalam kuali jenama mahal tu.

Tapi, mak lagi hebat. Sambil2 goreng sempat lagi sediakan bahan. Kadang2 main campak2 jer, tak yah sukat2 macam chef kat dalam tivi tu dok buat. Rasa memang sedap.

Aku cuba tiru. Memang pernah terlintas cita-cita nak jadi chef. Ikut skil mak. Main campak2 (ke mana tumpah kuah kalau tak ke nasi kan). Aku pecahkan 2 biji telur. Masukkan sayur sikit. Ikan bilis sikit. Dah siap.

Housemate rumah bujang aku puji. Wow sedap la megi yang hang masak nie.

18 ulasan:

TedungS berkata...

okle u, pandai masak (maggi) utg le sapa jadi bini wehweh

salam ramadhan brader

Pa'chik berkata...

ni teringat cerita masa bujang ke.. atau nak bagi tau ko kena sahur ngan megi neh? kekeke...

Intan and The Boys berkata...

wah!

kemat! nak megi satu! ---> faveret aku nih!

Tanpa Nama berkata...

wah..bestnyer!
tetiba terliur nk mkn megi.. slurrpp..

Tanpa Nama berkata...

ecece... nak kabo terer masak megi la tu yer...

:D

Mak Su berkata...

main campak2 je? mak su siap campak ke penyidai, ke anjung, campak ke bawah katil.. .tapi tak jadik pung....

Tanpa Nama berkata...

Ye ye...

Dulu..main campak2 pun sedap

Sekarang pun sama. Kalau ada majlis berbuka puasa di hotel sekarang ni pun udah malas mau pergi!

13may berkata...

wow! teruja nak merasa megi encik lipan nih :D

Unknown berkata...

mesti sangat sedap megi ituk haha

khairyn berkata...

hahaha..

ada ura-ura nak memperkenalkan makanan mesia kat sini. antara menunya meggi goreng.

alahai

Amyz! berkata...

wah! pandainya masak. untung betul cikgu comel. hikhik.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
zwitterion berkata...

aiseh..menyemak je 'depa' tu

Kemat berkata...

tedungS:
megi jer...

pa'chik:
ini kisah zaman bujang..tp sekarang pun kene membujang gak..huhuhu..

kure2:
perisa aper nak nie

cikin:
slurpp..panas berapi

skidg8:
hahha

maksu:
kene yakin dalam ilmu campak mencampak nie

chentahati:
ishh..buka kat hotel best tu, apsal tolak

13may:
wah, kalau bukak kedai jual megi dah ramai pelanggan nie

lindosh:
made by kemat..hahha

khairyn:
sila..sila..nanti bila kami ke sana leh merasa..

amyz:
ngengeee

zwitt:
geram tul kat budak2 spam tu...

Ceera berkata...

masak megi rupenya, tapi kira hebat la tu kalau kena puji.. * maksud lain, kamu kena masak selalu...