Salam. Bertemu lagi. Aku dan kamu. Kita. Di ruangan ini.
Sukar juga untuk lelapkan mata. Dalam lena yang seketika. Benar jiwa ini letih. Benar hati ini sedih. Tapi sukar untuk dipejamkan mata. Dan penghujung September terlalu lama. Untuk ditunggu. Untuk dibiarkan salam2 dari yang bertandang tidak dijawab, tidak berbalas.
Walaupun sudah terjaga, badan masih lemah untuk aku terus berdiri. Apatah lagi melompat dan berlari. Maka digolek2an sahaja badan ke kiri dan kanan. Melihat persekitaran. Yang kelam dan suram.
1 Ramadhan muncul lagi. Dengan sinar dan cahaya berseri-seri. Teringat akan Ramadhan 2 tahun yang lalu. Itulah kali pertama blog liepan ini muncul membawa genderang. Bukan untuk berperang tapi mencanangkan yang terbuku di fikiran. Dan sekali lagi, Ramadhan jadi permulaan. Pada semangat baru yang terkumpul dari sisa-sisa semalam.
Lincah tarinya mungkin berkurangan. Tapi aku masih menaruh harapan. Antara sikap malas dan angan2. Ilham yang pergi dan datang. Kadang cetek macam air parit, kadang laju dan dalam macam sungai di hulu kampung.
Salam. Selamat Datang Ramadhan penuh kemulian. Selamat Menjalani Ibadah Puasa pada kawan2.
17 ulasan:
Salam Ramadhan,
Sudah 2 tahun usia blog, tahniah! Teruskan menulis jika ada ruang waktu mengizinkan.
awal bangun? apapun dude, selamat hari raya
Salam.
Silamat Hali Puasa lan Silamat Hali Laya.
Tumpang nyalan la ho! Telima kasih laun kelali.
selamat berpuasa en kemat.. :)
selamat berpuasa encik kemat..
moga mendapatkan keberkatan di bulan yg mulia ini.. ;)
salam en. kemat,
Selamat kembali & Selamat berpuasa...utk kemat & isteri tahun pertama sbgai suami/isteri:D
Nasib baiklah kau dah bangun. Kalau tak berapa byk hutang posa kau kena bayar daaa. Macam ibu2 yang bersalin di bulan ramadhan.
-DAYAT-
Oh!
Selamat menjalani ibadah puasa buat encik kemat dan zaujah :)
oh oh!
Selamat ulangtahun ke 2 :)
tulis terus, terus tulis!
wajin2 la di bulan ramadhan :)
selamat berpuasa kemat..moga lebih diberkati..
selamat menahan diri dari mengorek hidung di siang hari dude...
salam ramadhan.
selamat ulangtahun blog juga ..:)
dah bangun tidur?
selamat ulang tahun blog ke 2
selamat menjalani ibadah puasa dengan sempurna
selamat.. bangun tidor?? :)
selamat berpuasa kemat.
nape nih? nape sedey? citer la..tak faham..
bunga rampai:
terima kasih. akan cuba berusaha untuk menulis
kingbinjai:
tidur lama2 leh jadi giler
ah kim:
sila..sila..jangan segan..lenkali leh lau lagi..sini tak der tol
achik:
sama sama
cikin:
:)
kakuro:
thanks
Dayat:
Kalau ko poser penuh tahun nei aku kasi duit raya
Akirasuri:
Akan cuba
nuu_ol:
terima kasih kerna bertandang
zwitt:
sama sama
pa'chik:
kalau tak tahan camner..alahai
aku:
salam Ramadhan
maksu:
tidur pun letih gak rupanya ek
khairyn:
musim hibernasi dah abis, masuk summer lak..
puterikure2:
Biarlah Rahsia
salam.
mungkinmasih belum terlambat untuk ucapkan tahniah pada encik kemat...dan juga selamat menjalani ibadah puasa.
Catat Ulasan