Selasa, Ogos 28, 2007

Please, Wake Me Up When September Ends

Saya merdeka kerana………. (macam2 boleh diisi kat garisan dot dot nie. Lain orang lain ragam. Lain kepala lain pendapatnya). Sebab tu la banyak peraduan kemerdekaan nie guna soalan tagline nie.

Aku? Mungkin ditulis begini.. saya merdeka kerana saya punyai blog sendiri. Punyai ruangan catatan dan ilusi peribadi tentang apa yang berlaku di persekitaran. Pandangan dan terjemahan peristiwa dari kaca mata sendiri yang kadang kala menjengkelkan atau menakutkan atau bisa membuat yang membaca terhibur atau seringkala kabur dengan apa yang cuba disampaikan. Cuba menegur tapi lembut bunyinya, cuba menawan hati tapi kasar pula bahasanya.

Dan orang2 'atas' di luar sana yang sering memperlekehkan mamat dan minah yang cuba menjadi penulis maya ini membuatkan aku kembali terfikir. Merdekakah aku dengan punyai blog sendiri. Merdekakah aku jika tulisan di kanvas hitam ini dilabelkan sampah.

Lantaran itu aku merasa letih. Pada mereka yang sering meragui. Jauh sekali cuba mempercayai. Atau benar kata mereka, bloggers dibuai mimpi kononnya blog mereka diminati, sering mencapai hits dan rating semakin melonjak tinggi kian hari.

Masa akan beredar. Entah berapa lama trend berblog ini akan jadi sebahagian dari rutin kehidupan. Aku, kau jua mereka. Akhir2 ini aku juga seperti terkena sumpahan mereka yang menidakkan sumbangan dunia blog ini. Tulisan aku lesu dan kaku. Otak sering beku. Tanpa ilmu dan ceritera baru.

Maka, aku rasa perlu. Merdekakan diri ini seketika. Dari tugasan mengarap coretan menconteng lakaran pada blog yang semakin hilang arah tujuan. Aku mahu rehat. Aku mahu tidur. Tak lama. Sebentar. Seketika saja. Bila mentari esok kembali terang, aku kembali semula dengan cerita2 dari mimpi malam yang panjang. Cuma, jika lenaku terlalu panjang, tolonglah kejutkan aku. Please Wake Me Up When September Ends.

Salam Merdeka. Pada yang mengerti. Pada yang memahami.

29 ulasan:

khairyn berkata...

ngantuk ek enchek kemat?

zizie ali berkata...

kau merdeka. kau boleh tulis apa yg kau suka. tak ada siapa yg edit.
mereka, pembaca juga merdeka. tak ada siapa paksa mereka baca blog. nak baca, baca. tak nak baca, sudah.
kata seorang menteri tak cerdik: orang tak percaya apa yg ditulis dalam blog.
kata aku: baguslah. jadi tak payahlah menteri sibuk-sibuk nak pantaulah, nak kawallah, nak ambil tindakan undang-undanglah. sebab orang tak percaya apa yg ditulis dlm blog.

Tanpa Nama berkata...

selamat tidur..
semoga beroleh mimpi indah dan kesegaran tubuh badan..
hehe..

Intan and The Boys berkata...

en. kemat nak pi mana?

sampai abis semptember ke?

lamanyaa...

bunyinye macam membawa hati luka je kemat nih..

Tanpa Nama berkata...

merajuk panjang ke kemat?

Mak Su berkata...

salam merdeka, selamat tidur

Tanpa Nama berkata...

selamat berhibernating!!! :)

Pa'chik berkata...

tulisan dilabel sampah
penulis dilabel monyet

Azhar Ahmad berkata...

Hanya pemblog yang merasakan tulisannya sampah, adalah tulisan sampah sebenar. Selagi kita rasa berada di landasan yang betul, selagi itulah kita akan berjaya dalam memblog...\

Jangan lama2 cuti. Nanti ada orang baca talkin....

rupiah berkata...

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 50.
'50 YEARS HAS GONE SO FAST
WAKE ME UP WHEN SEPTEMBER ENDS'

blackpurple @ jowopinter berkata...

Salam merdeka untuk kau, untuk kita semua juga. Tak kiralah apapun juga takrifannya!

kingbinjai berkata...

semoga kembali lagi

achik berkata...

selamat berhibernasi.. :)

aku berkata...

merdeka kemat...

Acaii Jawe berkata...

bagi aku blog ni tak semestinye nak suh org baca kita tulis pe..kekadang ia sebagai satu tpt kita nak release beban yg melanda...bila takde tpt mengadu, kekadang menulispun boleh menjadi teman kita lepaskan beban kat otak..

sapa ckp kita berblog perlu beri sumbangan untuk masyarakat..sentiasa perlu ilmiah..some say its just online diary for em'..aku tensen bila ada org marah aku sbb aku ada blog,huh..

aku tanye dia "ko tau tak blog tu apa?" dia ckp "entahla, tapi aku rase mcm benda tak elokkan, kutuk2 org dsb"---> org paling bangang penah aku jumpe..ingat mcm aku buat laman porno gamaknye,hihi..

Tanpa Nama berkata...

zizie ali...setuju sama kamu punya pendapat...hehehhe..Hidup bloggers

Bunga Rampai berkata...

Salam Merdeka,

Saya suka apa yang ditulis di sini. Menarik dan membuat sya berfikir.

Kata-kata Bro Zizie juga mendapat persetujuan saya.

Nanti awal 1 Ramadhan saya kejutkan, takut Kemat terlepas sahur ;)

Tanpa Nama berkata...

salam merdeka!
:)
erk dah buleh tidur ke :D

skidg8 berkata...

jgn tido lama2 eh:)
Salam Merdeka!:)

Amyz! berkata...

La.. nak pi mana ni?? Tido selalu tak elok utk kesihatan tau.. ;-)

Tanpa Nama berkata...

salam merdeka..en kemat. Piece of advice..Every new beginning comes from some other beginning's end. Think you know rite?..maybe..maybe, you not let your fingers roll enough on your keyboard...freely.

zwitterion berkata...

selamat rehat en kemat..

Ceera berkata...

jangan tinggalkan kami...

13may berkata...

GreenDay :)

Aku Bukan Bidadari berkata...

kemat..bulan semilan..bday saya.jgn ar tidoo..bangun..kita ni dh lama tido..
mangun mangun = maaf saya pelat

p.e.e.p.a berkata...

isy bukan..bukan sampah..smpah bole wat pncemaran..blog tak..

be a benign lurker..sounds fit u better (skrg laa time2 nk tido dr brblog)

Bunga Rampai berkata...

Jangan lupa bangun sahur pagi esok. Esok mula puasa.

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa :)

Kemat berkata...

khairyn:
eemmm...

zizie ali:
ya..aku merdeka..

so'od:
kamu pun tidur juga ek..

kure2dlm perahu:
hati tak luma..cuma tak keruan jer

cikin:
bergantung pada yg memujuk..

mak su:
tido lamaer pun penin jugak rupanya

wan:
kan seronok kalau time berhibernating leh dating

pa'chik:
siapa tak merdeka, kita atau mereka sebenarnya

azhar:
dah terjaga, cuma masih bermalas2an di katil empuk

makcin anne:
salam merdeka

blackpurple:
salam merdeka

kingbinjai:
teringin utk kembali kata hati

achik:
nak makan nasi...

aku:
merdeka kamu juga

faisal:
sokong kamu

anonymous:
hidup bloggers

bunga rampai:
tolong kejutkan

akirasuri:
kalau nak

skidg8:
kamu juga jgn tido lama2

amyz:
sekejap jer

zwitt:
selamat

ceera:
tak derlah..aku pasti jenguk kalian

13day:
haha

tiara:
epi birthday

peepa:
ya, kami bukan sampah

bunga rampai:
dah 1 ramadhan ek

Tanpa Nama berkata...

Selamat berpuasa buat encik kemat dan isteri :)