Rabu, Ogos 08, 2007

Menebas

Mereka bukanlah orang2 kaya. Jika kamu ukur dari segi harta. Dari segi budi bahasa, kamu jualah yang tentukan tarafnya. Kerna bagi mereka, ia hanyalah cita2. Angan2 yang cuba dijadikan kenyataan. Mimpi jadi bos. Yang kaya dan punya kuasa. Konon2nya.

Maka, mereka sepakat. Harap2 ada manfaat. Langkah di atur. Perlahan2. Bertatih. Dan cuba berjalan. Berdengkit2.

Dan sejarah tercipta. Impian terlaksana. Di Kuala Kubu Baru Golf Course jadi saksinya. Anak2 muda (pada jiwanya) mencuba.

Dah. Ini bukan entri romantik. Walau kisah ini berlaku dalam suasana cukup aman di padang hijau yang mendamaikan. Hakikatnya 4 sahabat, tokey Dunlop, tokey Wilson, tokey Akagi dan tokey Precision dah pun ke sini.

Ada yang tanya. Kenapa Kuala Kubu Baru ?

Kami jawab. Murah. Sesuai dengan bajet kami yang terhad.


Kami puas walau penat. Puas dapat naik kete kechik keliling padang. Penat cari bola yang asyik hilang.

Sayangnya tak sempat nak dihabiskan permainan. Kene berhenti lebih awal. Nak solat. nak makan. Hujan turun dengan lebat.


* Soalan kuiz, agak2 maner satu milik En Kemat.

14 ulasan:

Pa'chik berkata...

aku syak yang no 3 dari kiri.
yang kurus tu..

ko nak lagu kentut tu...
sini!sini!! klik kanan dan simpan sebagai.

Pa'chik berkata...

lagu melly goeslow pun ada... kekekekek...

BayuKK berkata...

salam...

tapi kaya budi bahasa...:p

khairyn berkata...

errr.. jawapan kuiz.
yang halus melidi tu ke?

oh terkenang waktu main lumba-lumba buggy atas padang sampai rasa macam nak terbalik hahaha

izinni berkata...

entah kenapa .. entri ni buat aku gelak lucu. hahahhahahahaa

Azhar Ahmad berkata...

Hummm tak mampu saya nak main... Baek saya weightlifting nak kuroskan badan... Nguahahahha

Mak Su berkata...

oh.. nak jadik tiger wood

blackpurple @ jowopinter berkata...

Berapa handicap kamu kemat? ha ha!

arianna adrizal berkata...

non. betul tak?

Tanpa Nama berkata...

yg paling kurus tu.
hihi

achik berkata...

yg plg kurus.. ;)

Tanpa Nama berkata...

Kau beli kat mana? kat china town ke kat kedai rm2? Mcam ada tanda2 nak naik pangkat jer bila pg main olf ni.... Aku baru jer nak belajo main tennis, kwn aku dah main golf. -DAYAT-

Intan and The Boys berkata...

wah!!!

main golf ya!

terer..terer...

Kemat berkata...

pa'chik:
teima kasih utnuk lagu kentut tu...

bayukk:
heheh

khairyn:
wah, kamu pun bermain golf juga, pasti sudah hebat, boelh ajarkan saya

izinni:
mungkin kamu ini jenis kelakar orangnya..hahha

azhar;
eh, ini sesuai utk senaman..kamu jgn naik itu buggy la

maksu:
belum lagi, setakat nie jadi liepan jer dulu

blackpurple:
aku tak tau kire handicap lagi

anne:
ader la..

skidg8:
syyyy......

achik:
kenapa gitu

dayat:
aku sekarang lebih hebat dari kamu..hahahha

kure2:
lum terer lagi..banyak bola hilang