Rabu, Ogos 15, 2007

Lagi pasal kahwin

Lepas Z jemput aku ke kenduri kahwinnya secara 'explorace instruction', Pjal tak kurang hebatnya. Memanfaatkan segala teknologi sedia ada. Disebabkan aku penah bertandang ke rumahnya, maka dia jemput aku via sms.


Aku. Juga via sms. Balas. "Kasi pelan rumah ngko. Memang dah penah pegi. Tapi ingat2 lupa. Mana tau dah ader perubahan jalan"


Pjal. Via sms. "Dah email"


Aku fikir dia email kad kahwinnya dalam bentuk soft copy. Cam orang buat selalu tu.


Bila bukak email dia. Cheh. Ada ker dia kasi peta rumah guna Google Earth.


* Teringat akan kerja rumah yg penah diberikan Cikgu Si Kenit Amin Bakish. Tetntang peta rumah ikut Google Earth. Berminggu yang lalu. Maaf cikgu. Saya sibuk akhir2 ini. Harap2 cikgu tak denda saya, rotan saya, arah saya berendam dalam air kolam yang kotor. Sebabnya saya generasi baru cikgu. Jgnkan nak ketuk dengan hujung pembaris kuning panjang itu, jentik telinga pun akan saya amukkan pada satu dunia. Dan ibu bapa saya akan datang ke sekolah cikgu bersama media dan orang2 di pejabat Kementerian. Saya perlu dimanja, ditatang bagai minyak yang penuh. Saya bukan macam zaman cikgu2 yang dulu. Yang cukup menghormati profession cikgu.


Ini dia kerja rumah yang cikgu berikan dulu. Berikan bintang2 banyak2 ya cikgu. Nak tunjuk pada emak. Anaknya rajin dan pintar.

15 ulasan:

Mak Su berkata...

Masyallah... camno eden nak cari rumah ekau? aku fail subjek baca peta ler...

izinni berkata...

BESORRRRnya rumah hang!

Azhar Ahmad berkata...

Hahhahahah, nusti apartment tinggi melangit nehhhhh... hahahhaha

Tanpa Nama berkata...

hahaha..
kalau semua pengantin letak peta google earth.. alamat xjumpa umah pengantin la.. huhuhu..

achik berkata...

oh2.. saya pun x buat keje rumah tu.. hehe ;p

kingbinjai berkata...

ha ha tekno betula latu bagi map pakai google map ha ha

Unknown berkata...

rumah ko banglo ke? sebab aku nampak satu je umah kat situ

khairyn berkata...

perkh!

pernah lihat alamat 'silent reader'. terus cari menggunakan google earth yang tersedia. terus jumpa. di cemetery.

erk!

Tanpa Nama berkata...

apasal tak besaq. mana boleh tengok...

tolak markah. dapat satu ja bintang.. haha :D

zizie ali berkata...

tak nampakpun kolam renang...

Tanpa Nama berkata...

kekekek... bagus betul

Aku Bukan Bidadari berkata...

hihihi.. save budget maaaa

blackpurple @ jowopinter berkata...

Tak jelaslah tengok pakai Google Earth. Bak alamat.

Eh! Aku dah ada alamat kau...ha ha!

Tanpa Nama berkata...

huhu.
skrg cuti skolah kan :D
kem salam kt zaujah ek :)

Kemat berkata...

mak su:
mula2 maksu kene gi beli kompas dulu

izinni:
oo..peta tu dah di zoom berkali2.. tu nampak besar tu

azhar:
salah..potong soploh markah

cikin:
nak gi umah pengantin kene naik helikopter la kot

achik:
buat..nnti cik gu marah

king:
memang tekno abis

lindosh:
yg konpem rumah batu

khairyn:
gerun mendengar cerita kamu..by the way,, rumah aku kat sg buloh tu sebelah kubor..betul...

sikenit:
alaaa.....

zizie:
musin kemarau..kolam kering..hhaha

benggong:
brilliant kan

aku bukan bidadari:
yup

jowopinter:
thanks for the present

akirasuri:
zaujah dah baca.. salam dibalas salam