Isnin, Ogos 13, 2007

Cuti & kahwin

Tak lama lagi, perjalanan kamu ke tempat kerja sedikit tenang. Lancar dan aman. Tak seperti selalu. Yang sering terkejar2. Hinggakan terpaksa langgar lampu merah agar kad perakam waktu kamu tidak merah. Dan kamu pasti merindui saat itu. Bila bermulanya cuti sekolah.


Dan limpahan jemputan kenduri perkahwinan seakan2 meraikan kehadiran cuti persekolahan. Tapi di kota besar ini, tak perlu kau tunggu cuti persekolahan jika ingin menjamu nasi minyak sepinggan. Hujung2 minggu pasti ada rumah dihias indah. Paluan kompang di sana sini. Bunga manggar di persimpangan jalan.


Aku rasa. Tahun nie ramai klik aku berkahwin. Tak macam tahun lepas. Sedikit sunyi. Ada dengar. Tapi jarang2. Tahun nie kembali meriah. 2007 cam berlumba-lumba pulak. Lepas sorang2.

Terbaru si "Z". Mamat nie aku kira cukup ramai peminat masa kat U dulu. Baru first year dah ader awek tumpang motor pegi balik kuliah. Tapi aku tak jealous pun. Dian anik motor awek sorang. Aku naik bas lagi ramai awek daa...

Aku dengar2 dia kahwin weekend lepas. Tak der aper nak buat aku call Z. Cakap nak datang makan nasi minyak biarpun x der kad jemputan. Z memang hepi dengar suara aku (aku rasa la..nada dia gembira jer... atau gembira sbb nak kahwin kot). Katanya memang nak menjemput tapi dah lost contact. So, Z kasi map via phone jer.

Z: Ko dari Sg Buloh kan. haa..ko ikut MRR2 pastu.....bala..bla... simpang amik kanan...bla..bla..Shell kat sebelah kiri... bas stop lepas belok kanan...bla..bla...

Entah kenapa aku rasa cam masuk explorace jer dengar instruction dari Z nie...

Tahniah untuk Sanchai yang kahwin hari Sabtu. Khabarnya nak sambung study kat London. Huiyyoo..

Neezie: Apsal tak ingatkan aku nak buang tanda harga Giant tu. Agak2 Sanchai perasan tak.

13 ulasan:

akirasuri berkata...

huhu.
tahniah untuk mereka-mereka yang sudah kahwin, belum kahwin dan bakal kahwin.
he he he.

kingbinjai berkata...

tanda harga lupa cabut? ha haha ahahahahha

Azhar Ahmad berkata...

Hummm kamu Liepan Betina... Menyusun kenduri orang kawin. kamu bila lagi.....

Amyz! berkata...

hahaha. macam mana leh lupa cabut tanda harga nih?? haha.

Tanpa Nama berkata...

"harga hadiah tak penting.. janji ikhlas.."

tp dlm ati.. alang² bg hadiah, biar la yg mahal sket. hahahaha...

Mak Su berkata...

anda pula bila?

BayuKK berkata...

Salam...

hahaha...tak apa...nanti dia kan simpan hadiah tu ngan tanda harga dia sekali sebagai kenangan - kenangan...:)

Tanpa Nama berkata...

Oi, achei teu blog pelo google tá bem interessante gostei desse post. Quando der dá uma passada pelo meu blog, é sobre camisetas personalizadas, mostra passo a passo como criar uma camiseta personalizada bem maneira. Se você quiser linkar meu blog no seu eu ficaria agradecido, até mais e sucesso.(If you speak English can see the version in English of the Camiseta Personalizada.If he will be possible add my blog in your blogroll I thankful, bye friend).

so'od berkata...

mmg ramai yg kawin..
tambah2 lg ujung thn nanti..
berebut2..

mak su kene belek balik entri yg lepas2 nih..
heheh..

arianna adrizal berkata...

sy dah lama tak ke kenduri kahwin. kenapa ntah.. bkn tiada jemputan tapi kesempitan masa. selalunya ada saja perkara lain yg perlu diselesaikan dulu. harap2 time sy nnti takdelah yg rs mcm nk masuk explorace pulak ye ;p

Sunan_Jati berkata...

heheheh.. kehkehkeh

Tanpa Nama berkata...

en kemat memang ternanti-nanti cuti sekolah yek... hehehe

Kemat berkata...

akirasuri:
tahniah..yer

king:
banyak telan semut daa..

azhar:
err..

amyz:
nak kene makan kismis selalu

maksu:
err.

bayukk:
boleh ker gitu..hehe

aiseh ken spam la pulak..

anne:
kalau cam explorace kene kasi klur lebih ckit

sunan:
hahah

sood:
wah, ingatan kamu bagus

bengong:
sapa tak suka cuti sekolah