Syukur. Segala yang dirancang telah diperkenankan oleh-Nya. Sehingga kini, aku masih tak pasti perasaan sebenar ketika ini. Perasaan sejak kali pertama berjabat tangan di atas bantal. Perasaan sejak bergelar seorang suami. Gembira, debar, suka, terharu silih bertandang. Yang pasti, aku terasa seperti orang yang baru. Bukan seperti dulu.
Walaupun tak seglamour perkahwinan Pak Lah dan Jeanne Abdullah, majlis yang diadakan cukup meriah. Penuh kenangan indah. Terciptanya sejarah. Buat Kemat dan Awek Che'gu. Yang sehingga kini masih malu2. Hehehe.
Terima kasih pada kawan2 yang datang. Jua yang berkirim salam pada teman minta disampaikan. Yang berbicara menerusi telefon, mengucapkan salam menerusi emel, ym dan ucapan tahniah di blog ini. Oh ya, pada yang menghantar sms juga. Terutamanya pada malam harinya. Terima kasih semua. Kerna sudi berkongsi peristiwa gembira ini bersama-sama.
Pagi itu, 02.06.07, aku terjaga awal dari biasa. Entahlah. Malamnya tidur aku seakan tak lena. Selepas solat Subuh, awal2 pagi aku dah siap berbaju melayu putih bersama songkok baldu hitam dan samping songket. Sedara mara dah mula mengusik2. Bukan tak sabar tapi aku berdebar2. Amat. Teramat sangat.
Sepanjang perjalanan, aku beristighfar banyak2. Moga dipermudahkan. Moga segalanya lancar dan teratur. Dan kami sampai tepat pada masanya. Seperti yang dijanjikan. Dan mata2 mula memandang2. Tercari2. Inilah rupanya akan gerangan. Raja sehari yg diperkatakan tetamu yang diundang.
Aku kira Tok Kadi bijak memainkan peranan. Mententeramkan perasaan. Mengurangkan debaran. Dan kelibat manis wajah Awek Che'gu menguatkan keyakinan. Sempat juga aku meninjau2 keluar, mencari kelibat rakan opis. Dan kehadiran mereka aku kira cukup melegakan. Pada saat aku mula berjabat tangan. Dengan bapa mertuaku untuk dimulakan akadnya. Pada lafaz yang kedua, Kemat dan Awek Che'gu sah bergelar suami isteri.
Sebaik sahaja selesai doa dan ikrar pengantin, dan bersalaman dengan keluarga dan tetamu yang datang, aku tinggalkan seketika suasana kegembiraan itu. Tunaikan solat sunat tanda kesyukuran. Dan berdoa agar rumahtangga yang baru didirikan berkekalan kebahgiaan.
Kami bertukar hantaran. 5 dibalas 7. Cincin disarungkan. Mas kahwin diberikan. Dan acara santapan terus dimulakan.
Keesokannya. Sekali lagi kami diraikan. Paluan kompang dan selawat pengantin sebelum acara makan2. Ada udang. Ikan. Kerabu perut, acar limau, ayam panggang, daging masak hitam, gulai kawah batang pisang. Aku cuma memandang. Menjamah sedikit agar tidak kelaparan menjelang petang.
Ramainya kawan2 yang datang membuatkan aku semakin riang. Member2 opis dan bos2 hadir memberikan sokongan. Sedikit terkilan, tak sempat nak disapa semua orang. Maaflah kalian.
Akhir kalam. Kemat dan Awek Che'gu dengan rasa rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih pada semua.
Pada kaum keluarga saudara mara.
Pada jiran2.
Pada mereka2 yang bertungkus lumus, bergotong royong masak, membuat persiapan.
Pada kawan2 dan bos2.
Pada kawan2 Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang.
Pada kawan2 Matrikulasi UKM, Kolej Negeri.
Pada kawan2 Fakuti Kejuruteraan UKM.
Pada kawan2 bloggers.
Pada kawan2 yang ditemui sepanjang aku menelurusi jalan kehidupan ini.
Pada semua yang telah menjayakan, memeriahkan dan mendoakan perkahwinan ini.Terima kasih semua.
30 ulasan:
hadiah yang aku bagi tu,dah boleh guna ke belum?
tahniah incet kemat dan isteri :)
mudah-mudahan berbahagia hingga ke syurga :)
cunnya.... :D
Semoga berbahagia ye...
tahniah kemat, semoga murah rejeki
Kemat, semoga menjadi seorang suami yang soleh... jalan masih panjang.. apa2 pun.. selamat pengantin baru.. senyum-senyum smpai telinga ek.. hihihi..
tahniah kemat & aweq chekgu.
semoga kekal hingga ke akhir hayat.. ;)
a'kum,selamat pngantin baru..moga kekal ke anak cucu..
Tahniah kemat! semoga berbahagia & berkekalan akhir hayat..dan diberkati di dunia & di akhirat..amiin:)
chop!encem la pulak kemat.manis aja cikgu nahdiya:)
kemat nampak lain.rasanya, pakai spek kan?
oppss!bocor rahsia...
sorry:)jgn mare pengantin baru...
semoga berbahagia ke akhir hayat..amiin
hmmm.. apa motif ko tunjuk gambar katil pengantin tu ek.. hahahaha..... selamat pengantin baru dan selamat berpuasa hahahahaha
wah, berseri seri encik kemat dan awek che'gu...
moga berkekalan.
WAH!!! TAHNIAH!!
Makin besar tanggungjawab bila dah jadi ketua keluarga. Semoga dipermudahkan kehidupan kamu dan isteri yang come lote tu. :)
katil tu cadarnya sangat cantek! jelesnye...huuu. err..beli kat ne?
awek che'gu sangat cantek jugak..sepadan la tu. macam pisang eh, pinang dibelah dua..
Selamat Menjalani Kehidupan Berdua
Enjoy your Marriage!
selamat pengantin baru. moga bahagia ke akhir hayat :-)
salam,
wah!..
berseri2.. semoga bahagia kesyurga..
udang tu.. ada lagi tak?..
(",)
Salam,
Alhamdulillah, selamat semuanya.
Sekali lagi ucapan Selamat Pengantin Baru untuk kedua-dua mempelai.
Moga rukun damai berkasih sayang hingga ke hembusan nafas terakhir.
TAHNIAH!
salam enchek kemat
didoakan semoga Enchek Kemat menjadi ketua keluarga yang soleh disamping awek che'gu yang solehah dan diberkati dengan zuriat yang baik-baik hendaknya amiiinnn.....
hehhehe..nape bilik tu kosong..lalallalalalla
Tahniah!!!
rs terharu baca..
tak pasti samada sy sempat mengabadikan kenangan perkahwinan dlm blog seperti kamu.
apapun, tahniah sekali lg :)
tahniah En. Kemat.....menarik sungguh katil itu:)
Hatim.. Selamat Pengantin Baru
Aku- sama fakulti ngan ko dolu2 tapi different course- mech..
housemate dayat
Tahniah En. Hatem dan Pn. Nahdiya. Ayat dalam blog pun dah serius je bunyinya. Takut makcik nak melawak .... tengok muka lagi gerun, tak sengih langsung. macam hang tuah!
Wah! meriah sungguh kenduri kahwin, Encik Kemat. Tahniah!
Macam pinang dibelah dua, segak dan cantik kedua mempelai, saya tumpang gembira.
Selamat Pengantin Baru. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.
p.s. Gulai kawah batang pisang mcm mana rupanya tak pernah makanlah, ape rasa ek?
Cadar katil cantik, saya berkenan.
tahniah en kemat dan awek che'gu.
moga berbahagia :)
neeziee:
malu la bang
akirasuri:
terima kasih untuk doa kamu
sikenit:
tq
kingbinjai:
terima kasih dude, call tempoh hari
akubukan bidadari:
tak sabar nak praktik ilmu kamu..heheh
cikin:
tima kasih
disiniduniaku:
terima kasih
skidg8:
sekali sekala tukar penampilan
zwitt:
amiinnn.
lanrambai:
puasa... huhuhu
tyrexia:
terima kasih
izinni:
yea..tanggungjawab itu makin besar nampaknya
kurekuredalam perahu:
cadar pinjam jer tu
aeyjay:
thanks
bungarampai:
tq..
banggugar:
udang dah abis kene rembat
khairyn:
terima kasih banyak2 kawan
noushysyah:
maner leh tunjuk gambar ader orang censored..hehe
mudin:
thanks
anne:
saya harapa dapat baca coretan kenduri awak pulak kat blog...kahwin la cepat2
13may:
thanks
lela:
terima aksih..aku masih ingat dan kenal kamu..datang la selalu ek
makcik anne:
serius ek..ingat dah cukup senyum dah..anyway..tq
juss-wan:
gulai batang pisang menu istimewa dari Baling..best bangat
cik kema:
trima kasih
tahniahhhh, dah melangkah ke fasa baru =)
selamat pengantin baru. entri ni layak menerima anugerah khas. kategori "my firsttime".
haha. tahniah. sori tak dapat datang. sebab.. erm.. kau tak jemput. howye!
tahniah cik kemat...
lawa sungguh katil tuh..! heheheh!
Catat Ulasan