Ini bukan kali pertama aku join treasure hunt. Cuma ini kali pertama penyertaan secara berduet. Orang ketiga tidak muncul pada hari yang dijanjikan. Maka hanya En Kemat dan En Lan Rambai yang membawa panji2 kumpulan Gerila pada hari yang dijanjikan. Hari Webblog Semalaysia.
Kalau kalian ada mengikuti siri Prison Break, pasti kalian kagum akan kepintaran sang hero Scoffield yang awal2 dah standby kete kat luar penjara untuk larikan diri. Kami juga begitu. Awal2 pagi kami dah parking kete kat stesen monorel Titiwangsa. Dengan harapan, di penghujung sesi treasure hunt, kami tak perlu berlari2 anak ke Tmn Tasik Titiwangsa dari monorel atau terpaksa guna teksi KL yang caj harga tinggi untuk perjalanan dekat nie.
Dapat jer soklan treasure hunt, 2-3 kumpulan dah mula langkah panjang berlari2 ke CM. Kami masih bersenang lenang di Dataran Merdeka menelaah soklan2 yang diberikan. Betul gak kata Lan, soklan teka-teki elok dipikirkan awal2, kalau dah kat tengah2 permainanan treasure hunt, badan dah letih tentu susah nak dapt jawapan. Hasilnya kami berjaya menjawab 4 dari 5 soklan yang diberikan. Kami satunya yang dapat teka Pepsi Twist dengan tepat. Untuk soklan Zappel, Soljah buktikan mereka juga sehebat kami. Soklan bapa mengurat tu aku cuma terpikir jawapannya sejurus sebelum aku lelapkan mata malam harinya. Aiseehh.. dah abis treasure hunt baru leh pikir dengan waras...
Kat sektor pertama, di Pasar Seni kami banyak habiskan masa di sini. Terpegun dengan susun atur dan suasana CM yang baru nie. Dah lamer rasanya tak bertandang ke sini. Macam2 ada. Kami leka seketika.
Dari CM, kami bergegas naik LRT Putra ke Ampang Park. Kat sini, kami sedikit cuak. Tiba2 otak kami yang selalunya ligat semacam buntu melihat klu2 yang diberikan. Aku syak ini angkara terpandang gadis2 mungil dalam LRT tadi. Soklan2 berkaitan dunia artis adalah paling susah bagi kami. Mana lah kami tahu siapa suami kepada artis diva dan bekas tunang anak raja. Kami jarang menelaah Mangga, Hai mahupun Pancaindera. Kami tak tahupun Ina Naim bertunang dengan Suhaimi Inteam, Faizal AF4 dapat lesen memandu atau cerita tentang Ajai dan pro syarikat rakaman.
Kami tinggalkan seketika Ampang Park dan berlari2 anak ke Avenue K. Dan hari itu, baru aku tahu rupanya shopping complex kat tempat hentian Putra KLCC adalah Avenue K. Alahai...
Pengakhirannya, kami sampai di Taman Tasik Titiwangsa sejurus selepas pukul 2. Kumpulan2 lain dah ader. Cuma Soljah yang belum sampai. Ok lah tu. Matlamat utama kami bukan untuk menang treasure hunt pun, kami cuma nak kalahkan soljah. Menang dengan soljah umpama menang treasure hunt sebenarnya.
Untuk sesi potluck, aku cuma sediakan makanan bujang, air berkarbonat dan keropok. Sayangnya, aku tak sempat nak tunggu aktiviti fasa petang bermula. Aku kene berkejar2an ke Cheras pula. Nak makan nasi minyak.
Ini bukan kali pertama aku join treasure hunt. Cuma ini kali pertama penyertaan secara berduet. Orang ketiga tidak muncul pada hari yang dijanjikan. Maka hanya En Kemat dan En Lan Rambai yang membawa panji2 kumpulan Gerila pada hari yang dijanjikan. Hari Webblog Semalaysia. Tapi siapa sangka. Berdua Lebih Baik sebenarnya.
Keputusan penuh dan lain2 berita sila rujuk sini ek.
16 ulasan:
waaa! korang kejam! buat wblogday hari sabtu! aku kerja! waaa!
huh!
makanan bujang??
bukankah sudah berduet??
hahaha
Apapun congrats dapat jawab soklan
Seumur hidup tak pernah ikut 'treasure hunt'.... Entah..!
masa sekolah dulu ada la. tu pun dalam kelas je.
terlewat sikit. Selamat Pengantin Baru.
siap ada prolog epilog tu..
hahaha...
"Menang dengan soljah umpama menang treasure hunt sebenarnya."
ohhh.. sungguh rasa terhina aku dengar pernyataan ini...
"Kami tak tahupun Ina Naim bertunang dengan Suhaimi Inteam, Faizal AF4 dapat lesen memandu atau cerita tentang Ajai dan pro syarikat rakaman."
oooo.. ye ke.. aku pun baru tau.. sib baik ko cakap..
kekeke...
hahaha... apa harta karun yang ko dapat masa memburu harta karun tu?
heheh .. tajuk entri dia sekarang .. ala2 jiwang gitu. hahaha
khairyn,
mana tak bujang. awek che'gu dia nun di kepulauan borneo mendidik anak bangsa. hehehhee
sekali je kot masuk treasure hunt.. tu pun masa sekolah..
kehkeh nampak pompuan mungil terus kantoi, hampeh
ingat sama org kat borneo tu cik kemat...hahha
oh oh.
dapat harta apa incet kemat :D
kem salam dekat zaujah ek ;)
;)
king:
tahun depan kita jumpa kat webblog day..
khairyn:
duet secara PJJ..huhu
balckpurple:
kene ikut..best cam pirates of the carribean
gitartong:
tima kasih
spyz:
soljah idola juga sifu kami..mengatasi sifu menandakan kami juga hebat sebnarnya..tak gitu
orochi:
harta2 kepunyaan Ahmad Albab...hahah
izinni:
err..maner ader jiwang..cover2x
achik:
oo..itu dulu..meh join lagi lenkali
tedungS:
percayalah..ko jugak akan kantoi bila tengok pompuan mungil..tak caya tanya Lan..
13may:
tak pernah lupa maa..
akirasuri:
zaujah???
zwitt:
manisnya senyumanmu...
Berdua lebih hebat lahhh.. Pergh, bila sebut nama gerila tu buat kami si pink platun gerun je. hahaha.
zaujah = isteri :)
amyz:
takut juga kamu pada gerila ekk..
akirasuri:
thanks 4 the info
Catat Ulasan