Aidiladha mengakhiri 2006. Merngingatkan kita tentang pengorbanan dalam perjalanan kita menelurusi kehidupan. 3 hari 3 malam kita bertakbir. Memuji kebesaran-Nya.
Jika Aidilfitri, balang2 kuih dan biskut memenuhi ruang dapur dan meja ruang tamu, kali ini peti ais kamu dipenuhi dengan agihan daging korban. Seminggu ini, menunya adalah sup daging, daging masak kicap, daging goreng, kari daging. Itulah buktikan kemurahan hati masyarakat kita yang tak segan dan kedekut dalam soal pengorbanan dan perkongsian.
2007. Pasti ditunggu. Melafazkan azam dan janji baru. Biar isinya adalah yang pernah kau hasratkan dulu2. Tapi ini semangat baru. Iltizamnya lebih jitu. Itu kata kamu.
Di ofis, ramai yang menyambut kedatangan tahun baru dengan bercuti. Cuti dan cuti. Jangan kamu salahkan mereka. Azam kita tak pernah sama. Kamu mungkin ingin memulakan tahun baru dengan semangat kerja yang baru. Mereka azamkan kebaikan, kebahgiaan dan keharmonian dalam rumah tangga. Menjadikan keluarga keutamaan di tahun baru. Anak2 kecil itu perlukan ibu dan ayahnya ketika kali pertama memakai seragam putih dan biru.
Namun, tak semua yang punya kisah gembira di permulaan tahun. Ada hati di kalangan kamu yang masih bersedih dan bersendirian. Ada jiwa yang masih mencari arah. Jangan ditinggalkan mereka ini. Aku, kamu, kita perlu berganding bahu. Mencari yang terbaik, menjadi yang terbaik.
Tadahlah tangan. Pohon keampunan jua dipermudahkan perhitungan. Dan diberikan pertolongan dan panduan. Moga 2007 menjadi tahun yang dinantikan. Bukan yang ingin dilupakan.
12 ulasan:
Memang betul apa yg kau katakan. tak semuanya didunia ini indah belaka. Kadangkala apa yg kita hajati masih tak ditunaikan. Walaupun pancaran muka kita ceria dan gembira tapi didalam hati ini tiada siapa yang tahu. Semoga azam tahun 2006 kau terlaksana.
-Dayat the great-
baik
kena iltizam yang kuat utk mencapai aqam. Semoga berjaya semua.. :D
Jangan di awal tahun sahaja....
Salam,
Satu cerminan rasa yang jujur. Redup hati membacanya. Terima kasih.
Moga tahun ini memperlihatkan anda di satu tahap yang lebih meyakinkan dan moga hari-hari yang diselusuri penuh damai dan tenang.
salam bertandang.
Azam selalunya kuat di awal tahun, hilang dipertengahan, muncul lagi di akhirnya.
Ah! Tidak merasa daging qurban tahun ini. Rasanya tidak mengapakan? Ada lagi saudara-saudara kita yang langsung tidak merasa makanan enak sepanjang tahun lepas.
Salam id-adha. Boleh lagi kan?
Azam aku taun nie nak tamatkan zaman bujang...
ko bila lagi... umuq pun dah meningkat... hehehe aku akan pastikan ko tak potong aku...
klau ko nak potong terpaksa guna BAB 9 la... kui kui kui
"RINDU LA NAK MAKAN NGAN EN. KEMAT"
dah dekat seminggu dah nih...tak habih makan daging lagi:))
Tak lama lagi Maal Hijrah 1428...
Sama-sama kita pastikan azam kita tidak sekadar retorik....
Selamat Tahun Baru Masihi 2007:)
Go go chayuk! En. kemat, salam kenalan yer.
dayat:
lamer tak jumpa ko dayat..huhu
kingbinjai:
:)
sikenit:
thanks
azhar ahmad:
harap2nya
bunga rampai:
moga azam kita tercapai ek
khairyn:
salam perkenalan di thun baru ini
mengkarung:
aku pun rindu nak ko belanja aku makan heheh
13may:
dah macam2 resepi daging aku jumpa seminggu nie
blackpurple:
moga2..
wani:
truly thanks..
cik kema:
salam kenal
Catat Ulasan