Tahun Baru Hijrah datang lagi. Tanpa kamu sedari kecuali jatuhnya pada hari yang membolehkan kamu bercuti. Dari kesibukan kerja serta urusan duniawi. Itu aku.
Kerna kamu semua mungkin menyedari. Dan sebenarnya sentiasa menanti. Tahun baru hijrah yang penuh bererti. Sedangkan aku leka, alpa dan terlupa. Dalam kembara di bumi Tuhan.
SMS yg diterima mengucapkan salam Maal Hijrah segera mengingatkan. Permulaan tahun dalam kalender Islam. Terasa cepat masa berjalan. Detik berlalu tak disedari. hari bertukar tak dipeduli. Minggu baru datang dan pergi. Bulan silih bergilir ganti.
Sayangnya, aku tak sempat bersama2 kamu dan mereka. Membaca dan mengaminkan doa pengakhiran dan permulaan tahun. Hanya selepas Isyak, aku berkesempatan menadah tangan memohon keampunan dalam kehibaan. Berseorangan di tempat asing benar2 menginsafkan. Diri terasa kecil dan kerdil. Jiwa dan pemikiran diselebungi rasa takut, sunyi dan penuh kerisauan.
Bersama keampunan yang dipohon, aku turut mengharapkan sinar kejayaan. Moga azam yang satu itu dapat ditunaikan. Moga aku mampu menjadi insan yang lebih menghayati dan menuruti segala perintah yang ditetapkan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Moga dipermudahkan segala urusan dan perancangan.
Selamat Tahun Baru Hijrah kawan. Mari kita iltizamkan ke arah pembaharuan kebaikan. Kembalikan keagungan Islam yang kini hanya mampu dibaca dari buku2 sejarah. Sekalipun sudah terlambat untuk mengucapkan salam, ia tak pernah terlewat untuk memulakan satu perubahan.
8 ulasan:
Salam hijrah untuk Encik Kemat.
semoga kita berubah untuk menjadi lebih baik, lebih beramal, lebih soleh dan kuat pegangan akidahnya.
Adat orang bertandang, wajib dilayan harus dijamu. Kenapa pula saya yang mesti membayar harga sepinggan ayam kfc? Hehehe
Salam Maal hijrah 1428,
Para akhir itu menarik perhatian saya. Tidak pernah ada satu detik pun yang mengatakan kita sudah terlewat untuk melakukan perubahan. Dia Maha Mengasihani, lagi Pengampun, dan Penyayang.
salam maal hijrah utk semua. en. kemat, apakah jwpn terhadap soalan en. atan dan ayam2nya itu ;)
Salam Maal Hijrah.
SEKARANG adalah masanya !
Salamat Tahun Baru untuk en. Kemat..Semoga apa yg diimpikan terlaksana.Begitu juga buat diri sy sendiri.Semoga dpt dekatkan diri dgnNya.amin..
Salam Maal hijrah 1428 En. Kemat...
ada buah tangan dari sabah???
salam maal hijrah en kemat..
ye.wpun terlewat utk ucap selamat tp kita x pernah terlewat utk berubah ke arah kebaikan:)
best aa en kemat ni:)
khairyn:
heheh..sajer jer nak suruh awak belanja..nak saya belanja dtg la kata pusat bandar damansara
bunga rampai:
moga kita sempat berubah dan berakhir dengan kebaikan. Khusnul Khatimah
cik kema:
err..jawapan ayam tu saya bg kemudian..kne kira balik..lupa la..hehe
blackpurple:
ya, skarang adalah masanya utk berubah
damya:
same to U
13may:
ada..mai Kl la..
skidg8:
awak pust best gak sbb jadik regular reader saya..thanks utk sokongan nie..moga berterusan ek..
Catat Ulasan