Seekor kura-kura
Asyik berpura-pura
Menunjukkan lagak dan beraninya
Dengan menghulurkan kepala
Keluar dari 'rumah'nya
Mendongak dan melonjak-lonjak
Atas bawah, kiri dan kanan
Pada tika suasana sunyi dan sepi
Pada tika tiada yg menghampiri
Sedangkan
Ketika sekelilingnya hingar dan bingar
Ketika sekelilingnya sesak dan padat
Ia hanya mendiamkan diri
Menyembunyikan diri
Di sebalik 'rumah' keras itu
Seekor kura-kura
Asyik berpura-pura
Manusia di luar sana
Adakah sama juga
Tiada berbeza
Berani tika tiada yg memandang
Pada masa tiada yg mengecam
Sedangkan takut menunduk
Pada tika semua mata memandang
Berani di belakang
Takut di depan
masih mahu mengaku pejuang
Seekor kura-kura
Asyik berpura-pura
13 ulasan:
seekor kura kura
asyik berpura-pura
hmm..
kura-kura dalam perahu,
pura-pura tak tahu..
hmm..
kura-kura dalam *kapal,
pura-pura tak kenal...
*cobra king
kura kura dalam perahu, amat enak di masak tauchu
nasihat tuk si kura-kura.. tak lagi berpura, keluarlah menghadap dunia dgn penuh berani.
sungguh dalam maksudnya
terlupa seketika..huhu
jadi.. kalau tak nak digelar kura-kura.. kita kena berani lah ekk.. ermmm
kurakura..
akukah kura kura itu?
Kura-kura menyorok dalam cengekerang.
Berpura-pura baik rupanya temberang.
kura-kura ku lari gagah berani. ha ha ha.
kura kura sakti!
hmmm....
skidg8:
hmm..
orochi:
kura2 tu pura2 tak tahu dia dok dalam perahu ker
zizie:
macam ner nak kenal, rupa kura2 nie smua sama jer
kingbinjai:
err.. leh makan ker kura2 nie
anne:
harap2 ia makin berani
ise:
huhu
lan rambai:
aku nak terus jadi lipan ..haha
cikin:
kadang2 kita semua jadi kura2 tanpa disedari
blackpurple:
betul dude
akirasuri:
woitt..tukar lagu..marah saripah ani nnti
13may:
kat ner jumpa kura2 sakti
singa pun pandai pura-pura => kura2.
Catat Ulasan