Kengkadang Menggigit Sesekali Tergigit. Cuba Menyengat Adakalanya Tersengat. Walaupun Perit Menahan Sakit, Hanya Mampu Menjerit Di Ruang Sempit Dalam Kehidupan Yang Kian Menghimpit.
Rabu, Januari 31, 2007
Ini Buku Baru. Ini Baru Buku
Nak satu. Cuma RM23 tak termasuk belanja pos, jua harga belanja minum sirap ketika sesi serahan tangan di kedai mamak berdekatan. Percuma tandatangan dari salah seorang penulisnya. Cuma ada 20 naskah sahaja. Jangan biarkan diri anda dipalit rasa kekecewaan kerana gagal memiliki koleksi ini.
Hubungi: liepanbetina@yahoo.com atau di talian 0123915531
Isnin, Januari 29, 2007
Kau Dipaksa Aku Terpaksa
Korang pernah basuh rumah tak malam2. Bukan pada malam minggu. Tapi pada malam yg penuh kepenatan. Ketika kau pulang dari kerja yang memeningkan kepala.
Aku pernah. Rajin
Kisah sebenarnya sebegini. Masa tu aku dok kat
Macam biasa, tengah hari tu aku balik umah kejap untuk basuh baju. Setelah berjaya memecah masuk dengan separa izin dari tuan rumahnya, aku tanpa segan dan malu terus jer guna kemudahan mesin basuh tu. Apa susah. Masuk baju, taruk sabun serbuk, pulas jer setting masa dia untuk mesin basuh tu mula berfungsi. Kira ¾ automatik la. Bila air dah masuk dan confirm mesin basuh tu dah leh start peranannya, aku pun balik opis untuk sambung kerja. Aku bukan tak nak tunggu sampai siap, tapi aku tak nak ganggu mesin basuh tu wat kerja dia. Lagipun mak aku penah pesan, tak baik mengintai anak dara basuh baju kat sungai. Mungkin mesin basuh nie pun malu jika korang dok tenung jer dia basuh baju tu. Ha, senangkan.. agak2 biler balik dari keje nanti, mesti dah siap. Tinggal nak jemur jer.
Petang tu, member opis merangkap tuan punya rumah ajak aku ke Seberang. Katanya nak kenalkan aku ngan sorang awek nie. Aku yang pemalu ini mengiyakan cadangan bernas yang dikemukakan.
Lepas solat Maghrib kat opis aku terus aku balik. Janji nak jumpa awek tu kul 8.30mlm nnati. Kne la dressing smart ckit. Takkan nak pakai baju kerja lagi. Lagipun pakaian kat dalam mesin basuh tu leh jemur dulu.
Bila aku masuk jer ‘rumah dobi’ member aku tu, aku terperasan semacam ada air membasahi ruang tamu. Ehh, tempias hujan ker. Takkan banyak sampai macam nie. Tiba2, aku terperasan hose outlet dari mesin basuh tu tak diletakkan betul2 ke dalam bilik air. Maka segala air basuhan dari mesin basuh tu disalirkan ke rumah ini, bukannya ke dalam bilik air. Huhu. Kesian, member aku tu. Abis air memenuhi seluruh rumah, dari dapur melarat ke ruang tamu juga hingga ke bilik tidur. Nasib rumah bujang dia x der karpet.
Aku sms ZZ. “Rumah ko kne banjir la”. Dan malam itu, aku ngan ZZ berhempas pulas bersihkan rumah dia. Menimba air yang banyak itu. Kesian ZZ. Tak pasal2 malam tu kne basuh rumah. Kau dipaksa, aku terpaksa la.
Dan awek tu, apa khabar dia sekarang yea…. Sori la ‘date’ malam tu kne kensel…
Rabu, Januari 24, 2007
Kura-Kura
Asyik berpura-pura
Menunjukkan lagak dan beraninya
Dengan menghulurkan kepala
Keluar dari 'rumah'nya
Mendongak dan melonjak-lonjak
Atas bawah, kiri dan kanan
Pada tika suasana sunyi dan sepi
Pada tika tiada yg menghampiri
Sedangkan
Ketika sekelilingnya hingar dan bingar
Ketika sekelilingnya sesak dan padat
Ia hanya mendiamkan diri
Menyembunyikan diri
Di sebalik 'rumah' keras itu
Seekor kura-kura
Asyik berpura-pura
Manusia di luar sana
Adakah sama juga
Tiada berbeza
Berani tika tiada yg memandang
Pada masa tiada yg mengecam
Sedangkan takut menunduk
Pada tika semua mata memandang
Berani di belakang
Takut di depan
masih mahu mengaku pejuang
Seekor kura-kura
Asyik berpura-pura
Isnin, Januari 22, 2007
Salam Maal Hijrah 1428
Kerna kamu semua mungkin menyedari. Dan sebenarnya sentiasa menanti. Tahun baru hijrah yang penuh bererti. Sedangkan aku leka, alpa dan terlupa. Dalam kembara di bumi Tuhan.
SMS yg diterima mengucapkan salam Maal Hijrah segera mengingatkan. Permulaan tahun dalam kalender Islam. Terasa cepat masa berjalan. Detik berlalu tak disedari. hari bertukar tak dipeduli. Minggu baru datang dan pergi. Bulan silih bergilir ganti.
Sayangnya, aku tak sempat bersama2 kamu dan mereka. Membaca dan mengaminkan doa pengakhiran dan permulaan tahun. Hanya selepas Isyak, aku berkesempatan menadah tangan memohon keampunan dalam kehibaan. Berseorangan di tempat asing benar2 menginsafkan. Diri terasa kecil dan kerdil. Jiwa dan pemikiran diselebungi rasa takut, sunyi dan penuh kerisauan.
Bersama keampunan yang dipohon, aku turut mengharapkan sinar kejayaan. Moga azam yang satu itu dapat ditunaikan. Moga aku mampu menjadi insan yang lebih menghayati dan menuruti segala perintah yang ditetapkan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Moga dipermudahkan segala urusan dan perancangan.
Selamat Tahun Baru Hijrah kawan. Mari kita iltizamkan ke arah pembaharuan kebaikan. Kembalikan keagungan Islam yang kini hanya mampu dibaca dari buku2 sejarah. Sekalipun sudah terlambat untuk mengucapkan salam, ia tak pernah terlewat untuk memulakan satu perubahan.
Isnin, Januari 15, 2007
Atan, Ayam dan RM100
Jumaat, Januari 12, 2007
Semalam Yang Hangat
Pagi. Aku menghadiri mesyuarat. Mewakili Jabatan. Kul 9.30 pagi. Itu waktu yg tertera di surat panggilan mesyuarat. Jam 9.15 pagi. Aku dah berdiri. Di depan bilik mesyuarat yg dimaksudkan.
Pagi. Kul 10.20 pagi. Ketika aku duduk dengan gaya penuh tidak keselesaan. Di kerusi sofa empuk. Depan bilik mesyuarat td bersama 5-6 org lagi. Yg sama2 x sabar nak menyertai mesyuarat yg dimaksudkan. Dia datang. Dengan senyuman. Mesyuarat pagi telah dijadualkan. Ke sebelah petang. Surat penundaan telah kami keluarkan. Katanya. Padanlah muka kamu En Kemat. Sbb tak terima surat yg dimaksudkan.
Tgh hari. Mengadap En Beliau. Mengkhabarkan mesyuarat yg ditangguhkan. Ke sebelah ptg dengan harapan. Aku tak perlu menghadiri. Lantaran beban kerja dan ulang-alik perjalanan.
Aku tahu. Borang penilaian akhir tahun masih belum dikemukakan kpd pihak atasan. Andai aku ingkar arahan menghadiri juga mesyuarat yg dimaksudkan. Jgn mimpi nak dpt cemerlang.
Ptg. Aku pergi lagi. Kali ini tipah tidak tertipu lagi. Namun, seperti biasa. Ia tak bermula seperti yang dijadualkan.
Kul 4.45 ptg. Sudah ada tanda2 mesyuarat akan ditamatkan. Bukan kerana agendanya sudah habis dibincangkan. Tapi ada yg sudah mula mengemas fail dan menutup buku catatan. Jari-jemari rancak sekali. Menaip2 sms pada talipon canggih itu.
Pengerusi seakan mengerti. Mesyuarat yg rancak tiba2 sunyi sepi. Tiada lagi yg mahu bertanya. Tiada lagi yg mahu memberikan pendapat. Tiada lagi yg mahu membangkang usul yg dicadangkan. Belum habis ulasan, semua sudah mengangguk memberikan persetujuan.
Tepat jam 5 mesyuarat ditamatkan. Dan kami bangun dari kerusi dengan riang. Seperti murid2 sekolah yg bertempiaran lari bila kedenganran loceng tamatnya waktu persekolahan.
Isnin, Januari 08, 2007
Lambaian Untuk Mawar
Aku sering memuja
Kecantikan
Keindahan
Jua keharuman sang bunga
Namun
Mawar merah itulah
Satu2nya yang aku semai
Di laman hati
Dengan keringat sendiri
Melihat mawar merah
Yang kian pudar warnanya
Yang kian hilang harumnya
Benar2 menghampakan jiwa
Menyayangi tak bererti memiliki
Bunga di tangan mungkin selamat
Dari ancaman kumbang
Jua makhluk perosak yang lain
Tapi terlalu mengenggam
Ia kan layu
Tanpa kau sedari
Mungkinkah
Mawar itu akan lebih terjaga
Kembang mekar mewangi harum
Di laman hati
Yang lebih memahami
Yang lebih menyayangi
Sesungguhnya
Melihat mawar merah itu
Terus berkembang
Mekar dan segar
Biar dari kejauhan
Sudah cukup mendamaikan hati
Ingatlah
Apabila ingin disayangi
Hati harus bersedia disakiti
Khamis, Januari 04, 2007
Tahun Baru Yg Ditunggu
Jika Aidilfitri, balang2 kuih dan biskut memenuhi ruang dapur dan meja ruang tamu, kali ini peti ais kamu dipenuhi dengan agihan daging korban. Seminggu ini, menunya adalah sup daging, daging masak kicap, daging goreng, kari daging. Itulah buktikan kemurahan hati masyarakat kita yang tak segan dan kedekut dalam soal pengorbanan dan perkongsian.
2007. Pasti ditunggu. Melafazkan azam dan janji baru. Biar isinya adalah yang pernah kau hasratkan dulu2. Tapi ini semangat baru. Iltizamnya lebih jitu. Itu kata kamu.
Di ofis, ramai yang menyambut kedatangan tahun baru dengan bercuti. Cuti dan cuti. Jangan kamu salahkan mereka. Azam kita tak pernah sama. Kamu mungkin ingin memulakan tahun baru dengan semangat kerja yang baru. Mereka azamkan kebaikan, kebahgiaan dan keharmonian dalam rumah tangga. Menjadikan keluarga keutamaan di tahun baru. Anak2 kecil itu perlukan ibu dan ayahnya ketika kali pertama memakai seragam putih dan biru.
Namun, tak semua yang punya kisah gembira di permulaan tahun. Ada hati di kalangan kamu yang masih bersedih dan bersendirian. Ada jiwa yang masih mencari arah. Jangan ditinggalkan mereka ini. Aku, kamu, kita perlu berganding bahu. Mencari yang terbaik, menjadi yang terbaik.
Tadahlah tangan. Pohon keampunan jua dipermudahkan perhitungan. Dan diberikan pertolongan dan panduan. Moga 2007 menjadi tahun yang dinantikan. Bukan yang ingin dilupakan.