Aku tak pasti kenapa perlunya aku buat review tentang teater ini. Walaupun aku berikan 5 bintang pada pementasanya & kamu teruja membaca ulasan mengenainya, kamu tak akan dapat melampiaskan keinginan untuk menyaksikan Wangi berdialog membongkar kisah kematian Jebat di pentas auditorium DBP yg baru ini.
Inilah kali pertama pada perkiraan aku U Wei menggunakan pentas teater untuk berkarya. Dengan menggunakan nama2 tersohor seperti Dato' Rahim Razali, Sabri Yunus, Khalid Salleh, Vanidah Imran, Khir Rahman, percubaannya berjaya dan menghiburkan. Kekuatan Wangi Jadi Saksi terletak pada pendokong watak ini. Propsnya cukup sederhana. Emosi kamu lebih terarah pada lontaran dialog yg diucapkan.
Entah kenapa U Wei gemar menggunakan wanita sebagai tunjang dalam penceritaan karyanya. Kamu pasti ingat lagi bagaimana Sofea Jane menghangatkan filem Perempuan, Isteri dan 5 titik. Juga godaan wajah dah langkah Betty Benafe dalam Buai Laju2. Cuma Wangi lebih sopan lantaran peranannya sebagai isteri kepada pahlawan, Jebat.
Wangi Jadi Saksi merungkai misteri disebalik pertarungan 7 hari 7 malam 2 bersaudara, Jebat dan Tuah dalam istana. Benarkah Tuah yang menikam Jebat. Benarkah setiap saat mereka bertarung. Benarkah Tuah membenci Jebat angkara durhakanya pada Sultan. Wangi adalah saksi kepada segala persoalan itu. Namun jiwa dan sifat perempuan menyebabkan rahsia itu hanya dan terus membebani diri Wangi. Tidak mungkin mereka di luar sana percayakan dirinya. Hanya pelayan istana sebelum diangkat Jebat sebagai permaisuri hatinya.
Benar. Ia adalah sejarah dulu2. Kisah lama yg diperturunkan dari nenek moyang. Yang kamu baca dari tulisan Tun Sri Lanang. Tapi jangan kamu lupa. Persengketaan bersaudara masih ada hari ini. Berlakunya berulang kali tanpa kamu sedari. Dan watak2 pengacau, pencetus fitnah yang sentiasa cuba provaksi dari dalam umpama nanah yang menghiris daging.
Hati-hatilah wahai teman. Dalam diri kamu dan juga mereka itu. Terpencil watak2 Tuah, Jebat, Wangi, Patih Kerma Wijaya dan Sultan. Masa dan keadaan akan menentukan watak mana yang bakal kamu dukung.
12 ulasan:
pelakon lain tak penting. yang penting si Sabri tu! kasut but baju kot! yeah!
Siapa mainkan watak pengkhianat bangsa?
Salah seorang calon:-
Check paper berita harian semalam, muka depan..gambar besar terpampang!
pegi tgk x ajak kengkawan pun..huhuhu
aku ni buta seni. xpaham yg abstract² nih... :D
Cuma baca ulasan di akhbar.....dengarnya kematian Jebat difokus dari perspektif lain...
....tapi dulu lagi aku menganggap Jebat yg hero bukan Tuah...
Uhummmm... semua watak berada di dalam diri kita. Samada watak tuh mempengaruhi kita ataupun tak....
Sy juga lebih mengagumi Jebat berbanding Tuah. Derhaka Jebat, derhaka bersebab. Terlalu ingin menonton WJS, tapi apakan daya... Minta2 RTM sudi menayangnya tak lama lagi.
org teknikal pun pandai menghayati seni ye.. bagusnya.
Jebat.. Tuah.. Jebat.. Tuah.. entahlah.. kena amik yg baik2 ajer kot dari kedua2 watak ini...
Abdullah Jones:
Sabri cukup bagus ..sayang penampilannya hanya seketika
Aku bukan bidadari:
aiseh..x beli la paper semalam
anonymous:
ok..lain kali aku war2 jadual pementasan.. aku fikir komuniti yg meminati teater ini kecil saje
cikin:
mungkin kamu patut cuba dulu
blackpurple:
aku jua mendokong Jebat sbg hero
azhar ahmad:
ingat kisah jekyll & hyde (itu umpa tuah dan jebat juga)
wasabe:
RTM patut kasi sokongan pada dunia teater
sikenit Amin Bakish:
sekali sekala, org teknikal perlu cuba memahami jiwa org bukan teknikal ini..
lan rambai:
buang yug keruh amik yg jernih
weh ko x ajak aku....sedeyy tau...huwaaaa!
best regards, nice info »
Catat Ulasan