Isnin, Ogos 21, 2006

Selamat Pengantin Baru

Kul 8 malam. Depan tv 21 inci. Kat umah kamu. Sari berita utama. Penyanyi tersohor negara, Ct Nurhaliza telah melangsungkan perkahwinannya dengan Datuk Khalid..bla..bla..bla..

Ku 9 malam. Kat kedai makan terapung tepi longkang besar. Sambil amik order, sempat juga akak itu bercerita. Katanya. "Ada tgk tv. Penyanyi tersohor negara, Ct Nurhaliza telah melangsungkan perkahwinannya dengan Datuk Khalid..bla..bla..bla.."

Kul 12 malam. Depan tv 21 inci. Kat umah kamu.Sari berita utama. Penyanyi tersohor negara, Ct Nurhaliza telah melangsungkan perkahwinannya dengan Datuk Khalid..bla..bla..bla..

Kul 8 pagi. Keesokan hari. Kat warung Tijah. Ada kopi panas dan roti canai separuh berminyak. Muka depan akhbar arus perdana. Dalam bahasa Melayu, juga yg ditulis dalam bahasa omputeh. Gambar Ct & Datuk K. Besar. Penyanyi tersohor negara, Ct Nurhaliza telah melangsungkan perkahwinannya dengan Datuk Khalid..bla..bla..bla..

Kat Blog aku. Tiada gambar Ct. Apatah lagi Datuk K. Tapi cerita masih sama. Penyanyi tersohor negara, Ct Nurhaliza telah melangsungkan perkahwinannya dengan Datuk Khalid..bla..bla..bla..

Emosi kamu. Menangis kesedihan kerana Datuk K berjaya mengahwini Ct atau kegembiraan kerana 2 hati telah disatukan.

Kamu perempuan aku tak pasti. Emosi kamu sukar dimengerti. Lelaki mudah saja. Mereka mengambil iktibar dari setiap peristiwa. Mulai hari ini, lelaki kian mengerti. Jika mereka berusaha bersungguh2 dalam kerjaya sehingga mendapat title Dato', mereka berupaya mengikuti jejak Datuk K. Suatu hari nanti. Datuk K. Kamu idola kami.

Selamat Pengantin Baru. Kamu pasti mudah ingat. Setiap kali sambutan Israk Mikraj adalah ulangtahun perkahwinan kamu.

12 ulasan:

Dhani berkata...

kemat. ko tak menjawab soalan nih.:P. dapat surat aku tak? :)


dhani a.k.a faisal
www.bilik.blogspot.com
www.goblog2006.blogdrive.com

Aku Bukan Bidadari berkata...

Hmm.. kemat dah sihat???
heheheee

ZaKiN berkata...

ekekke..napa emosi aku biasa jer..??hehe..

Tanpa Nama berkata...

kalau sumenya nakkan pangkat Datuk jadi perlu ada ramailah Siti ye... hehehe.. tapi aku tak suke glamer.. ahaks

Rie berkata...

huhu takziah kepada kamu... hehe

zwitterion berkata...

biarlah mereka berbahagia.biarlah dato'K membuktikan kemenangannya.Kamu cari CT yg lain k...

Lan Rambai berkata...

bini aku tak bagi aku terima pangkat datuk lahhhhh

Tanpa Nama berkata...

busan arr nk dgr citer psl ct nih.. geli arr.. (huhuhu...jahatnyer aku.. :p)

erk bro kemat, xsumer la pompuan mengejar lelaki berharta & berpangkat...

Tanpa Nama berkata...

semoga berbahagia.

Sir Mute Key Chicks berkata...

kemat?liepan?wahaha.tambah lagi sorang pembaca dari penang.satu geng ngan pegawaikhalwat ker?

Dong_Sanchai berkata...

Datuk kemat?? erm..sesuai juga jadi datuk k.. Semoga bertemu CT yg lain..sabar yerrr

Kemat berkata...

dhani:
nie aku jawab. Dengar betul2. Dah dapat & tima kasih.

Aku bukan bidadari:
ya, saya dah sihat. Fizikal. Mental lum lagi kot.

Maniq Kayangan:
Mungkin kerana kamu sudah beristeri.

Sikenit comel amin bakish:
kita tak suka glamer bila kita dah glamer. tapi sering nak merasa glmaer kita kita tiada apa

esis:
aku dah terima seadanya

zwitter:
ader lagi CT lain utk aku??hahha

lan rambai:
kita jadi datuk pada cucu udahler lan

cikin:
tapi kalu dapat yg berharta dan berpangkat saper nak tolak plak kan..

neeziee:
kamu ucap selamat untuk aku atau Ct

semut:
aku cuma perantauan di penang. salam kenalan.