Kat tempat kje kami di Penang ini ada subsidi. Atau dlm bahasa yg lebih sopan peruntukan. Tak delah sampai berjuta nilainya. Cuma peruntukan alat tulis untuk kegunaan kerja di pejabat. Kamu boleh minta pada awek yg jaga stationery itu segala keperluan pejabat yg kamu mahu. Malanglah aku, mesin basuh, peti ais, dvd player tak dikira sebagai stationery. Kalau tak tentu aku dah order awal2 lagi untuk kegunaan rumah bujang.
Lecehnya, biarpun ia diperuntukkan untuk kamu, ia masih menjadi barang kawalan di pejabat ini. Kamu perlu isi borang itu dan ini sebelum ianya menjadi milik kamu. Malah kadang2 awek yg jaga segala rekod barang itu mula bertanya tentang permintaan kamu itu.
Aku??? Barang2 stationery lain aku tak kisah. Aku cuma perlukan pen. Yang kaler hitam, merah dan biru. Macam biasa. Jodoh pen2 ini tak pernah berkekalan dengan aku walau untuk tempoh 2 minggu. Entah di mana letaknya, entah ke mana perginya, entah apa rajuknya. Hari ini ada, esok dah kne minta yang lain pula.
Dan bila aku minta pada awek stationery itu, mulalah dia membebel. "Eh, minggu lepas En Kemat dah amik satu set". Nak menyenangkan hatinya, aku perlu mereka alasan. Samaada pen aku diambil orang atau dakwatnya habis kekeringan. Pernah aku bercerita padanya dengan wajah penuh kesedihan. "Err.. pagi tadi time nak datang kje ada sebatang pen dalam poket baju nie. Tapi kebetulan bile keluar umah saya terserempak ngan budak kecik menangis tak nak gi sekolah sbb pen takder. Mengenangkan sifat baik dan berbudi yg ada dalam diri saya, maka saya sedekahkan pen yang satu itu pada dia. "
Awal minggu ini, bila aku masuk semula kerja kat Penang setelah seminggu di KL, ada satu set pen atas meja aku. Belum sempat ditanya, awek stationery datang bagitau, "Saya tau, mesti pen En Kemat dah tak der. Saya letak awal2 atas meja. Tak yah susah2 nak mintak lagi. Lepas nie, tiap 2 minggu saya kasi yang baru. Leh En Kemat simpan wat koleksi".
Haha. Baguihnya dia dah memahami. "Pen merah pen biru. U marah I love U". Kata aku dalam hati sambil memandang pada lenggok awek stationery meninggalkan bilik aku.
14 ulasan:
haha, sama la kat tempat keja sy pun mcm tu jugak..kena isi borang dulu,tp tukang jaga alatan ni x bnyk ckp.
biasanya pen merah cpt habis, itu tandanya sy rajin marking paper budak..hehe
pen merah ,
pen biru ,
pen kaler lain pun boleh kalau nak sedekah ,
miss stationery tak marah,
pasti dia sedia membantu ,
tu tanda nya dia tak kisaaaaaaaaah.
tmpat kerja Jun setakat ni pen (tak kira apa kaler) tak muai sangat, anak buah sini kelaparan marker sentiasa.
akutak suka mintak dari perempuan yg jaga statioonery tuh pasal pen yg dia bagi tak best.haha.aku lebih rel menhabiskan duit beli pen yang betul-betul aku suka.biarlah pen merah pen biru, u marah i buat tak tau.hiks
p/s:blog anda telah di link kan ke koloni sesemutkecik.blogspot.com
Ok gak dpt pen free. Brg gomen memang canggihhh... kalau disket dia lagiiiiii tahan lama.
Oh, kisah seekor lipan dengan pen merah dan pen birunya. Pen hijau pun ok juga :)
Salam kenal membalas kunjung.
Lebih suka membeli pen sendiri. Aku ada taste tersendiri dalam memilih panjang, bentuk, dakwat, saiz mata pen juga stroke matanya....
hehehe..
Bestnya.. kat sini bagi tissue utk toilet 3 roll utk sebulan cukup tak cukup lantak!
* ehehehe kadang2 nampak orang bawa surat khabar masuk toilet..
aku mintak pen ijo tak pernah dapat pun.
everyday guna satu pen je utk sign attendance. menulis suke gune mechanical pencil. nk exam br bli pen 2,3 btg. then anak buah kebas, tggl satu.heheh.. biler nk dpt pen free ekk?
Kemat tolong mintak kan refill tuk pen aku... pen jenis test pen... huahuahua... jom main futsal kemat
salam en kemat..
suke ar baca entry2 en kemat dlm blog ni..
jom kita kawen nak?
eh silap... jom kita kawan...
heheheh...
:D
ekekke...klakar. Kat sini nak dapat sebatang pen siap kena buat surat.. hampeh betol..!!
zwitterion:
Cikgu suka marking paper budak. Hari2 cikgu marking paper budak..
jun:
wah..bantai marker trus..
semut:
barang free biase2 ajela..nak best kne bli sndri.tima kasih krn linkkan. saper kata liepan dan semut tak leh berkawan??
sleepless in gelugoq:
pen lama lagi tahan lamer..nasib gomen tak sruh pakai pen bulu pelepah
wasabe:
sekarang pkai pendrive jer..disket dah dilupakan org
bunga rampai:
salam kenalan
blackpurple:
kengkadang aku juga beli sndri untuk kepuasaan diri
aku bukan bidadari:
tisu tandas takder pkai air mutlak lagi senang..
neeziee:
pen kler ijo tak der..kaler hijau ader..patut la kamu mintak x penah dapat
cikin:
ingat dlu2 time nak exam mesti ble statinery baru..kononya nak berkat..tak nak pkai statinery kebas org punya
mengkarung:
ko nak pen ker test pen nie. kat penang kami berfutsal ari selasa. di Kl ari Jumaat. ada brani kita jumpa nnti.
cik diari:
salam kenalan..jgn sebut bab kawen..saya mudah teruja..maksud saya nak kawen..hahaha
maniq kayangan:
senang bli sndri dari nak mengarang surat utk sebatang pen kan
kalau bagi hilang tiap minggu dapat lagi banyak pen dari awek yang jaga stationery
Catat Ulasan