Jumaat, Ogos 04, 2006

Mari Bekerja

Mulai 1hb Ogos yg lalu, tempat kje aku dah gubal waktu kje yang baru. Kini mereka keje sejam lebih awal. Ya, hanya mereka sbb aku tak terlibat sama. Knapa?.. walaupun tpt kje yg sama, entiti kami berlainan.. x faham.. lupakan je lah..
Maka seperti biasa, pasti ada rungutan, bantahan & cakap2 kat belakang membangkang peraturan baru ini. Kalau dahulu, sebelum datang kje, mereka masih sempat bersenang lenang di kedai makan atau boleh bangun tido sedikit lambat. Tapi kini, jam biologi hidup mereka sudah berubah.
Kamu pasti merasakan orang lelaki secara kiraan majoritinya gagal menepati kehendak masa yg baru ini kan. Tapi pihak pengurusan lebih cekap sebenarnya. Mesin punch card diletakkan di pondok jaga. Bukan mesin punch card saja yg diperkenalkan, tp sorang jaga yg berkulit putih berwajah manis dan memakai tudung. Ya, sorang aweks cun menjadi jaga.
Maka, kami datang lebih awal lagi sekarang ini. Kami tak kisah lagi kne berbaris di pondok jaga untuk mengetip masa kedatangan. Dulu, kami cukup hangin bila setiap kali nak masuk ke tempat kje di tahan pak guard. Kami muncungkan mulut ke arah pas kete di cermin depan bila ditanya tentang kad pengenalan diri. Kini, kami memandu begitu perlahan tika melepasi pondok jaga. Kami sentiasa berharap akan ditahan aweks jaga untuk bertanyakan tentang kad pengenalan diri. Malah ada rakan 'pesucur' sengaja menanggalkan pas pelekat kereta dgn harapan ketenya ditahan.
Sekarang, kami bersemangat betul untuk pergi bekerja. Malah kami sanggup datang pada hari minggu hanya untuk melewati pondok kecil itu. Nampaknya hajat aku untuk bekerja dihujung minggu ini harus ditangguhkan. Aku harus pulang ke KL. Aku dah rindu pada dia. Dah sebulan aku tak jumpanya. Dah sebulan aku tak lihat wajahnya.
Ohh kamu belum kenal dia itu. Dia anak saudaraku yg berumur 1 thn. Haikal, Pak Ngahmu bawak pulang mainan aeroplane yg kamu inginkan tu. Datang umah atok ye hujung minggu ini.

10 ulasan:

tumismenumis berkata...

Agak agak sapa lah nanti yang akan datang kat tempat kerja ko ni dengan senyum yg lebih lebar sebab punch card telah di punch oleh awek cun tu.

Tanpa Nama berkata...

aku pun nak aeroplane..

Lan Rambai berkata...

Maksud entiti kami berlainan itu... ko memang selama ni datang awal ke opis... atau ko sorang jer yg tak bernafsu tgk dara guard itu? hahaha

Tanpa Nama berkata...

okey laa tuh, kat sini sume pak guard tua2, yg muda2 pun x ensem...x semangat nak dtg keje

Tanpa Nama berkata...

kaum wanita dianiaya... jadi bahan tarikan pulaknye... jabatan mana ni.. mai nak komplen..(menteri wanita patut baca ni) hehe...

blackpurple @ jowopinter berkata...

'pesucur' tu apa kemat...?

Cuba mintak admin letak makcik nak pencen plak.. ada respon tak...

Tanpa Nama berkata...

kemat. pepehal minggu ni buku siap, terus gua antar kat lu ok. address mana? :)

Azhar Ahmad berkata...

Ummmm..... Pak Ngah yang baik. Bagus syarikat ngko. Sekurang2nya, hati tenang dan gumbira bila start bekerja!

Tanpa Nama berkata...

pandai company ko. bg 'pemangkin' utk korg dtg awal.heheh..

"Pak Ngah,saya nk teddy bear!!"

Kemat berkata...

mazudi:
mestilah mereka dan keluarga mereka.

neeziee:
kat kotak weroplane tu tertulis untuk yg berumur 5 thn ke bawah sajer

lan rambai:
kedua2nya tidak.

trex:
mungkin kamu boleh cuba kaedah ini..percayalah ia berkesan

sikenit coeml:
kamu patut bangga, wanita pencetus semangat kami di sini

blackpurple:
pesucur= persatuan suami curang

faisal:
nanti aku email

azhar ahmad:
permulaan yg menggembirakan mampu memberikan hasil yang memuaskan

cikin:
ap..kamu nak belikan saya teddy bear, kata kemat pura2 tidak mendenagr