Khamis, Ogos 03, 2006

Layan Ganja & Udang Merah

Tgh hari tadi aku tak makan nasi cam biasa. Tak. Aku memang tak puasa. Puasa sunat hari Khamis mahupun sempena bulan Rejab nie. Tgh hari tadi aku belasah Ganja bersama Udang Merah. Biarpun hanya di tepi jalan tanpa sebarang alas, di bawah terik mentari yang panas, kami menikmatinya dengan penuh keasyikan tanpa menghiraukan mereka yang lalu lalang memerhatikan dengan geram.

Ganja dan Udang Merah adalah antara spesis durian yg sedap bangat selain nama2 lain yg kamu cukup sinonim; Labu, Raja Kunyit, D24, D15, Durian Siam. Perak mungkin terkenal kerana banyaknya durian dan sambal tempoyaknya, tapi kamu pasti tak mampu menidakkan kelazatan durian Balik Pulau, Pulau Pinang.

Aku tergezut bila ada org bagitau durian kat sini leh cecah sampi RM50 sebiji. Yg menarik lagi durian di sini x gugur ke tanah sebaliknya diambil ketika masih tergantung pada tali yang telah diikat pada dahan pokok. Mungkin nak elakkan buahnya pecah atau dimakan oleh binatang (x perlu aku nyatakan binatang yg turut menggemari bau raja buah ini).

Kami makan cam orang kaya saja lagaknya. Makan semahunya tanpa mempedulikan harganya. Aku kira ia berbaloi dengan kenikmatan yg kamu rasai. Ada yg kelat, ada yg lemak manis, ada yg kuning, ada yang kemerah2an. Sesambil makan tanpa sebarang sifat2 sopan, kami dendangkan lagu Durian dah Berbunga "Oh kome, Dorian dan berbunge, Moh kite, Minang anak dara". Durian kami terasa lebih enak bila dijeritkan nama anak dara itu. Sebelum pulang kami minum air dari kulitnya. Petua org tua2 nak hilangkan panas durian.

Aku berhajat nak mengajak kamu ke sini dan merasainya sendiri tapi musim durian sudah di penghujungnya. Ia tak semeriah 3 minggu yg lalu. Aku kira tahun ini buahnya jua sedikit kurang tak seperti selalu yg berlambak di pasaran. Mungkin kamu boleh ikut aku pulang ke kampung di Baling. Khabarnya dokong sudah berbuah.

#Ketika menaip entri ini, opismate belikan cempedak goreng. Wah, ini ari aku layan buah sajalah nampaknya.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wakakaka, tajuk tak hengat. Cam isap bedna tuh. Anyway, saya tak sempat merasa durian lagi. Sedey gilerrr....

Tanpa Nama berkata...

waaa.. nk mkn dorian gak! aritu sempat mkn skali je. weekend ni tggu abg ipar bwk blk dorian dr muar.. :D

Aku Bukan Bidadari berkata...

huhuhu..sedapnya,
saya hantu durian, mula2 baca tajuk ingatkan betul2 ganja..hahaha

saya tau makan saja, asalkan sedap..isk terliur ni..

tumismenumis berkata...

Terkejut dah aku nampak tajuk tadik.
Ingat aku ni dah berkawan ngan penagih dadah ker apa.
Durian ghuper nya.

shimahz berkata...

melampau la tajuk ni.. den ingat btol2 hang dok layan ganja...

Tanpa Nama berkata...

"tunggu durian percuma gugur"

Kemat berkata...

azhar ahmad:
kata org durian yg hujung2 nie best..sempat gik pegi cari ni

cikin:
durian muar?..apesal x suruh bawak mee bandung muar skali.

aku bukan bidadari:
samala..saya pun tau makan jer.

mazudi:
isshh..aku memang x layan bendalah haram tu

s*h*i*m*a*z:
saya budak baik..hehehe.kan neeziee kan

neeziee:
knapa tak pau en beliau sajer..hahha