Kul 9.30 mlm. Terima call dari kawan lama. Pompuan. Cantik. Tapi bini orang. Musykil seketika. Apehal plak minah nie call malam2. Atau husband dia test call penama yg ada dlm direktori phone bininya. Kes jealous ker?
Aku jawab juga. Suara manja & manis dihujung sana mengesah'n ia milik pompuan. Kawan lama aku itu. Yang cantik dan masih bini orang.
"Kemat. Saya ada kat Penang nie. Jom lepak mlm nie. Bawak kami jalan2 pusing Penang". Oh, rupanya dia bercuti dgn husbandnya di Penang. Berbulan madu la tu. Tak kisahlah. Dan malam tadi kami berborak panjang. Dari hotel hinggalah ke saat terakhir kami berpisah untuk pulang, dia tak abis bercerita sedangkan kami lelaki (aku dan husbandnya) banyak mendiamkan diri. Cuma sesekali menyampuk menambah perisa pada cerita.
Seperti biasa, pada mereka yg datang Penang mlm hari, pasti aku bawak pusing Batu Feringghi. Bukan untuk mandi tapi cari DVD. Sini murah beb. RM4 satu. Lepaih tu pekena nasi kandar 12 malam.
Oleh kerana aku tak dapat menemani mereka keesokan hari, aku hanya ceritakan tempat2 menarik yg boleh dilawati serta jalan yg perlu kamu ikuti. Yelah, takkan nak ponteng kje plak sok. Lagipun kamu kan tengah berbulan madu. Kehadiran aku mungkin mengganggu keharmonian kamu.
"Eh..susahlah Kemat jalan kat Penang nie. Berpusing2. Jom la ikut sekali. Tak puas borak malam nie." Ishh minah nie. Awak dah ader laki. Tak usahlah bermesra ngan aku smpai gitu skali.
"Jalan kat Penang lagi senang pd jalan kat KL tau. Sebab kat cni, sambil memandu kamu hanya perlu memberi perhatian pada signboard jalan sajer. Kat KL, mata kamu harus punya serampang 2 mata. Maner nak tengok signboard jalan jua nak tengok aweks seksi lagi. Jgn risau.. selagi tak cross jambatan, selagi tak naik feri confirm kamu kat sebelah Pulau lagi"
Sebenarnya, sejak dok Penang nie aku pun jarang pegi ke tempat2 pelancongan nie. Aku hanya tahu Bukit Bendera aja. Tempat makan boleh tahan la. Ingat sempena tahun melawat Malaysia thn depan aku kne promote industri pelancongan ini. Hmm..nanti aku ceritakan tpt makan best kek cni. Yang ader banyak anak mami. Sekali makan pasti kamu mau datang lagi.
12 ulasan:
Salam, sempena sambut hari merdeka ni, jangan lupa pacak Jalur Gemilang kat Bukit Bendera tu :) dan berpiknik ;)
Cheq..penang tang mana? kami dok kat bayan baru.. minggu lepaih baru cheq balik penang.. pi beli jeruk depan balai pulis.. :D kami honeymoon gak
dvd terbaru cerita apa?
dah dkt 2taun xpi penang. rindu nk mkn kat padang kota...
aku tak penah naik jambatan tu aaa..
Teringat nak feri... uwaaa.. mabuk laut hako..!!
Ekekeks. K, ko penah minat ngan dia satu masa dulu nehhhhhe.........
sleepless in gelugoq:
nak picnic tang mana... jom makan kat Minah Restaurant kat gelugoq...
Bunga rampai:
aiseh..tak sempat la..merdeka ni ingat nak balik KL
aku bukan bidadari:
cheq dok tang Jelutong..lain kali mai la singgah
neeziee:
ntah..senario dlm pemburu pedang yamashita kot
cikin:
padang kota dah kurang meriah sekarang..utk makan la..kalu hang nak berdating ok lagi la..
tomei:
salam kenal..add U aper..nak balas kunjungan gak nie
dugong senyum:
layan naik feri lagi best dari guna jambatan
maniq kayangan:
dak aihh..feri nie tak mabok pun
azhar ahmad:
camner tau ..hahhaha
ooik pasal tak ajak aku nie...
en.kemat..kami akn ke penang..hujung bulan ni..ekekek
padang kota?? dating?? :p
mengkarung:
kamu maner nak naik wira aku..kamu lebih suka naik AFS****.hhaa
damya:
saya kembali ke KL la kak long
cikin:
aku maksudkan andai kamu ingin dating ngan hubby kamu..padang kota mungkin satu destinasinya
Catat Ulasan