Mak Munah bukan paham sangat apa itu LGBT. Dia cuma baca kat fesbuk. Mak Munah memang tak berkenan pun dengan fesyen V kolar nie. Mak Munah teringat anak bujangnya ada juga 2-3 helan t-shirt V kolar tu. Mak Munah mula rasa tidak sedap hati.
Mak Munah ambil langkah drastik. T-shirt tersebut dikeluarkannya dari gobok baju anaknya. "Hmm, selesa juga kainnya. Mesti mahal ni" Sayang juga kalau nak dibuang begitu sahaja.
Esok, Pak Majid pergi berkebun pakai t-shirt V kolar warna kelabu. Mak Munah kembali senyum.
2 ulasan:
salam..lama menyepi enche kemat?risau saya dibuatnya :)
selamat belated hari raya
tasuke:
terima kasih sebab sudi bertandang lagi ke sini... sibuk sedikit sekarang, tiada ruang masa nak berkarya..tambah2 fb tengah rancak..hehe..akan diusahakan untuk tearus berkarya di sini
Catat Ulasan