Kengkadang Menggigit Sesekali Tergigit. Cuba Menyengat Adakalanya Tersengat. Walaupun Perit Menahan Sakit, Hanya Mampu Menjerit Di Ruang Sempit Dalam Kehidupan Yang Kian Menghimpit.
Khamis, Jun 28, 2012
Bukan Ronaldo Sahaja Yang Menangis
Sejak Negara Tiga Singa terkeluar dari saingan Euro, Leman dah tak lalu makan. Sedih sangat barangkali pasukan kesayangannya kalah.
"Rileks la Man. Rakyat England pun tak sedih macam engkau. Rooney silap-silap dah bercuti ke Carribean main pasir pantai"
"Aku baru jer beli jersi England. Original lak tu" balas Leman dalam suara yang hiba.
Ahad, Jun 24, 2012
Bola
Pak Jali kira kaki bola juga. Kalau kat warung kedai kopi janda Lijah tu, Pak Jali jadi tukang karut bercerita pasal bola. Yang lain menganga sahaja. Pengetahuan Pak Jali pasal bola tak siapa boleh lawan. Maklumlah, kat kampung tu, hanya Pak Jali pernah main sampai ke peringkat daerah. Masa muda-muda dulu la..
Cuma Euro kali ini, Pak Jali tak berapa layan. Iyalah perlawanan awal pagi. Mana larat Pak Jali nak bangun malam. Mata pun tak berapa nak terang nak menonton tv. Jadi, untuk edisi Euro, anak-anak mudalah yang ambil giliran tukang buka cerita.
"Euro kali ini tak menarik macam dulu. Dulu-dulu ada Maradona dengan Pele" sampuk Pak Jali.
Mulai hari itu, ramai juga yang sangsi dengan fakta bola Pak Jali.
Jumaat, Jun 22, 2012
Kurus
Setelah bertahun mencuba, akhirnya dia berjaya juga. Hari ini dia bukan lagi Din Gendut.
"Apa rahsia kau Din" tanya kawan-kawannya. Mereka tahu Din banyak amalkan diet pelangsing badan. Bermacam produk dia cuba. Dah bermacam jenis pil dia telan. Berbaloi juga, Din kelihatan lebih kurus hari ini berbanding setahun yang lalu.
Din cuma diam. Perlu kah dia berkongsi rahsia dengan kawan-kawannya.
Sebenarnya, Din kembali kurus setelah banyak kali terpaksa menahan lapar dek tiada duit belanja hatta untuk membeli sarapan. Ribuan duit simpanannya telah dihabiskan untuk membeli pelbagai produk pelangsing badan sepanjang 3 tahun ini.
Rabu, Jun 20, 2012
Karipap dan Seri Muka
"Err..kita dah boleh mula kot. Semuanya dah ada kan. Siapa yang tak ada" kata pengerusi majlis.
Suasana sepi seketika. Mujur juga. Kalau ada suara ghaib yang tiba-tiba berkata "Maaf. Saya tak hadir", harus aku cabut lari.
Suasana sepi seketika. Mujur juga. Kalau ada suara ghaib yang tiba-tiba berkata "Maaf. Saya tak hadir", harus aku cabut lari.
Sabtu, Jun 16, 2012
Selamat Hari Bapa
GULP!
Tidak seperti bapa yang lain, Asrul gelisah tatkala menerima mesej ucapan selamat hari bapa dari teman wanitanya.
Sabtu, Jun 09, 2012
Tak Kenal Maka Tak Cinta
Hujung minggu, Ayu balik kampung lagi. Kata maknya, ada orang nak datang merisik. Mak Ayu turut berpesan jangan lupa bawa balik baju kurung dan tudung.
Hari merisik, Ayu sibuk berdandan dari pagi. Ayu nampak cantik sekali. Cukup sempurna untuk buat mana-mana lelaki jatuh cinta. Mak Ayu tak kurang juga sibuknya. Dari pagi mak Ayu sudah mula memasak bermacam hidangan. "Lepas ni, kamu kena belajar memasak. Nak pikat suami, kena pikat perutnya" pesan mak Ayu tatkala Ayu datang menjengah ke dapur untuk bertanyakan pendapat maknya tentang penampilannya. Bukan tak nak tolong emaknya memasak, tapi Ayu hanya tahu bancuh kopi. Lagipun kukunya baru sahaja digilap awal pagi.
Ayu lega. Segalanya tampak berjalan dengan lancar. Bakal keluarga mertuanya juga nampak selesa dan berkenan sekali dengan perwatakannya. "Cantik, berpelajaran dan pandai memasak", puji mereka.
"Pandai betul Ayu masak. Sedap. Dah lama tak makan masakan kampung macam ni" puji bakal bapa mertuanya. Masakan tidak dipuji begitu, 3 kali juga ditambah nasi sampai sebu perut.
Ayu pantas memahami ketidakselesaan bakal bapa mertuanya yang terlalu kekenyangan itu. "Nanti saya buatkan teh halia. Mak kata, elok untuk buang angin dalam badan"
Di dapur Ayu tercari-cari teh halia pra campuran. Ayu kaget. Tak manis pula nak kacau emaknya yang tengah rancak berborak di ruang tamu. Ayu tekad. Bukan susah sangat pun. Bancuh sahaja teh dengan halia.
"Ptuuiiiihhhh" bersembur air teh halia yang diminum bakal bapa mertuanya. Mak Ayu tengok air teh halia yang tumpah lain macam warnanya. Tak seperti selalu.
"Kunyit", terdetik jelas di hati mak Ayu. Petang itu, banyak juga hati yang menjadi sayu. Lebih-lebih lagi hati Ayu. Benarlah, tak kenal maka tak cinta.
Ahad, Jun 03, 2012
Gol Tiang
"Dalam permainan hoki ini. Yang penting adalah fokus yang akan menjamin ketepatan dalam kamu membuat hantaran dan menjaringkan gol", itu pesan cikgu Arsyad pada sesi pertama pembentukan pasukan hoki Sekolah Rendah Sultan Ismail 1.
Mulai hari itu, kami berlatih menggunakan tiang gol bola sepak. Iya. Sekolah kami tiada padang khusus untuk hoki. Maka sebelah tiang gol bola kami umpamakan sebagai pintu gol untuk kami. Untuk menjaringkan gol, bola hoki yang dirembat perlu mengena tepat pada tiang gol. Itu adalah antara teknik yang diasah cikgu Arsyad untuk kami fokus.
Mula-mula berlatih, memang susah. Sedangkan pintu gol sebenar yang sedepa luas pun ramai yang tersasar, inikan pula tiangnya sahaja. Benarlah kata pepatah. Benarlatih jadikan kamu sempurna. Pejam mata pun kami masih mampu menghalakan bola tepat menuju ke arah tiang gol. Dengan ketepatan dan kepantasan yang kami miliki, ramai mula menaruh kepercayaan pada kami untuk menjuarai perlawanan peringkat zon nanti. bah. Sejarah bakal berubah. Pasukan sekolah kami bukan lagi tercorot dalam sukan hoki.
Hari yang mendebar itu tiba juga. Kami yakin boleh bergelar juara. Gol lawan akan kami bolosi dari minit pertama. Fokus. Itu pegangan kami.
Tapi terlalu yakin tidak elok sebenarnya. Hari itu bukannya hari bahagia. Sejarah kadang-kadang perlu diyakini dan diambil iktibar juga. Tiada kisah ceria untuk dikenang. Pasukan kami pulang awal. Pasukan lawan lebih banyak membolosi gol kami.
Kami???? Bola banyak menghala ke tiang berbanding menuju ke gawang gol. Cheh.
Langgan:
Catatan (Atom)