Rabu, Oktober 05, 2011

PMR

Dulu, PMR aku ambil subjek Bahasa Arab. Aku bukan pandai sangat pun. Aku cuma salin balik soalan dia kat tempat jawapan. Untuk soalan esei, aku dah hafal  draf karangan yang ustazah bagi. Desas-desus sebelum peperiksaan kuat menyatakan itulah tajuk esei yang akan keluar masa peperiksaan nanti.

Dengan bekalan amalan pemakan kismis dan menjaga mata sebulan sebelum peperiksaan menjadikan ingatan aku kuat dan jelas. Dekat sehelai penuh aku tulis balik esei yang aku hafal tadi. Tahap keyakinan aku untuk mencapai gred markah yang baik memuncak. Timbul juga dalam hati nak ambil jurusan agama selepas ni. Paling kurang dengan keputusan Bahasa Arab yang baik nanti, boleh jadi modal aku mengorat awek sekolah Maahad.

 Angan-angan aku tak lama. Bila keluar dewan peperiksaan, kawan aku bagitahu tajuk esei yang ustazah 'spot' tak keluar. Cheh. Aku tak baca soalan. Atau sebenarnya baca tapi tak tahu pula yang soalan tu dah bertukar. Mana aku paham.

Keputusan PMR diumumkan. Bahasa Arab aku cuma dapat C. Tak dapat lah naik pentas terima sijil dari pengetua. Tingkatan 4, aku ambil kelas sains. Cita-cita nak makan cendol dengan awek sekolah Maahad tinggal kenangan.

7 ulasan:

skidg8 berkata...

salam. elo kemat...i'm back! :) Tahniah ye, dpt C. sy dulu...isk..result yang terlampau...:l

. berkata...

wow.kelas sains tu.

Ummu berkata...

awek Maahad dah kawin belum??

shasha berkata...

Haaa...nawaitu tak betul tuh...hehehej

Unknown berkata...

Ustazah bahasa arab F4 Mush dulu pandai buat magic. Asal nampak muka dia jer Mush nak tido. Giler2 punya beratlah mata ni. Udahnya Mush pindah keluar ke sekolah biasa2 je amik Sains Tulen tanpa tambah2 bahasa Arab...

Kemat berkata...

skidg8:
:)

nizamsani:
kelaassss kan..heheh

eeFatihah:
dah beranak tiga dah

shasha:
tu untuk jadikan azimat rajin belajar..heheh

mushroomcute:
hehe.. tapi rasa rugi gak tak belajar betul2 bahasa arab nie kan..dah besar2 nie baru sedar banyak gunanya

Tanpa Nama berkata...

maksu_una : ooooo..kantoi angah dpt C rupenya...