Seuntai 'KASIH' membuat kita 'SAYANG'
Seucap 'JANJI' membuat kita 'PERCAYA'
Sekecil 'LUKA' membuat kita 'KECEWA'
Tetapi sebuah 'PERSAHABATAN' selamanya 'BERMAKNA'.
Kredit kata-kata kepada entah siapa asal empunya idea. Antara SMS pilihan di pagi Aidilfitri.
Kepada semua pengunjung blog Kisah Seekor Liepan, saya dan keluarga pohon kemaafan atas segala kekhilafan. Harap semua bergembira di Aidlfitri ini termasuk penyokong Arsenal. Tak per nanti King Kenny tolong balaskan dendam korang yer.
Kredit gambar : Azah Skaliskala http://www.artmusiccat.blogspot.com/
Kengkadang Menggigit Sesekali Tergigit. Cuba Menyengat Adakalanya Tersengat. Walaupun Perit Menahan Sakit, Hanya Mampu Menjerit Di Ruang Sempit Dalam Kehidupan Yang Kian Menghimpit.
Selasa, Ogos 30, 2011
Ahad, Ogos 28, 2011
Mungkin Ramadhan Terakhir ?
Macrobentosis (bukan nama sebenar) dah tak larat nak main kejar-kejar. Kalau masa muda, dia boleh panjat dan bertenggek di pohon ciku. Tiada siapa perasan. Tiada yang tahu.
Dia membayangkan, bila sahaja pencen, dia boleh berehat. Tak perlulah bangun awal pagi sangat. Memang dia tak dapat gaji pencen bulan-bulan, tapi itu semua dunia. Dia cuma nak kehidupan yang lebih selesa. Tenang tanpa gangguan.
Tapi, musim perayaan ini, hidupnya memang tak tenteram. 2-3 kali juga dia mendengar namanya disebut. Entah diumpat atau dikutuk. Mujur tak tersedak ketika makan.
Dia sedar. Hayatnya mungkin tak lama. Mungkin ini Ramadhan terakhir buatnya. Bila mendengar Mak Munah, isterinya Lebai Kasim berbicara "Macrobentosis, ayam pencen abang tu, kita sembelih yer raya nie, sedap buat rendang tu..."
Dia membayangkan, bila sahaja pencen, dia boleh berehat. Tak perlulah bangun awal pagi sangat. Memang dia tak dapat gaji pencen bulan-bulan, tapi itu semua dunia. Dia cuma nak kehidupan yang lebih selesa. Tenang tanpa gangguan.
Tapi, musim perayaan ini, hidupnya memang tak tenteram. 2-3 kali juga dia mendengar namanya disebut. Entah diumpat atau dikutuk. Mujur tak tersedak ketika makan.
Dia sedar. Hayatnya mungkin tak lama. Mungkin ini Ramadhan terakhir buatnya. Bila mendengar Mak Munah, isterinya Lebai Kasim berbicara "Macrobentosis, ayam pencen abang tu, kita sembelih yer raya nie, sedap buat rendang tu..."
Rabu, Ogos 24, 2011
Orang dapur dan petuanya
Awek che'gu sms. Minta belikan tepung jagung. Yang tin warna coklat. Ada gambar rama-rama. Wah. Ini mesti nak buat biskut raya ni. Balik kerja singgah Giant. Cari tin sedang-sedang besarnya.
Sampai rumah, aku hulur kat awek che'gu seraya bertanya, "Err... ni nak bikin samperit ker sarang semut ni"
"Eh... tak lah. Ni nak sapu ruam kat Harith jer. Besarnya awak beli. Kenapa tak ambil tin kecik jer". Giliran awek che'gu pula bertanya dan aku masih ternganga.
Selasa, Ogos 23, 2011
Tiz, Mana Kad Raya Kamu....
Apa cerita nie dah nak raya lagi satu minggu baru sekeping jer kad raya dapat. Itupun dari Takaful sebab baru daftarkan insurans anak laki aku. Nak gantung apa hias rumah nanti.
Mode: Tengah kumpulkan kad jemputan kenduri kahwin.
Sabtu, Ogos 20, 2011
Saya Cium Sedikit Sahaja
Hujan lebat telah reda. Sejuk angin hujan masih terasa. Dalam khayal aku mengekori dia. Dekat tapi tidaklah rapat.
Entah bagaimana, dalam sekelip mata aku ter'cium' dia. Tergaman. Kami berdua. Berhenti seketika. Dan di sekeliling mula memandang. Beri perhatian.
"Errr.. maaf. Saya tak sengaja"
"Hmm.. tak mengapa. Lagipun awak dah dapat balasannya" kata dia dalam senyum dan lambaian pergi meninggalkan aku yang masih bingung.
Sambil menggaru kepala, hati resah memikirkan bajet raya yang dah lari. Lampu kiri kanan dah pecah. Alahai Wiraku...yang ngko gatal pergi 'cium' kenapa.
Entah bagaimana, dalam sekelip mata aku ter'cium' dia. Tergaman. Kami berdua. Berhenti seketika. Dan di sekeliling mula memandang. Beri perhatian.
"Errr.. maaf. Saya tak sengaja"
"Hmm.. tak mengapa. Lagipun awak dah dapat balasannya" kata dia dalam senyum dan lambaian pergi meninggalkan aku yang masih bingung.
Sambil menggaru kepala, hati resah memikirkan bajet raya yang dah lari. Lampu kiri kanan dah pecah. Alahai Wiraku...yang ngko gatal pergi 'cium' kenapa.
Rabu, Ogos 17, 2011
"eH, bELUM rAYA LaGI"
Kebanyakan surau memilih tajuk "Kisah Penurunan Al-Quran dan Mukjizatnya" sebagai tazkirah sempena Nuzul Quran ini. Tapi Ustaz Kemat punyai pandangan yang berbeda. Dalam sesi tazkirah jemputan di sebuah Jabatan Kerajaan, Ustaz Kemat melontarkan persoalan tentang Ramadhan yang sering dilupakan menjelang 15 hari terakhirnya. Kemeriahan dalam mengerjakan ibadah di bulan Ramadhan tidak sehangat 15 hari yang pertama.
Bagai menarik rambut dalam tepung, Ustaz Kemat menyindir dalam jenaka, menegur dalam seyum tawa. Ramailah yang tunduk membisu, tersenyum malu lantaran teguran terkena batang hidung sendiri.
"Iyalah. Siapa yang tak suka raya. Aidilfitri itu hari yang besar. Hari kita meraikan kemenangan. Tapi seharusnya ditanguhkan dahulu sementara Ramadhan masih berbaki. Peluang untuk kita merebut sebanyak-banyak pahala" ujar Ustaz Kemat dalam kata-kata akhir tazkirahnya.
Suasana sepi. Sebahagian mengangguk tanda setuju.
Tiba-tiba, bunyi deringan telefon bimbit yang menjelmakan lagu Selamat Hari Raya nyanyian Sanisah Huri kedengaran. Cepat-cepat tangannya yang satu meraba poket baju melayu dan menekan-nekan pad kekunci agar deringan itu berhenti. Berjaya. Biar entah butang apa yang ditekannya dalam kelam kabut itu. Seketika kemudian, bunyi yang sama kedengaran lagi. Dan tangan yang sama kembali menekan-nekan pad kekunci.
"Aaa.. elooo bang. Balik nanti beli planta yer bang. Dah abis la nak buat samperit nie" terdengar suara bini Ustaz Kemat dari corong telefon bimbit. Ustaz Kemat tertekan aplikasi pembesar suara sebenarnya di telefon bimbitnya.
Kali ini Ustaz Kemat yang diam. Terkenangkan Husna, anak gadisnya berusia 9 tahun yang gemar menukar deringan lagu di telefon bimbitnya.
Moral: Memang tak kacip gelaran ustaz dengan nama Kemat kan..
Moral: Memang tak kacip gelaran ustaz dengan nama Kemat kan..
Selasa, Ogos 16, 2011
Selera Orang Puasa II
Hari ini cuti. Bilang sama awek che'gu, aku amik alih urusan dapur hari nie. Nak masak bakar-bakar. Yelah, set barbeque dah lama beli tak guna lagi.
Aku google resepi. Nak buat sotong/ikan/ayam bakar berempah. Bahan utama sotong/ikan/ayam dah ada. Bahan-bahan rempah lain banyak yang tak ada. Lengkuas/serai/ketumbar/tomato/halia.....
Malas juga nak keluar semula beli barang.
Aku buat resepi sendiri. Sotong/ikan/ayam masak arang. Senang.
Isnin, Ogos 15, 2011
Cinta di Ramadhan. Entah baru bermula. Entah berakhir sudah.
"Jangan tidur dahulu yer. Bulan malam ini cantik seperti kamu. Nikmati ia".
Rahmat puas hati. Kata-kata indah itu ditulis pada kotak pesanan muka buku Zahrah. Teman sepejabat yang sedang cuba dipikatnya. Rahmat berharap. Benar-benar berharap Zahrah akan membalas. Seterusnya membuka jendela perbualan di atas talian. Dan ia menjadi permulaan pada kisah cinta mereka.
30 minit berlalu. Pesanannya berbalas. Dari Zahrah.
"Awak. Bulan malam ini cantik, mengambang sebab dah nak masuk 15 Ramadhan. Tapi rugi jika hanya memuja bulan sedangkan Ramadhan itu lebih indah. Perlu tidur awal untuk qiam awal pagi nanti".
Rahmat menggaru-garu kepala. Nak pikat anak imam, dia perlu dalami ilmu agma. Biasakan diri dengan masjid dan berdamping orang alim.
Jumaat, Ogos 12, 2011
Dah Nak Masuk 12 Ramadhan
Ada lagi mamat yang tanya dekat aku niat puasa.
Kementerian Pelajaran tak usah sibuk sangat pasal nak ajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Ilmu agama tu didahulukan, barulah kebahgiaan di dunia dapat dicapai.
Tapi, menggagau jugak aku sebenarnya nak ajar mamat tu niat dalam Bahasa Arab. Tak kena makhraj, lain makna, ilmu sesat pulak jadinya. Susah jugak nak jadi ustaz. Kena pastikan mamat tu sebut betul-betul.
2-3 kali cuba, aku tanggalkan kopiah dan terus bilang
"Aaa... niat dalam Bahasa Melayu pun boleh jugak bang"
Rabu, Ogos 10, 2011
Selera Orang Puasa
Awek che' gu bilang mau masak briyani untuk berbuka. Tugas aku pergi Econsave beli beras basmathi, susu cair, saffron, minyak sapi, daun ketumbar dan ayam. Bawang putih, bawang merah, daun kari dah ada.
"Huiihh.. banyak nak kena beli nie. Sempat lagi ker nak masak"
Nak makan briyani punya pasal, walaupun malas aku gagahkan diri hidupkan enjin kereta bergegas ke pasar.
40 minit kemudian. Aku balik. Dengan 2 bungkus nasi briyani. Satu ayam hitam. Satu kambing. Pergghh.....
Sabtu, Ogos 06, 2011
Hari Ini Hari Keenam Puasa Ramadhan
Bukan setakat Kuala Lumpur sahaja, waktu masuk Maghrib dan Subuh di seluruh bandar-bandar utama di Malaysia nie dah lekat benar dalam kepala. Harap ingatan ini kekal untuk tempoh yang agak lama.
Langgan:
Catatan (Atom)