Isnin, April 25, 2011

Melentur Buluh

Husna dah mula menunjukkan minatnya untuk membaca. Rak buku di rumah merupakan antara tempat bermainnya. Leka benar dia dengan dunia barunya itu.

Sesekali, aku temankan dia membaca. Mengajar mengenal gambaran binatang, buah, benda, anggota badan, abjad dan angka dari buku-buku kecil berkulit keras miliknya. Selalunya aku akan mengambil peranan menjadi cikgu Bahasa Melayu. Awek che'gu akan jadi cikgu Bahasa Inggeris. Kadang-kadang kami bertukar peranan ikut mood Husna juga. Kalau hari itu dia nak belajar dari buku bergambar Inggeris, jadi teacher lah aku hari itu.

"A.... untuk apple"
"B.....untuk bicycle"
"C..... untuk cat"
"D....., E......., F......."
"G..... untuk...err....untuk" berkerut dahi aku memikirkan nama binatang yang seakan ulat dalam buku bergambar tu

Husna pandang aku. Menunggu jawapan untuk binatang seakan ulat itu. 
" Haa.. G untuk gonggok"

"Woittt..." jerkah awek che'gu yang tiba-tiba muncul dari belakang

6 ulasan:

shasha berkata...

heheheeh...Gongok?? kreatif la abg kemat..

ayobkelubi berkata...

G for gargamel broo..gargamel...tak pun gorgon?. kah kah kah!.

. berkata...

gaban.

Kemat berkata...

shasha:
dah asyik terpandang jer gonggok kat halaman rumah

ayobkelubi:
mual-mula aku ingat betullah garamel, bila aku tanya encik google, watak jahat dalam kartun Smurf rupanya..hehe

nizamsani:
bertukar

Tanpa Nama berkata...

G tu untuk apa?

Kemat berkata...

mushroomcute:
entah, sampai hari nie pun aku tak tahu lagi