Selasa, April 26, 2011

Melentur Buluh II

Waktu kecil dahulu, kepulangan baba dari kerja amat di nanti. Selalunya akan ada surat khabar yang jadi rebutan kami adik beradik. Itulah antara sumber bacaan utama kami. Walaupun ruangan rencana tidak menjadi keutamaan kami, baba menyokong  penuh minat kami pada surat khabar. Dari kecil, kami berebut belajar mengeja dan mengenal perkataan baru dari surat khabar. 

Di sekolah, cikgu Aishah, guru Bahasa Melayu kami cukup rajin mengelolakan aktiviti akhbar dalam darjah (ADD). Aku teringat kata cikgu Aishah, surat khabar ada banyak ilmu yang boleh dipelajari. Penggunaan bahasa yang tepat dan kandungannya yang penuh manfaat. Bukan seperti komik yang banyak guna bahasa ringkas dan cerita fantasi.

Sampailah hari ini, surat khabar dah jadi antara perkara yang bangun pagi mesti cari. Cuma, kebelakangan ini, intisarinya mengejutkan diri. Tajuk utama menakutkan generasi muda yang baru hendak belajar mengeja. Salah siapa jika mereka mula berbahasa yang tidak sepatutnya...

3 ulasan:

Intan and The Boys berkata...

setuju la sesangat entri awak ni. haihhh....tajuk suratkhabar dah tak semenggah.

:|: TinTa Kibod :|: berkata...

yelah..berita pun dah jarang tengok..ISU terlampau aje..

Kemat berkata...

puterikurekure:
surat khabar utama ngan tabloid dah tiada beza

tintakibod:
mencari pelaris