Jumaat, Februari 04, 2011

Merah Atau Biru

Merah. Atau biru. Yang mana satu. Dia benci untuk membuat pilihan.

Janice menangis. Dia tak tahu untuk membuat pilihan. Yang merah atau biru. Dua warna itu adalah warna kesukaannya. Tapi hari ini dia membenci warna merah dan biru. Yang memaksanya membuat pilihan.

Janice tak kisah sekiranya pilihannya salah, dia seorang sahaja yang perlu tanggung akibatnya. Tapi, saat itu pilihan warna yang salah mampu mengorbankan nyawa berpuluh yang lain. Pilihan warna yang tepat memberikan mereka ruang untuk bernafas lagi selepas saat itu. Cuma Janice tak tahu yang mana satu.

Janice memandang pada yang lain. Mengharapkan ada yang sudi mengambil alih peranan. Atau sekurang-kurangnya berkongsi panduan. Wayar yang mana satu pada bom peledak masa itu yang harus dipotong. Yang merah atau biru. Yang mana dapat menghentikan masa. Yang mana menghentikan degupan jantung mereka.

Masanya sudah tiba. Janice perlu buat pilihan jua. Merah atau biru.

Janice memejamkan mata. Tangannya kirinya meraba-raba salah satu dari dua wayar pada bom peledak masa itu. Tangan kanannya memegang gunting. Janice menarik nafas sedalammnya. Tanpa mengetahui warna wayar pada genggaman tangan kirinya, Janice terus memotong.

 ...................

Janice sendiri tak tahu warna apa yang dipilihnya. Mereka di sekelilingnya yang sama-sama terperangkap dalam bangunan itu juga tidak tahu. Dan mereka tidak berpeluang untuk tahu sampai bila-bila.

Janice dan 20 kakitangan di bank tempatnya bertugas telah mati akibat letupan bom peledak masa. Demikian lapor akhbar utama keesokan harinya.

8 ulasan:

shasha berkata...

cett!!! ala2 movie omputeh lak skang ni ek...

My Special Mall berkata...

uiyooo! biar betul!

Mak Su berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ayobkelubi berkata...

ker sebab torres pergi chelsea ni?. keh keh keh

ns berkata...

macam citer karton detektif conan plak.

Amyz! berkata...

kan. tak ramai org buat ending mcm ni. haha.

'LIKE'

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya... janice tak potong pun wayar tu... dia biar sampai bom tu meletup...
tak tau mana nak pilih katanya... :P

Kemat berkata...

shasha:
cuba bercerita dari sudut lain pula

my special mall:
yup

ayob kelubi:
haha

gdiz:
tengok si kecik detektif conan gak ker

amyz:
jempul ibu jari kanan kamu ke atas juga

tanpa nama:
iya.. tiada siapa tahu sebenarnya