Isnin, Ogos 28, 2006

One Two Som

Lokasi : Kat umah. Depan tv 29 inci.
Tarikh: 28 Ogos 2006
Masa : 8.00 malam

Suami dan isteri : "One two som."
Isteri :"Hoiitt..ape nier".
Suami:"Matahari. Haha. Awak kalah. Awak burung. Burung terbakar kne matahari".
Isteri: "Maner aci guna matahari. Kita main guna burung, air dan batu jer. O som smula"

Suami dan isteri : "One two som."
Isteri :"Hah, saya menang. Saya batu. Awak burung. Burung mati kne baling ngan batu"
Suami:"Eh, burung boleh ngelak aper" (cuba mempertikaikan kemenangan lawannya)
Isteri :" Tak der2. Meh cni remote tv tu. Saya menang. Kita tengok Mawi malam nie. Nak tau citer pasal Ct kawen baca jer kat paper sok hari"

Sabtu, Ogos 26, 2006

Mari Menderma

Seawal pagi aku dah disapa amoi cina kat tpt kje. " En Kemat, U tak mau derma dara ker". "Oiitt..bukan dara la... darah". Ya, hari ini. Kat tempat kje kami ade kempen menderma darah. Doktor, misi dan kakitangan Hospital Besar Pulau Pinang datang bersama jarum2 dan bekas beg kosong untuk diisi cecair merah dari mereka yg bekerja di sini.

Aku dah lamer menyimpan hasrat nak menderma darah. Tapi malas nak ke hospital untuk menunaikan impian murni itu. Bila mereka sudah ke mari, maka kami ramai2 menjayakan kempen dan misi mengisi tabung darah itu.
Ini kali pertama. Sebelum nie pernah aku cuba menyertai kempen sebegini tapi niat itu terhalang oleh beberapa perkara atas faktor kesihatan. Malah, tika aku mengisi borang, ramai sudah mentertawakan aku. "En Kemat, kamu nak derma darah ker nak minta tambah darah nie". Hahaha. Keadaan fizikal aku yg kecil sentiasa jadi bahan gurauan. Nasib aku melepasi tahap minima timbanagan badan. 45kg. Itulah berat aku. Berat minima untuk kamu jadi penderma cecair merah.
Seronok, teruja dan bangga. Bila melihat catatan pada buku kecil rekod pendermaan darah. Aku kini dah jadi penderma. Biarpun hanya 300ml sedangkan merka yang lain menyumbangkan 450ml. Tapi atas faktor ringannya badan aku, jumlah yang diambil dikurangkan.
Suasana dalam bilik itu gamat dan bising. Dengan usikan mereka yang dah menderma, jua alasan bagi mereka yang belum mencuba. Sekurang2nya ia tidak memberikan tekanan. Malah keceriaan dan kepuasan. Pada penderma jua nurse2 cun yang setia melayan "pesakit" seperti kami.
Ini baru permulaan. Moga ia berterusan untuk kami jadi penderma tegar. Biarpun sedikit cuma darah yang diambil. Mungkin ia mampu menyelamatkan satu nyawa dan memberi harapan pada yg lain suatu hari nanti. Hari ini, kami bangga jadi anak2 pasca merdeka yang berbakti pada negaranya. Ayuh.. dari kamu biarkan diri kamu disuntik dengan jarum dilorong2 belakang yg gelap itu, lebih baik kamu benarkan diri kamu ditusuk jarum untuk sejumlah darah pada tujuan yg murni. Apa lagi. Jom menderma.

Jumaat, Ogos 25, 2006

Cuti Di Penang

Kul 9.30 mlm. Terima call dari kawan lama. Pompuan. Cantik. Tapi bini orang. Musykil seketika. Apehal plak minah nie call malam2. Atau husband dia test call penama yg ada dlm direktori phone bininya. Kes jealous ker?
Aku jawab juga. Suara manja & manis dihujung sana mengesah'n ia milik pompuan. Kawan lama aku itu. Yang cantik dan masih bini orang.
"Kemat. Saya ada kat Penang nie. Jom lepak mlm nie. Bawak kami jalan2 pusing Penang". Oh, rupanya dia bercuti dgn husbandnya di Penang. Berbulan madu la tu. Tak kisahlah. Dan malam tadi kami berborak panjang. Dari hotel hinggalah ke saat terakhir kami berpisah untuk pulang, dia tak abis bercerita sedangkan kami lelaki (aku dan husbandnya) banyak mendiamkan diri. Cuma sesekali menyampuk menambah perisa pada cerita.
Seperti biasa, pada mereka yg datang Penang mlm hari, pasti aku bawak pusing Batu Feringghi. Bukan untuk mandi tapi cari DVD. Sini murah beb. RM4 satu. Lepaih tu pekena nasi kandar 12 malam.
Oleh kerana aku tak dapat menemani mereka keesokan hari, aku hanya ceritakan tempat2 menarik yg boleh dilawati serta jalan yg perlu kamu ikuti. Yelah, takkan nak ponteng kje plak sok. Lagipun kamu kan tengah berbulan madu. Kehadiran aku mungkin mengganggu keharmonian kamu.
"Eh..susahlah Kemat jalan kat Penang nie. Berpusing2. Jom la ikut sekali. Tak puas borak malam nie." Ishh minah nie. Awak dah ader laki. Tak usahlah bermesra ngan aku smpai gitu skali.
"Jalan kat Penang lagi senang pd jalan kat KL tau. Sebab kat cni, sambil memandu kamu hanya perlu memberi perhatian pada signboard jalan sajer. Kat KL, mata kamu harus punya serampang 2 mata. Maner nak tengok signboard jalan jua nak tengok aweks seksi lagi. Jgn risau.. selagi tak cross jambatan, selagi tak naik feri confirm kamu kat sebelah Pulau lagi"
Sebenarnya, sejak dok Penang nie aku pun jarang pegi ke tempat2 pelancongan nie. Aku hanya tahu Bukit Bendera aja. Tempat makan boleh tahan la. Ingat sempena tahun melawat Malaysia thn depan aku kne promote industri pelancongan ini. Hmm..nanti aku ceritakan tpt makan best kek cni. Yang ader banyak anak mami. Sekali makan pasti kamu mau datang lagi.

Rabu, Ogos 23, 2006

Pen Merah Pen Biru

Kat tempat kje kami di Penang ini ada subsidi. Atau dlm bahasa yg lebih sopan peruntukan. Tak delah sampai berjuta nilainya. Cuma peruntukan alat tulis untuk kegunaan kerja di pejabat. Kamu boleh minta pada awek yg jaga stationery itu segala keperluan pejabat yg kamu mahu. Malanglah aku, mesin basuh, peti ais, dvd player tak dikira sebagai stationery. Kalau tak tentu aku dah order awal2 lagi untuk kegunaan rumah bujang.
Lecehnya, biarpun ia diperuntukkan untuk kamu, ia masih menjadi barang kawalan di pejabat ini. Kamu perlu isi borang itu dan ini sebelum ianya menjadi milik kamu. Malah kadang2 awek yg jaga segala rekod barang itu mula bertanya tentang permintaan kamu itu.
Aku??? Barang2 stationery lain aku tak kisah. Aku cuma perlukan pen. Yang kaler hitam, merah dan biru. Macam biasa. Jodoh pen2 ini tak pernah berkekalan dengan aku walau untuk tempoh 2 minggu. Entah di mana letaknya, entah ke mana perginya, entah apa rajuknya. Hari ini ada, esok dah kne minta yang lain pula.
Dan bila aku minta pada awek stationery itu, mulalah dia membebel. "Eh, minggu lepas En Kemat dah amik satu set". Nak menyenangkan hatinya, aku perlu mereka alasan. Samaada pen aku diambil orang atau dakwatnya habis kekeringan. Pernah aku bercerita padanya dengan wajah penuh kesedihan. "Err.. pagi tadi time nak datang kje ada sebatang pen dalam poket baju nie. Tapi kebetulan bile keluar umah saya terserempak ngan budak kecik menangis tak nak gi sekolah sbb pen takder. Mengenangkan sifat baik dan berbudi yg ada dalam diri saya, maka saya sedekahkan pen yang satu itu pada dia. "
Awal minggu ini, bila aku masuk semula kerja kat Penang setelah seminggu di KL, ada satu set pen atas meja aku. Belum sempat ditanya, awek stationery datang bagitau, "Saya tau, mesti pen En Kemat dah tak der. Saya letak awal2 atas meja. Tak yah susah2 nak mintak lagi. Lepas nie, tiap 2 minggu saya kasi yang baru. Leh En Kemat simpan wat koleksi".
Haha. Baguihnya dia dah memahami. "Pen merah pen biru. U marah I love U". Kata aku dalam hati sambil memandang pada lenggok awek stationery meninggalkan bilik aku.

Isnin, Ogos 21, 2006

Selamat Pengantin Baru

Kul 8 malam. Depan tv 21 inci. Kat umah kamu. Sari berita utama. Penyanyi tersohor negara, Ct Nurhaliza telah melangsungkan perkahwinannya dengan Datuk Khalid..bla..bla..bla..

Ku 9 malam. Kat kedai makan terapung tepi longkang besar. Sambil amik order, sempat juga akak itu bercerita. Katanya. "Ada tgk tv. Penyanyi tersohor negara, Ct Nurhaliza telah melangsungkan perkahwinannya dengan Datuk Khalid..bla..bla..bla.."

Kul 12 malam. Depan tv 21 inci. Kat umah kamu.Sari berita utama. Penyanyi tersohor negara, Ct Nurhaliza telah melangsungkan perkahwinannya dengan Datuk Khalid..bla..bla..bla..

Kul 8 pagi. Keesokan hari. Kat warung Tijah. Ada kopi panas dan roti canai separuh berminyak. Muka depan akhbar arus perdana. Dalam bahasa Melayu, juga yg ditulis dalam bahasa omputeh. Gambar Ct & Datuk K. Besar. Penyanyi tersohor negara, Ct Nurhaliza telah melangsungkan perkahwinannya dengan Datuk Khalid..bla..bla..bla..

Kat Blog aku. Tiada gambar Ct. Apatah lagi Datuk K. Tapi cerita masih sama. Penyanyi tersohor negara, Ct Nurhaliza telah melangsungkan perkahwinannya dengan Datuk Khalid..bla..bla..bla..

Emosi kamu. Menangis kesedihan kerana Datuk K berjaya mengahwini Ct atau kegembiraan kerana 2 hati telah disatukan.

Kamu perempuan aku tak pasti. Emosi kamu sukar dimengerti. Lelaki mudah saja. Mereka mengambil iktibar dari setiap peristiwa. Mulai hari ini, lelaki kian mengerti. Jika mereka berusaha bersungguh2 dalam kerjaya sehingga mendapat title Dato', mereka berupaya mengikuti jejak Datuk K. Suatu hari nanti. Datuk K. Kamu idola kami.

Selamat Pengantin Baru. Kamu pasti mudah ingat. Setiap kali sambutan Israk Mikraj adalah ulangtahun perkahwinan kamu.

Khamis, Ogos 10, 2006

Kenapa Dengan Dia?

Kenapa dengan dia
Hari ini dia bisu
Hari ini dia tidak mampu menuturkan kata2
Hari ini dia begitu diam
Langkahnya lemah
Geraknya perlahan
Suaranya tidak kedengaran
Segalanya sunyi dan sepi

Bila dia asyik membisu
Bila dia hanya mampu tersenyum
Pada ketika seharusnya dia ketawa
Bila dia bukan lagi pencetus suasana
Pada kekecohan, pada setiap perbualan
Bila dia tidak lagi berminat
Menyertai kamu dengan aktiviti larut malam
Atau mengorat gadis2 dekat simpang

Itu tandanya si Kemat demam
Dan demam Kemat selalunya berlarutan
Kerana dia takutkan ubat
Dan terlalu malas ke klinik berdekatan

Isnin, Ogos 07, 2006

Wangi Jadi Saksi


Aku tak pasti kenapa perlunya aku buat review tentang teater ini. Walaupun aku berikan 5 bintang pada pementasanya & kamu teruja membaca ulasan mengenainya, kamu tak akan dapat melampiaskan keinginan untuk menyaksikan Wangi berdialog membongkar kisah kematian Jebat di pentas auditorium DBP yg baru ini.
Inilah kali pertama pada perkiraan aku U Wei menggunakan pentas teater untuk berkarya. Dengan menggunakan nama2 tersohor seperti Dato' Rahim Razali, Sabri Yunus, Khalid Salleh, Vanidah Imran, Khir Rahman, percubaannya berjaya dan menghiburkan. Kekuatan Wangi Jadi Saksi terletak pada pendokong watak ini. Propsnya cukup sederhana. Emosi kamu lebih terarah pada lontaran dialog yg diucapkan.
Entah kenapa U Wei gemar menggunakan wanita sebagai tunjang dalam penceritaan karyanya. Kamu pasti ingat lagi bagaimana Sofea Jane menghangatkan filem Perempuan, Isteri dan 5 titik. Juga godaan wajah dah langkah Betty Benafe dalam Buai Laju2. Cuma Wangi lebih sopan lantaran peranannya sebagai isteri kepada pahlawan, Jebat.
Wangi Jadi Saksi merungkai misteri disebalik pertarungan 7 hari 7 malam 2 bersaudara, Jebat dan Tuah dalam istana. Benarkah Tuah yang menikam Jebat. Benarkah setiap saat mereka bertarung. Benarkah Tuah membenci Jebat angkara durhakanya pada Sultan. Wangi adalah saksi kepada segala persoalan itu. Namun jiwa dan sifat perempuan menyebabkan rahsia itu hanya dan terus membebani diri Wangi. Tidak mungkin mereka di luar sana percayakan dirinya. Hanya pelayan istana sebelum diangkat Jebat sebagai permaisuri hatinya.
Benar. Ia adalah sejarah dulu2. Kisah lama yg diperturunkan dari nenek moyang. Yang kamu baca dari tulisan Tun Sri Lanang. Tapi jangan kamu lupa. Persengketaan bersaudara masih ada hari ini. Berlakunya berulang kali tanpa kamu sedari. Dan watak2 pengacau, pencetus fitnah yang sentiasa cuba provaksi dari dalam umpama nanah yang menghiris daging.
Hati-hatilah wahai teman. Dalam diri kamu dan juga mereka itu. Terpencil watak2 Tuah, Jebat, Wangi, Patih Kerma Wijaya dan Sultan. Masa dan keadaan akan menentukan watak mana yang bakal kamu dukung.

Jumaat, Ogos 04, 2006

Mari Bekerja

Mulai 1hb Ogos yg lalu, tempat kje aku dah gubal waktu kje yang baru. Kini mereka keje sejam lebih awal. Ya, hanya mereka sbb aku tak terlibat sama. Knapa?.. walaupun tpt kje yg sama, entiti kami berlainan.. x faham.. lupakan je lah..
Maka seperti biasa, pasti ada rungutan, bantahan & cakap2 kat belakang membangkang peraturan baru ini. Kalau dahulu, sebelum datang kje, mereka masih sempat bersenang lenang di kedai makan atau boleh bangun tido sedikit lambat. Tapi kini, jam biologi hidup mereka sudah berubah.
Kamu pasti merasakan orang lelaki secara kiraan majoritinya gagal menepati kehendak masa yg baru ini kan. Tapi pihak pengurusan lebih cekap sebenarnya. Mesin punch card diletakkan di pondok jaga. Bukan mesin punch card saja yg diperkenalkan, tp sorang jaga yg berkulit putih berwajah manis dan memakai tudung. Ya, sorang aweks cun menjadi jaga.
Maka, kami datang lebih awal lagi sekarang ini. Kami tak kisah lagi kne berbaris di pondok jaga untuk mengetip masa kedatangan. Dulu, kami cukup hangin bila setiap kali nak masuk ke tempat kje di tahan pak guard. Kami muncungkan mulut ke arah pas kete di cermin depan bila ditanya tentang kad pengenalan diri. Kini, kami memandu begitu perlahan tika melepasi pondok jaga. Kami sentiasa berharap akan ditahan aweks jaga untuk bertanyakan tentang kad pengenalan diri. Malah ada rakan 'pesucur' sengaja menanggalkan pas pelekat kereta dgn harapan ketenya ditahan.
Sekarang, kami bersemangat betul untuk pergi bekerja. Malah kami sanggup datang pada hari minggu hanya untuk melewati pondok kecil itu. Nampaknya hajat aku untuk bekerja dihujung minggu ini harus ditangguhkan. Aku harus pulang ke KL. Aku dah rindu pada dia. Dah sebulan aku tak jumpanya. Dah sebulan aku tak lihat wajahnya.
Ohh kamu belum kenal dia itu. Dia anak saudaraku yg berumur 1 thn. Haikal, Pak Ngahmu bawak pulang mainan aeroplane yg kamu inginkan tu. Datang umah atok ye hujung minggu ini.

Khamis, Ogos 03, 2006

Layan Ganja & Udang Merah

Tgh hari tadi aku tak makan nasi cam biasa. Tak. Aku memang tak puasa. Puasa sunat hari Khamis mahupun sempena bulan Rejab nie. Tgh hari tadi aku belasah Ganja bersama Udang Merah. Biarpun hanya di tepi jalan tanpa sebarang alas, di bawah terik mentari yang panas, kami menikmatinya dengan penuh keasyikan tanpa menghiraukan mereka yang lalu lalang memerhatikan dengan geram.

Ganja dan Udang Merah adalah antara spesis durian yg sedap bangat selain nama2 lain yg kamu cukup sinonim; Labu, Raja Kunyit, D24, D15, Durian Siam. Perak mungkin terkenal kerana banyaknya durian dan sambal tempoyaknya, tapi kamu pasti tak mampu menidakkan kelazatan durian Balik Pulau, Pulau Pinang.

Aku tergezut bila ada org bagitau durian kat sini leh cecah sampi RM50 sebiji. Yg menarik lagi durian di sini x gugur ke tanah sebaliknya diambil ketika masih tergantung pada tali yang telah diikat pada dahan pokok. Mungkin nak elakkan buahnya pecah atau dimakan oleh binatang (x perlu aku nyatakan binatang yg turut menggemari bau raja buah ini).

Kami makan cam orang kaya saja lagaknya. Makan semahunya tanpa mempedulikan harganya. Aku kira ia berbaloi dengan kenikmatan yg kamu rasai. Ada yg kelat, ada yg lemak manis, ada yg kuning, ada yang kemerah2an. Sesambil makan tanpa sebarang sifat2 sopan, kami dendangkan lagu Durian dah Berbunga "Oh kome, Dorian dan berbunge, Moh kite, Minang anak dara". Durian kami terasa lebih enak bila dijeritkan nama anak dara itu. Sebelum pulang kami minum air dari kulitnya. Petua org tua2 nak hilangkan panas durian.

Aku berhajat nak mengajak kamu ke sini dan merasainya sendiri tapi musim durian sudah di penghujungnya. Ia tak semeriah 3 minggu yg lalu. Aku kira tahun ini buahnya jua sedikit kurang tak seperti selalu yg berlambak di pasaran. Mungkin kamu boleh ikut aku pulang ke kampung di Baling. Khabarnya dokong sudah berbuah.

#Ketika menaip entri ini, opismate belikan cempedak goreng. Wah, ini ari aku layan buah sajalah nampaknya.

Rabu, Ogos 02, 2006

BIla Blog Di Pantau

Ini adalah artikel aku petik dari Utusan Malaysia bertarikh 02 Ogos 2006 (Rabu)
KUALA TERENGGANU 1 Ogos – Kerajaan akan memantau dengan dekat laman-laman web, blog dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang menyebarkan perkara tidak benar sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan tidak boleh membiarkan Internet menjadi alat menyebarkan perkara tidak betul berhubung sesuatu perkara atau menjadi medan untuk membuat tuduhan melulu kepada mana-mana pihak.
‘‘Kita tidak boleh membiarkan penyebaran berita tidak betul ini kerana ia mampu menimbulkan keadaan kacau bilau, kehilangan pekerjaan dalam bidang ekonomi misalnya dan menyebarkan khabar angin,’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat dan melawat tapak projek Tamadun Islam, di Pulau Wan Man, di sini, hari ini.
Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr.Jamaluddin Jarjis berkata, kerajaan akan mengambil tindakan terhadap laman web dan blog yang didapati boleh mengancam perkembangan ekonomi, perpaduan, kesejahteraan dan keselamatan negara.
Mengulas lanjut, Abdullah berkata, jika seseorang itu didapati menggunakan Internet atau SMS untuk menyebarkan perkara yang tidak betul pihak berkuasa berhak menahannya untuk disoal siasat bagi mengetahui kenapa ia dilakukan.
‘‘Kita tidak boleh menjadikan (kemudahan) Internet atau SMS sebagai satu peluang untuk menyebarkan apa-apa (termasuklah) mengatakan kat orang, tuduh kat orang.
‘‘Kita tidak boleh membiarkan perbuatan ini sebagai satu kebebasan yang di luar kebebasan yang diberikan kepada media di negara ini,’’ katanya.
Perdana Menteri menegaskan, tidak ada negara yang membenarkan sesuatu kebebasan itu diberikan secara mutlak sehingga membolehkan mana-mana pihak mengatakan apa sahaja yang mereka suka.
Ditanya adakah beliau sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri akan meminta polis menjalankan siasatan ke atas laman-laman web yang terlibat, Abdullah berkata, ‘‘Terserah kepada pihak yang boleh menyiasat.’’
Nampaknya blog sekarang sudah diiktiraf sebagai medium penyampaian berita yg berkesan oleh semua pihak. Aku akui terdapat mereka yg menyalahgunakan blog utk menyebarkan fitnah. Tapi adalah diharapkan blog masih diberi kebebasan untuk mengutarakan hujah & pendapat penulisnya tidak seperti akhbar arus perdana sekarang yg tidak berani membongkarkan persoalan sebenar sesuatu perkara. Kita pasti tidak mahu buah fikiran dan pendapat masyarakat kita disekat dan dikongkong. Kamu masih perlu dengar suara2 org kecil seperti kami biar pun kamu tidak akan ambil peduli. Sekurang2nya biarlah kami bersuara.