Jumaat, Oktober 28, 2011

Arjuna Cinta : Mitos


Lama dia merenung cermin bulat itu. Yang memantulkan wajahnya. Rambut macam mee maggie, tona kulit  tidak sekata yang secara jelasnya didominasi warna kegelapan. Parut-parut jerawat yang berlekuk di antara bintil-bintil baru yang ingin timbul. Memang. Dia bukanlah kalangan yang bergelar rupawan. Walau jenuh ditonyoh muka dengan scrub Avocado dan rambut dilumur minyak Tancho.

Dia tetap bukan arjuna cinta di mata mereka. Gadis-gadis genit itu tidak pernah mempedulikan kehadirannya. Jauh sekali untuk menyapa dan berkenalan dengannya.

Tapi mitos cinta itu ada benarnya. Kalau tidak selalu pun, kadang-kadang ia berlaku juga. Sebagaimana kata-kata orang "Perempuan cantik untuk lelaki hodoh"

Isnin, Oktober 24, 2011

Pad Kekunci lawan Skrin Sentuh

Husna dah cekap main iPad mak cik dan pak ciknya. Laju sahaja dia menekan lembut pada skrin iPad. Generasi baru wehhhh..

Bila mak cik dan pak ciknya tiada, telefon bimbit aku pula jadi sasarannya. 

"Ayah.. tak boleh" kata Husna pulangkan semula telefon bimbit aku. 

Cheh. Mentang-mentangla telefon bimbit aku bukan touch screen punya.

Selasa, Oktober 18, 2011

Pindah

Kata awek suka kucing, selepas berpindah nanti dia akan rindukan Pusat Bandar Damansara. Di sini banyak kenangan.


Semua diam. Mungkin masing-masing terbayang sesuatu yang akan ditinggalkan. Yang akan jadi kenangan.


"Aku akan rindu pada Ali Maju. Di sini Ali Maju dia banyak. Blok B. Blok C. Ali Maju bawah"
"Aku akan rindu pada Restoran Mesra, walaupun mahal kalau nak rasa tekak masakan melayu situ sahajalah tempatnya"
"Aku akan rindu pada Mc Donalds, KFC, Pizza Hut, Secret Recepi, Kenny Rogers" 
"Aku akan rindu pada penjaja van di pinggir jalan yang kadang-kadang terpaksa berkejaran dengan abang-abang penguatkuasa"
"Aku akan rindu pada bank CIMB, AMBank, BSN. Senang urusan di sini." 
"Aku akan rindu pada Pos Malaysia"
"Aku akan rindu pada 7 Eleven. Pagi-pagi cilok akhbar The Sun"
"Aku akan rindu pada Guardian dan Watson"


Banyak betul yang kami rindukan di sini. Di sini ada segalanya. Namapun pusat. Semua ada. Sesekali ngko boleh tengok pusat orang juga.

"Ngko Mat. Apa lagi yang ngko akan rindukan kat sini"

"Errr...awek kolej MAHSA. Itu jer yang korang lum sebut"



Khamis, Oktober 13, 2011

Rindu Pada Pelangi

Hujan yang datang telah lama pergi
Maka
Keluarlah kamu dari teduhan
Usah sembunyi membawa diri lagi

Mentari pun telah kembali
Untuk berkongsi sinar
Membias membentuk pelangi

Rabu, Oktober 12, 2011

Jatuh

Bulu matanya jatuh lagi. Anisah senyum. Ada orang sedang rindukan dirinya.

Tapi siapa agaknya. Mungkin Jamal, jejaka bermata redup berwajah tenang. Tapi baru minggu lepas sahaja mereka berjumpa. Minggu ini Jamal ke Indonesia. Ada urusan perniagaan di sana.

Hmm... mungkin Osman. Pensyarah Ekonomi punyai isteri dua. Kalau benar Osman, dia terpaksa menunggu jejeka itu meneefonnya. Osman tak benarkan langsung Anisah yang menghubunginya. Itu janji mereka.

Bagaimana kalau Halim. Ah, jejaka hidung tempek Jawa tapi pipi tersorong-sorong tu memang gilakannya. Tapi tiada apa pada Halim yang boleh buatkan Anisah jatuh hati padanya. Anisah anggap Halim kawan biasa. Kawan sekampung yang mencuba nasib di bandar besar ini.

 Lama juga Anisah berkhayal. Bunyi telefon bimbit mengejutkan lamunannya. 

"Kak. Mak minta telefon kampung. Lama tak dengar berita dari kakak" ujar suara adiknya di hujung corong.

Isnin, Oktober 10, 2011

Rahsia Diari Merah Jambu VIII

Biar

7 dulang hati nyamuk 
7 tempayan air mata si dara
Semangkuk darah putera raja


Kau persembahkan


Cinta aku
Tiada untuk kamu


-Esah-

Rabu, Oktober 05, 2011

PMR

Dulu, PMR aku ambil subjek Bahasa Arab. Aku bukan pandai sangat pun. Aku cuma salin balik soalan dia kat tempat jawapan. Untuk soalan esei, aku dah hafal  draf karangan yang ustazah bagi. Desas-desus sebelum peperiksaan kuat menyatakan itulah tajuk esei yang akan keluar masa peperiksaan nanti.

Dengan bekalan amalan pemakan kismis dan menjaga mata sebulan sebelum peperiksaan menjadikan ingatan aku kuat dan jelas. Dekat sehelai penuh aku tulis balik esei yang aku hafal tadi. Tahap keyakinan aku untuk mencapai gred markah yang baik memuncak. Timbul juga dalam hati nak ambil jurusan agama selepas ni. Paling kurang dengan keputusan Bahasa Arab yang baik nanti, boleh jadi modal aku mengorat awek sekolah Maahad.

 Angan-angan aku tak lama. Bila keluar dewan peperiksaan, kawan aku bagitahu tajuk esei yang ustazah 'spot' tak keluar. Cheh. Aku tak baca soalan. Atau sebenarnya baca tapi tak tahu pula yang soalan tu dah bertukar. Mana aku paham.

Keputusan PMR diumumkan. Bahasa Arab aku cuma dapat C. Tak dapat lah naik pentas terima sijil dari pengetua. Tingkatan 4, aku ambil kelas sains. Cita-cita nak makan cendol dengan awek sekolah Maahad tinggal kenangan.

Ahad, Oktober 02, 2011

Sedang Ingin Bercinta





Ingin mencintai kamu
Yang ku sebut namanya selalu
Yang ku rindu setiap waktu


Ingin mencintai kamu
Biar jauh beribu batu
Biar jalannya berliku


Ingin mencintai kamu
Sumber ilham mencetus wawasan
Sinar sakinah memberi ketenangan


Ingin terus mencintai kamu
Seperti selalu sepanjang hayatku





Nota
1. Tahniah Teh.
2. Kredir gambar adikku Zul dan kawannya Hairiry.