Khamis, Jun 01, 2006

Misyar

"Hang nak kawin 2 ker makan berpindah tempat", tegur emak pada si anak bongsu. Ya, anak bongsu itu lelaki. Anaknya yang baik itu diam tidak membantah. Segera mengangkat pinggan & gelas dan berpindah 2 kali lagi. Kali ini betul2 depan tv. Tengok Salima menari dalam kelas Cikgu Linda Jasmine.

"Oiitt.. kenapa hang pindah lagi sampai 2 kali. " "Kasi penuhkan kuota mak. Dari 2 kan elok 4", jelas si anak dalam keadaan mulut penuh dengan nasi. "Wah..ada hati nak kawin 4. Kje malas, camner nak tanggung bini sampi 4. Duit hantaran bini no 1 pun lum tentu lepas", bangkang si emak yang juga merupakan bini sulung dari 3 bini2 lakinya. " Apa susah.. sekarang leh kawin misyar apa", yakin si anak memberikan jawapan sambil tersenyum memerhatikan Salima dan rakan2 pompuannya menari lagi. Si anak terus berfantasi. Antara Salima dan "misyar".

Nota kaki: Kata-kata orang tua setiap kali kamu berpindah tempat makan maka kamu akan bertambah seorang isteri sebenarnya adalah kiasan. Sebenarnya jika kamu berpindah banyak kali tempat makan itu, maka kemungkinan kamu akan mengotorkan lebih banyak tempat. Susahlah si ibu nak mengemas berulang kali. Di sana dan di sini. Kamu anak2 lelaki jarang sekali membantu mengemaskan sisa-sisa yang kamu tinggalkan itu.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

encek .
kirim salam ya sama itu adik ya..
hehehe..

sy nak cop jadi no 4 :P

Tanpa Nama berkata...

huhuhuuu...
misya omar = misyar...
mmmuuahahhahaaa...

Tanpa Nama berkata...

misyar ok tapi mungkin disalahguna oleh org laki untuk carik yg muda2 bukannya andartu..

Tanpa Nama berkata...

tak paham

Kemat berkata...

Sanchai:
Adik itu berkata kamu x perlu menjadi yg ke-4. Katanay Sanchai namamu teratas.

Cikin:
Ya..misyar juga adalah kependekan nama bagi misha omar, seperti mana panggilan rakan2 masa sekolah rendahnya dulu.

Bengong:
Mereka itu sebelum dicerita'n ttg misyar..tak tahu nak guna. Dah diberita'n ttg misyar mula la salah guna pula.

Neeziee:
Aku ajar'n kamu pelajan pertama. Misha Omar dan Misyar 2 perkara yang berbeza. Tapi kemungkinan perkahwinan Misha Omar melibatkan misyar masih ada. Ada sdikit paham.